Hello!!!

Tuesday, April 28, 2009

Mood adalah tidak berapa riang

Kalau duit, timbul mesti kita suke, kalau tak timbul tertanye2 apakah duit ini tidak mahu menimbul.

Tapi benda alah ini adalah tak timbul lebih baik daripada timbul tak tenggelam-tenggelam.

Itu ialah masalah. Oh. Saya bukan mahu kamu menyelasaikan masalah saya. Tiada risau (no worry).

The road not taken. To buy or not to buy. HAHA. Masalah shopper sejati rupa2nye.
Emm. Saya tengah pening bagai nih. Mahu membeli tapi tidak berduit.

Oh,nafsu.


Nak shopping. Nak shopping. Nak shopping.
Tak kire!

Nafsu bergelodak dalam dada. HAHA.




Monday, April 27, 2009

Mencuti

Lambat lagi ke cuti ni.

Nak pegi mencuti.
Tanak pegi sekolah lagi.

Nak pegi menshopping.
Tanak gune duit sendiri tapi.

Nak pegi Terengganu Kak Maria punye kenduri.
Tanak study lagi.

Nak pegi mencuti.
Tanak exam lagi.

Nak pegi mencuti.
Nak pegi mencuti.
Nak pegi mencuti


Terkejut bile mendapat tahu my best friend mase kat RZ dulu nak kawin dis coming June. Ehem2. Kene amik berkat ni.

Lalalala.

Entry berbau gatal.

Nak Encik Fitri kat sini.
Tak kasi die balik Sabah lagi.




Sunday, April 26, 2009

Carut Mencarut

Jangan menyesal membaca entry di bawah kerana ianya penuh pencarutan.

I hate exam.

Hah. Ape mengarut nih. Tibe2 pule mencarut mengatakan kebencian maha dalam pada exam. Apasal pulak ko ni nak mengamuk kat blog aku pasal exam yang tak seberapa jawapannye?

I hate exam.
I hate exam.
I hate exam.


Mencarut lagi.
Exam. Keluar sekarang.Sibuk je kat blog orang.

Tanak cite pasal exam. Nak cite pasal mencarut. Bukan. Maksud saye. Menshopping. Bukankah shopping itu perbuatan semulajadi Surya? Kalau tak shopping boleh menjadi meroyan tak tentu hala sampai Chirit tengok die pun meroyan same. Sape Chirit?

Beliau ialah kucing hitam legam kalau letak sebelah kuali pun tatau mane kuali mane kucing. Sian Chirit.

Sudah la mencarut mengenai Chirit. Carut ngan Chirit. Macam sedap pulak. HAHA.

Membuka cerita pasal shopping pula.

Went to Metrojaya Warehouse Sale ari Rabu ari tu. Macam orang sasau hilang anak bile dah kat dalam tu. Ke hulu ke hilir ngan bakul mengalahkan Makcik Joyah yang suke mengumpat nak jiran sebelah g pasar pulak.KAHKAH.

Last year sempat grab Bvlgari je for me and Zegna Intenso for Encik Fitri.

But this year sempat (sempat ke namenye kalau 2 jam masih dalam fragrance punye section) grab 212 Sexy Carolina Herrera yang bau die menusuk kalbu kalau naik LRT yang penuh ngan orang BO tu pun tada hal punye lah. Yang pasti the price is slashed down. Markedly slashed down. Orang yang waras pun boleh gile tgok harga die. Yang dah gile bertambah gile nampaknye tengok orang menyerbu Fragrance section macam ade Konsert Percuma Siti. Ape Siti buat kat sini? Keluar skarang.

This time more choices compare to last year maybe sebab pergi first day. Tapi i suke ngan Burberry Brit Sheer. The smell is so sweet. Rase air liur da meleleh2 atas box die ari tu. Tapi the price way much more than i afford to. HAHA. So. No way!

Encik Fitri punye turn plak meroyan skarang ni. HAHA.


Malas pulak nak sidai gambar kat sini. Takut korang drooling tengok perfume tu. Tak pasal2 laptop korang termakan air liur tak berapa sedap bau nye itu. HAHA.

Ok. Entry dah habis. Sile keluar buat keje masing2.



Saturday, April 18, 2009

Happy Birthday!

Happy 23rd Birthday Surya!



Friday, April 17, 2009

JB here I come!



Encik Fitri is at JB. And therefore today i also at JB. HEHE. Doing some things together even when to Senai Airport that looks like 'OMG! IS this an international airport?'.

And right now i'm updating this blog at Jusco Arena Food Court curik WiFi Starbucks. HAHA. And Encik Fitri is busy with his Manukan Job thing. What else i can do except online and blog hoping and membebel here.

Btw, note schizophrenia i ade lkat sebelah. Tak berusik pun. HAHA.


Wednesday, April 15, 2009

Metrojaya Warehouse Sales

Its back!!

OMG. How am i going to go to the sale with the money in bank keep sinking and sinking and sinking. Oh. How?

And why on earth all the sales start when and when i am busy in middle of exam or broke due to end of semester. How unfair is it!!!!

Bakar Metrojaya. Bakat Stadium Malawati. KAHKAH.


Tuesday, April 14, 2009

MPG 09

Tarikh: 20 Mac 2009
Tempat: Wisma PKPS
Tema: Hot n cold



Gorgeous sungguh mereka di atas. Kenapa suke gune perkataan gorgeous ni?

Tak sangka berbakat juge beliau di dalam acara "memalukan diri sendiri tapi peduli ape seumur idup sekali je buat performance atas stage mase MPG"


Begitu ramai batch kitorang sampai kamera pun tatau nak focus kat mane. Bang, sini bang. Yang lain tak nampak takpe. KAHKAH.

Masih tak jemu menayang muke di kamera. Kamera pulak yang rase jemu menatap muke mereka.

Johor mari! Sape bukan Johor keluar skarang!

Aksi panas berani mati kalau Encik Fitri tengok abis kene beebl seminggu tak henti. I tak salah u. Cameraman suh buat macam ni. Die kate bertambah lawa kalo posing macam ni. KAHKAH.





PBL 2

Tarikh: April Fool
Tempat: Pusat bowling Ole2 n Muara Ikan Bakar
Masa: Petang sampai malam

Berikut adalah laporan lintas tak langsung. Ko layan je la. Malas nak tulis caption bagai nih. Kan ke dah cakap tuan punye blog dalam mud "boleh jalan ngan blog sendiri".















BBQ Budak2 Sengal

Tarikh: Hari jadik Sultan Johor
Tempat: Umah Odah n angkatannye
Mase: Pas maghrib. Lebih afdal.
Tema: Kembali ke zaman kanak2.
Dress code: Selekeh.

Ko layan je la gamba2 berikut. Malas nak cakap banyak.

Mari. Mari. Kita bakar ini ayam.


Menu: Carcinogenic chicken marinated with satay recipe and BBQ sauce


Kasi potong itu kek.

Selamat abis skolah.

Meniup gule2 dalam tepung umpama sukan waktu tadika dulu. Kemahiran zaman berzaman.


Rase telah mendustai Encik fitri ketika ini kerana hampir2 mencium kawan sepasukan iaitu Ckin. KAHKAH.


Hooray. Kami juara!

Rupe kebasahan sambil memenuhkan perut kembali. Odah dah tak wujud sebab die kene guling atas air campuran yang ramuannye telah direka bersame2 jurusetia yang lain. KAHKAH. Padan muke beliau. Aku adalah salah sorang crew penggulingan itu. Puas ati!




Membebel

Gile bersawang blog ni. Dah beli feather duster padahal. Tak jalan jugak. Ape da jadi? Tolong maafkan tuan punye blog sebab beliau berada dalam keadaan "Boleh jalan ngan blog sendiri. Makan lagi bagus. Shopping lebih bagus lagi".

Nak bebel ape kali ni? Emm..update perkara terjadi kat diri sendiri. Bagus jugak. Amaran. Entry ini dijangka super duper panjang. Sila blah kalau anda rase anda bakal muntah membaca entry berciri cinta dan kasih sayang, memuji diri sendiri mahupun yang seangkatan dengannye.

Ahad lalu bersamaan 5 April 2009, saya bersame2 angkatan saya berjumlah 5 orang ditambah dengan angkatan jiran sebelah berkekuatan 4 orang juga, telah meluncur dengan tak lancarnye disebabkan kesesakan lalu lintas menuju ke destinasi peperangan. Adapun kami hanye berjumlah 9 orang sahaja, namun semangat perjuangan menentang keganasan tetap wujud. Hoi. Hoi. Ape kau merepek ni. Ok. Abaikan.


Tu die. Gorgeous tu dorang ni.

Sebenarnye telah beramai2 menengok F1 kat Sepang. Bedesup kete tu lalu depan mate. Kalo tutup mate mase tu, memang sah2 makan asap telinge bedengung je. Kalo JPJ ade kat situ, terang2 kene saman setiap setengah minit. KAHKAH. Gile ahh. Tapi dalam riang menonton pertunjukan tersebut, dalam hati terselit rase bersalah sebab terpaksa membiarkan Encik Fitri balik ke Shah Alam naik ERL n komuter je. Sob. Sob. Lebih rase bersalah sebab sebenarnye Encik Fitri ade mengajak untuk same2 menonton F1 ni sebaik je die balik kursus. Huhu.

Untuk mengcover rase kesalahan yang dah dibuat itu, maka saye telah mengajak Encik Fitri gi dating esoknye. Dah buat salah, kene la tebus balik. Kan ke tengah cinta dn sayang kepada beliau. KAHKAH. Seperti terancang sebelum ni, saya n Encik Fitri telah mengukur isipadu n perimeter serta luas bukaan TGV Bukit Tinggi. Wah. Sape la arkitek die. Fast and Furious 4. Bolehla tahan cerita ni. Tibe2 bertanya kepada diri sendiri, mengapa Encik Fitri punye tangan tak macam O'Connel tu? KAHKAH. Durhaka punye gefren.

Malam pulak, menghantar Encik Fitri ke KLIA. Woi.Woi. Part ni yang sedih ni. Melihat kekaseh hati melangkah ke balai berlepas membawa bersama separuh semangat dan keupayaan bershopping serta meninggalkan persoalan dan pertanyaan "bile tah die nak balik sini lagi?". KAHKAH. Tipu. Tade manenye nak anta die kat balai berlepas. Anta depan pintu KLIA cukup. Tapi sedih gile terpakse hantar die ke KLIA. Saya benci KLIA. Ok. Stop. Tambah sedih bile balik umah malam tu Widie tanye ko rindu tak kat Fitri? Woi. Mestila. Kalau bukan aku, sape nak rindu kat die kan. Takkan mamak kat Hakim tu plak. Bederai ke ape tah air mata mase tu. Dahlah baru anta Encik Fitri. KAHKAH. Asal jiwang sangat nih?

Dahlah. Tade mud da nak update. Nak tepon Encik Fitri jap.






Thursday, April 2, 2009

Movie

Yuhuu..Encik Fitri ade kat selangor..yeye..telah mengepow Encik Fitri kat sunway..kan ke ni ujung bulan..harusla encik fitri membelanja dengan gigih untuk gepren die yang setia menunggu ketibaan serta menjemput Encik Fitri dengan kesudian tidak berbelah bagi di KLIA malah sanggup membangunkan diri pada pukul 6 pagi untuk menghantar Encik Fitri ke Putrajaya.KAHKAH..


Lantas, ape lagi aktiviti yang kami lakukan? mengukur perimeter serta isipadu panggung wayang gambar di jusco bukit raja. mari. mari. mari melihat komen saye mengenai ceritera itu.


1. 12 Rounds
Status: watched
Comment: what a nice movie


2. The Shinjuku Incidence
Status: watched
Comment:!@#$%.Gile ahh. Macam nengok cite ape je. Menakutkan betul. Tak suke!


3. The Fast and the Furious 4 (betul ke tajuk die gini?)
Status: Bakal ditonton sekembalinye encik fitri dari kursus


4. Confession of A Shopaholic
Status: Perlu ke tonton?
Comment: Apekah patut Encik Fitri ke dat girl tu macam I?hampeh.Die kate I sesuai ngan cite ni. HAMPEH!.