Hello!!!

Saturday, January 19, 2013

The differences between two pregnancies

1. Muscle cramp
Masa Irfan dulu selalu sangat cramp kaki. Orang tua kata simpul biawak. Dahlah duduk seorang diri, malam-malam kena serangan cramp pula. Sekarang ni bila dah duduk dengan suami takde pulak kena cramp. Tapi bagus jugak macam ni.

2. Eczema
Masa Irfan dulu, boleh dikatakan sembilan bulan free dari eczema. Lepas bersalin, balik semula macam sebelum pregnant. Sekarang ni eczema takde beza pun dengan sebelum pregnant. Cuma under control dengan dermovate, fucicort, aqueous cream dan lpc.

3. Muscle ache
Macammana nak describe ni eh. Bukan sakit pinggang, tapi sakut bawah pinggang. Dekat gluteal muscle. Aiseh. Kalau dah tertarik muscle tu, sampai tak boleh jalan. Kadang-kadang jalan ada serupa penguin nak mengelakkan muscle tu tertarik. Dilu takde pulak kena macam ni.

4. Narcolepsy
Kali ni tidur boleh dikawal. Takde la macam Irfan dulu, lepas maghrib je macam kena infused ubat tidur. Mata tak boleh bukak langsung. Sampai EF merajuk ajak sahur kat KFC tapi kejut saya tak bangun-bangun. Haih.

5. Bleeding
Awal pregnancy hari tu bleeding selama hampir 2 bulan. Jalan bleedjng, baring pun bleeding. Masa Irfan dukh takde pun bleeding ni. Cuma sakit macam nak period je.

6. Defaulter
Banyak kali jadj defaulter tak ikut tarikh temujanji dengan klinik. Gaya macam jauh je nak pergi klinik tu padahal hari-hari datang. Apakan daya, masa appointment tu la terpaksa ambil cuti atau memang nak cuti. Dulu masa Irfan tak pernah sekali pun jadi defaulter.

Mungkin ini sahaja perbezaannya. Yang lain masih sama. Tiada morning sickness, teringin nak makan sabah's food seperti puding kelapa, sayap, little italy dan lokan bakar, painful at vagina selepas kepala baby berpusing dan bermimpi mendapat anak lelaki. Haha. Itu sahaja. Harapnya dipermudahkan la segala-galanya. Tinggal 6minggu je. Bertabahlah.

0 Words from you: