Kalau ikut bulan, 36 minggu bahagi dengan 4 dah jadi 9 bulan. Maksudnya bila-bila boleh bersalin. Masa Irfan dulu, saya bersalin pada minggu ke 38 dan 2 hari. Kali ini mungkin juga awal. Kerana biasanya kalau dah awal, awal aje. Biasanya la. Tapi tak semestinya.
Sekarang ni saya tengah gila makan roti bakar sapu margerine dan kaya. Kalau boleh hari- hari nak. Macammana entah tiba-tiba teringat nak makan roti bakar seterusnya menggilai roti bakar. Yang suami pulak asyik-asyik suruh masak sardin dan ikan bilis kicap. Kemaruk sardin pulak. Nasib baik Irfan tak pandai mintak- mintak. Eh tak jugak. Irfan asyik la mintak limau. Pantang nampak, mama nak nak nak.
Saya rasa macam dah lupa apa yang perlu disediakan untuk bersalin. Rasa macam eh cukup ke barang aku ni. Takpelah tak cukup nanti je baru tambah. Berkenaan hal pantang. Rasa macam nak pantang sendiri kat sini. Emak tak boleh nak jaga kat sini. Ada kursus haji. Lagipun ada jaga anak along Kalau balik klang boleh la. Tapi kalau pantang sendiri saya takut tak cukup kaki tangan mulut nak menjaga seorang toddler dan seorang newborn. Nak jaga diri lagi. Ikutkan suami, memang dia suruh duduk jb je (sebab dia takut tidur seorang). Tapi kalau dia pergi kerja nanti, saya pulak yang huru hara. Tengoklah nanti.
Semalam pergi memborong mamy poko. Tengah offer kat jusco. Ada free 4 pcs lagi untuk yang size xl. Sudahnya rumah saya ni dah macam kedai runcit. Ada sepuluh bungkus mamy poko berbagai saiz. Newborn, s dan xl. Kau bayangkanlah bawak diapers tu dengan kancil. Kelakar pun ada. Haha. Bercakap mengenai kereta, sampai sekarang kereta masih belum siap. Takpe. Ini dah masuk minggu keempat. Kita tunggu minggu depan. Dia kata 26 hari bekerja kan. Jadi 5minggu la lebih kurangnya. Harap-harap siap la hendaknya. Naik kematu tunggu suami datang jemput balik kerja.
TEST
2 years ago
0 Words from you:
Post a Comment