Hello!!!

Monday, February 4, 2013

February

It is february. The month of the EDD. Butterfly in stomach. Though this is not the first time, but i am nervous like the first. Why? Bukankah setiap kehamilan dan proses bersalin itu berlainan bagi setiap anak?

Saya berharap kali ni dapat baby girl. Supaya saya dapat mohon cuti mengandung daripada suami. Haha. Penat rasanya mengandung kali ni. Dengan anak sulung tengah aktif berlari sana sini. Memang penat. Bukan saya merungut, cuma bercerita keadaan semasa. Saya selalu bercakap dengan suami, lepas ini kalau mengandung lagi biarlah suami yang tanggung sakit pinggang sakit badan segala ni. Jahat kan . Haha.

Tetapi kalau kali ni dapat baby boy lagi tidaklah saya kecewa hentak kaki menangis sakan. Mungkin 2 tahun lagi boleh cuba for a girl. Mungkin la. Kita kan hanya merancang.

Tahun ni saya akan berusia 27 tahun. Ye dah tua. Tak apa. Anak pun dah dua. Ok la tu kan.

I noticed something. Mengandung ni saya kuat betul membebel. Padahal puncanya kecik je. Contoh lepas minum air, suami letak mug tepi meja. Itu pun boleh jadi punca bebel selama 5 minit. Bagi saya lepas minum jangan letak mug dekat tempat yang anak boleh capai dan main. Karang kalau pecah anak luka da jadi cerita lain. Tapi bagi suami alah small matter. Nanti i angkat la. Nanti yang memang takde kesudahan. Sebab tu la saya membebel. Eh adakah perlu salahkan hormon perempuan mengandung? Hehe.

Oh. Kereta saya mungkin akan siap minggu ni. Bukankah dia bagitahu 26 hari bekerja? Setelah tolak public holiday, maka 26 hari bekerja itu jatuh pada 6hb ini. Ada mixed feeling di sini. Gembira kerana kereta sudah baik tak perlulah mengharap pada kancil saja yang dah macam-macam bunyi keluar. Sedih kerana lepas ni kena pergi kerja sendiri. Haha. Dah sedap kan sebulan ni husband hantar pergi kerja, ambik balik kerja. Syok. Tak payah fikir jalan mana tak jammed. Tak payah berebut dengan anak supaya duduk dalam car seat dia diam-diam. Emm.

0 Words from you: