Hello!!!

Wednesday, February 13, 2013

Menunggu

Sesungguhnya bahagian ini lah yang paling saya tak suka semasa mengandung. Menunggu hari. Setiap hari tertunggu-tunggu. Setiap kali perut rasa tak selesa, tertanya-tanya. Setiap malam, tidur terganggu-ganggu.

Hari ni sudah 38 minggu dan 1 hari. Kalau Irfan dulu, esok la bersalinnya. Harapnya biar lah sampai EDD. Banyak lagi yang tak buat. Biasalah. Suami isteri ni memang jenis ambik ringan pastu last minute menggelabah macam ayam kena sembelih. Periuk tanah pun belum beli ni. Tukang urut pun belum tempah lagi. Carik nahas kan suami isteri ni. Lepas tu breast pump pun tak hantar servis lagi. Padahal dah 5-6 bulan tak guna.

Sehingga hari ni saya masih bekerja. Tidak merancang untuk bercuti sebelum bersalin. Tapi kalau lah tuhan bagi sakit belakang yang bertambah sakit bila bekerja, mungkin saya akan apply annial leave. Tak nak guna maternity leave sebelum bersalin. Nanti lepas bersalin kurang hari bersama anak.

Ehem. Irfan dah berumur 22 bulan. Dah banyak yang dia kenal dan boleh sebut. Walaupun kadang-kadang cuma suku kata yang belakang je dia sebut, maafkan lah. Kerana dia masih belajar lagi. Tetapi yang saya geramkan kenapa dia masih tak panggil saya mummy. Sebaliknya dia panggil ma. Kadang-kadang mi. Tapi nak gabung jadi ma-mi, memang takde la. Sabar je la. Padahal dia boleh sebut dia-dua suku kata tu. Takpelah anak. Belajar perlahan-lahan ye.

2 Words from you:

Unknown said...

PUSHHHH!!!! tak sabar nak tunggu adik Irfan nih hahaha...last 2weeks kot aku ade tinggal zara kt kg 3hari sbb laki aku malas nk anta kitorg balik kl pastukan sejak dari tu zara dah boleh panggil aku Mi kdg2 dgr jgk Ummi daripada dulu die panggil aku 'HOI' haha pastu dah tak boleh tak nampak muke aku...

SuryaRahman said...

Haha. Macammana zara boleh panggil hoi pulak ni. Irfan pun xboleh kalau tak nampak aku. Padahal aku masuk bilik air kejap je kot. Ketuk pintu sambil nangis-nangis. Drama lebih