January
1. A complaint has been made which cause me to be shifted to other clinic.
February
1. New working place. The good thing is less responsibilityies. The bad thing is extra milage to and fro working place, babysitter's place and home.
2. Something really bad happen in the family.
March
1. Why i cant remember what was happened on March? Aging process perhaps. Why oh why.
April
1. Irfan's first birthday and my 26th birthday. No celebration because dear husband is sooo busy.
May
1. Alin's wedding. Meaning: a small reunion with 401 members.
2. Husband is resigned.
June
1. A new ride. Alhamdulillah. Walaupun berat hati nak berpisah dengan kenderaan saksi percintaan saya dan suami serta kasih sayang ibu bapa kepada saya. By the way, masih hutang emak lagi.
July
1. Double line in pregnancy test. A big suprise!!
2. A 3 weeks mc due to threatened abortion.
August
1. The very first raya not celebrated with my parents. A big sob.
2. Irfan is having high grade fever that cant be resolved with brufen but voten supp.
September
1. The secret was broken. Sad, but it is true enough.
2. Brought my parents to water theme park. Saja berjalan.
October
1. Birads 2 fibroadenoma :( i was advised to remove it. But i opt to seek for second opinion, which is untill now i havent seek for it.
November
1. A short vacation. I guess it is the last vacation for the three of us. After this it will be fantastic four!
December
1. Mak long is passed away.
2. My ride was hit. Sobs. Need at least 26 working days to be repaired. Sobs sobs.
3. 3rd anniversary. But hey no celebration as husband is sick.
Hello!!!
Monday, December 31, 2012
2012 Summary
My Words SuryaRahman at 8:51 PM 0 Words from you
Sunday, December 23, 2012
Racing against time
Sebenarnya aku sangat sedih. Bila aku fikirkan tak lama lagi aku akan membahagi kasih antara Irfan dan adiknya, aku rasa sangat sedih. Aku rasa aku masih belum puas memberi kasih pada Irfan. Bukan bermaksud aku takkan mengasihi Irfan selepas adik dia lahir. Tapi aku rasa dia masih perlukan kasih aku sepenuhnya, tanpa bahagi.
Bila malam, Irfan nak tidur mesti cari aku. Mesti nak peluk aku. Kalau aku baring menelentang, dia akan tarik badan aku supaya aku mengiring, untuk dia peluk. Kalau tak, dia akan naik ke badan aku untuk peluk aku.
Kalau aku memasak, dia sibuk mintak dukung. Nak tengok apa yang aku masak. Kalau aku pergi tandas, dia akan ketuk pintu tandas sambil panggil aku. Kalau aku duduk, dia pun datang duduk kat riba aku. Kadang-kadang sampai kebas kaki dibuatnya. Kalau nampak aku berehat dia akan datang tarik tangan aku ajak pergi ke tempat yang dia nak.
Itu belum lagi dia pegang perut aku dan cakap hai sambil usap perut aku. Nak menitik air mata aku kadang-kadang tu.
Mak aku cakap kalau budak nak dapat adik biasanya dia akan buat perangai. Memang. Memang Irfan ada buat perangai. Tapi aku anggap tu sebagai perkembangan emosi dia. Dia belajar ekspresikan apa dia rasa. Tak dapat, mengamuk. Ambik barang daripada tangan dia, mengamuk. Tak kena masa dan gaya, mengamuk. Aku anggap dia menuju ke Terrible Two.
Jadi boleh faham apa yang aku rasa sekarang? Aku berlari melawan masa. Tapi aku kalah. Bukan. Bukan aku tak mengalukan kehadiran anak kedua aku. Cuma kadang-kadang aku rasa sayu bila tengok Irfan. Aku rasa masih belum puas bersama dia. Aku rasa dia begitu juga.
Dan kadang-kadang aku meragui kemampuan aku. Mampukah aku menjadi ibu kepada dua orang anal? Mampukah aku membagi kasih seadilnya? Mampukah aku menguruskan rumah dengan dua orang anak dan seorang bapa anak? Mampukah aku menjadi ibu yang sentiasa bersabar dengan anak-anak dan bapa anaknya? Aku harap aku mampu.
My Words SuryaRahman at 9:46 AM 2 Words from you
Thursday, December 20, 2012
Bila suami pula sakit
Baru je dua hari Irfan baik, suami pula jatuh sakit. Macam berturut-turut pulak. Dugaan kan.
EF mula sakit pada Selasa lepas. Sehari sebelum anniversary. Demam. Sakit pinggang. Sakit badan. Hari rabu tak pergi kerja. Dan tak pergi klinik. Biasalah lelaki. Sanggup tahan sakit daripada dapatkan rawatan.
Hari khamis masih lagi demam sakit pinggang segala. Pun masih taknak pergi klinik. Tapi pukul 10 macam tu dah telefon saya cakap tak tahan sangat. Balik la isterinya itu ke rumah mengambilnya untuk dibawa ke klinik. Bila doktor tanya baru dia cakap masa kencing pun sakit. Doktor suspek UTI. Bila ambil urine sample, rupanya bukan UTI, tapi batu. Dapat la IM Voltaren satu das pagi tu. Kebas bontot kejap. Tapi sampai malam tak terasa sakit.
Esokny tu kebetulan saya cuti. Babysitter Irfan nak balik kampung. So kena la cuti. Tengok-tengok suami masih demam pagi tu. Dengan tangan kebas, perut cramp, kaki cramp. Muntah dan loya. Ajak pergi klinik, tapi tak nak. Bila isteri dah bebel bagai murai dicabut ekor, baru lah nak pergi. Kene repeat urine FEME. Rupanya dehydrated. Ketone 4+. Kene set IV dan FBC stat. Ambik kau. Takut sangat kena cucuk, kan dah betul-betul kena cucuk. Mengantuk saya tunggu nak habis satu pint normal saline tu. Dengan anak sibuk berlari satu klinik. Nasib baik orang tak ramai.
Doktor advised untuk admit hospital untuk rule out acute pylonephritis. Tapi suami sangat takut lantas menolak pelawaan doktor. Jadi doktor hanya tulis surat rujukan. Jika perlu malam nanti boleh straight away ke hospital. Yang mana memang tak pergi sampai ke hari ini.
Lepas masuk air tu, tengok malam tu dah ok sikit. Cuma masih muntah dan demam. Sabtu tu badan masih tak kuat lagi. Bangun je pitam. Banyak melepek. Hari ahad tu baru nampak sihat sikit. Sejak sakit tu, suami dah taknak tahan kencing dah. Asal ada trigger je terua kencing. Kalau tengok tv pun takde nye tunggu iklan ke tunggu half time ke. Terus je pergi toilet. Bagus jugak. Haha. Isnin tu dah start kerja semula. Tapi sambil kerja sambil kena bawak anak. Babysitter masih cuti. Kisah suami jaga anak ni pun boleh memberi sakit jantung kepada saya. Lelaki, lelaki.
My Words SuryaRahman at 3:36 PM 2 Words from you
Tuesday, December 11, 2012
Anniversary
Bertanya seorang isteri kepada suaminya.
Isteri: You ingat tak bila kita kahwin?
Suami: Ingat. 11hb 12.
Isteri: You kahwin dengan siapa tu?
Suami: -diam-
Tak lama lepas tu.
Suami: Kita kahwin 12hb 12 kan.
Isteri: Ooo. You diam tu you tengah nak ingat bila kita kahwin kan. Kalau salah teka lagi 'habislah aku'.
Suami: -Laughing like evil-
Dah berhenti ketawa tu suami pun sambung perbualan.
Suami: Sekejap je dah dua tahun kita kahwin.
Isteri: Dua tahun apanye. Irfan pun dah nak masuk dua tahun. Takkan la kita baru dua tahun kahwin.
Suami: Eh. Dah empat tahun eh kita kahwin? Cepatnya.
Isteri: -Tahan marah- Dahlah. Malas nak dengar you main teka-teka lagi.
Buat suamiku.
Happy 3rd anniversary. Ya, its the 3rd anniversary (for your record). And we married on the 12th December 2009( also for your record). Looking forward for many years to come. Though you didn't remember the date we married, or sending me flowers as you planned or suprising me with any suprises, but I just love you the way you are.
Semoga perkahwinan kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Love you.
My Words SuryaRahman at 6:50 PM 3 Words from you
Saturday, December 8, 2012
20 months old Irfan and 28 weeks little one
Irfan is recovering from his fever after 9 days. Poor Irfan. Tak selera makan. Tak nak susu. Nak air masak je. Tapi sekarang dah ok. Dah nak makan dan susu. Dah banyak main semula. Lega.
Irfan's vocab dah bertambah sikit. Selain mama, ayah, abah dan kakak, Irfan pandai sebut bus dan car. Kalau mengira, mummy baru sebut nombor satu, dia dah empat, enam, lapan, daa. Daa mungkin bermaksud sepuluh sebab kalau saya mengajar Irfan mengira, bila sampai sepuluh nada suara saya macam excited. So does him masa die sebut daa.
Kalau sebut dog, dia akan buat bunyi gheng. Tak pandai ikut bunyi dog sangat. Kalau sebut cat, dia akan buat bunyi aaow. Like a mating male cat. Irfan dah tahu tunjuk bahagian badan bila tanya mana mulut, hidung, tangan, kaki dan perut. Tapi kalau tanya mana rambut, dia akan tunjuk perut jugak. Haha. Mungkin sebab bunyi hampir sama. Satu lagi yang Irfan selalu sebut ialah uwai. Cuba teka apa dia? Lori. Haha. Macam mana entah boleh datang uwai tu. Kalau dalam kereta, dia nampak lori, dia akan cakap uwai. Bila mummy tanya mana uwai? Dia akan tunjuk lori. Sambil cakap uwai. Kalau sebut hujan, dia cakap huek. Sabar je la. Banyak kali dah mummy betulkan. Huek juga yang die sebut. Irfan pandai sebut fish dan aiyo jatuh. Kadang-kadang dia main dekoder astro, lepas tu tekan button off. Bila nampak tv dah takde siaran, dia pun cakap aiyo.
Berat Irfan yang terkini adalah 12kg. Last sekali timbang minggu lepas. Masa 12 bulan, berat dia 10kg. 18bulan, 10.5kg. 20 bulan, 12kg pulak. Banyak jugak Irfan naik dalam 2 bulan. Takpelah. Asalkan sihat kan Irfan.
Little baby is now on his/her 28th weeks. Mummy baru lepas buat MGTT semalam. For the second time for this pregnancy. And for the fourth time in mummy's life. Alhamdulillah. It is normal eventhough the night before mummy's last meal was on 10.30 pm. Sebab oncall, jadi makan pun lewat la. EF dan saya merancang untuk scan for baby's sex. Tapi asyik la takde masa. Hari tu bawak Irfan pergi Puteri, ingat nak scan sekali. Tapi ramai pulak orang petang tu. Takde rezeki nampaknya. Mungkin minggu depan la kot baru pergi.
Setakat ni, saya dah naik 11kg daripada berat sewaktu kandungan berusia 12 minggu. Ambik kau. Dahsyat kan. Hari tu tanya suami, i gemuk tak? Lepas tu suami pun jawab, tak macam masa Irfan la. I dont know wether husband memang jujur atau cuma nak jaga hati isteri ke apa. Hehe.
So far, saya belum start prepare barang untuk new baby lagi. Too early maybe. Or take it easy perhaps. Mungkin dapat bonus ni bolehla beli apa yang masuh kurang atau gamti mana barang Irfan yang dah tak elok untuk little baby ni.
My Words SuryaRahman at 2:04 PM 0 Words from you
Monday, December 3, 2012
Post fever and Irfan
Selepas saya baik demam, Irfan pulak yang demam. Dugaan yang diberi. Bertimpa-timpa. Pada saya, biarlah kita yang dewasa ni yang demam. Kalau bayi atau bufak seusia Irfan demam, kesian sangat. Makan pun tak. Susu pun kurang. Nasib baik dia nak minum air masak. Sikit-sikit 'ma nak'. Mintak air masak.
Hari ni terpaksa EL. Menjaga anak yang demam. Walaupun EL tetap ke klinik. Bawak anak jumpa doktor. Jadi takdela yang nak cakap belakang 'entah-entah saja je tu tak nak datang kerja'. Highest temperature recorded 39.2 degree celsius. Itupun post 3hours of neurofen syrup. Malam-malam kena bagi voren supp baru boleh tidur. Itupun bangun pagi masih panas lagi badan dia. Merengek. Bibir merah. Tonsilitis. Viral fever? Bacterial fever? Doktor nak ambik darah, tapi memandangkan anak saya ni punya energy luar biasa walaupun demam, jadi hold dulu la. Kalau lepas on antibiotic masih demam lagi, memang viral fever la tu.
Nak bagi ubat bukannya senang. Punyalab azab. Kalau Irfan nampak mummy die pegang syringe isi ubat, memang dia taknak baring la tu. kalau ayah die ade, peluk je la ayah tu. kalau ayah takde, peluk mummy juga. Taknak baring. Dia tahu kalau baring mesti mummy sumbatkan ubat tu dalam mulut. Tapi Irfan lupa. Mummy die lagi pandai. Mula-mula sembunyikan syringe. Bila dah baring baru keluarkan dan syringe out ke dalam mulut Irfan. Settle masalah. Mummy seorang pun boleh buat.
Harapnya Irfan sembuh cepat. Tersepit dah mummy ni. Nak EL lama-lama pun payah jugak. Kerja macam saya ni kene tengok staff cukup ke tak. Kalau tak cukup, tak boleh cuti. Bukan macam kerja di pejabat biasa. Nak tinggal seminggu pun takde masalah. Mungkin dah tiba masa untuk job hopping? Hurmm.
My Words SuryaRahman at 2:37 PM 0 Words from you
Saturday, November 24, 2012
Down with fever
Since thursday night i was having on and off fever. But i guess the highest temperature would be last night. Shivering. With cold.
And today i was on duty for methadone oncall. Blergh. It was the longest oncall i ever had. Nak habiskan 4 jam tu macam seksanya la hai. Nasib baik ade tempat untuk baring (read: mini surau). Took 2 tabs of pcm then lay down with a praying mat as blanket. Jangan yasinkan aku sudah lah.
After i reached home then there is a spike of fever. Again. Shivering like hell. Husband was not around. Luckily my brother was around. So he can take a look at Irfan. Last april when i was having a fever, husband was not around and my brother is the one who take care of me and Irfan. Thanks a lot Mamat!
And now after an yhour of pcm, i am sweating and perhaps it is the sign of recovering fever.
Sesungguhnya sakit itu menyucikan dosa kecil.
My Words SuryaRahman at 8:09 PM 1 Words from you
Thursday, November 22, 2012
Oh dear husband!!!
I had to stay in hotel for the last two days. Since i am having back pain, so EF helps to bath Irfan.
After few times, then i noticed a blue bottle next to bath tub. Then i asked EF:
Me: you mandikan irfan guna sabun ni ke ( sambil tunjuk sabun dalam botol biru tersebut)
EF: haah la. Kenapa?
Me: oh kenapala suamiku ini. Kan ni sabun untuk basuh botol Irfan. Depan ni kan tulis liquid cleanser for feeding bottle. Sabun mandi yang botol hijau, ada tulis head to toe wash. Kesian Irfan!!
EF: ye ke? Padanla tak banyak buih. I lagi picit banyak-banyak sebab takde buih. (Sambil ketawa).
My Words SuryaRahman at 7:25 AM 3 Words from you
Saturday, November 17, 2012
Dugaan
Irfan dropped a can of powder milk right onto my phone just now. And guess what, the screen was cracked and i can feel the glass dust whenever i slide my finger on it.
My heart was broken into pieces. The phone is my 2nd anniversary gift from dear husband. And it has not reached its first birthday.
I searched and find out it can be fixed. But the problem is the screen is not in stock currently and ETA in 2 weeks time. Ya how am i going to used this cracked phone covered with glass dust in 2 weeks?
Nak marah, bukan anak tu tahu yang jatuhkan tin susu kat telefon mummy boleh pecahkan skrin tu. Paling baik cuma boleh istighfar paaaanjang je. Sabar. Hemm. Nasib baik masih boleh guna tapi bahaya jugakla. Nak tunggu generasi ke 5 entah bila baru masuk pasaran malaysia. Kalau dah ade pun takkan dear husband nak belikan lagi sekali. Sabar je la.
My Words SuryaRahman at 11:12 AM 1 Words from you
Sunday, November 4, 2012
The busy mummy.
Irfan is 19 months already. And the little one is approaching 24 weeks in one or 2 days.
Life has been good this few weeks (minus the pharmacy things of shortage of fund, shortage of staffs, unapproved time off bla bla bla). I able to cook for husband several times last week which is something i can do if and only if i am on leave. I able to cook for Irfan every single days but now he is not so into food, more to milk, which makes me so worried. Sudah bosankah dengan lauk mummy masak? What should i cook then? Other than that, my life was pretty cool.
Went out with Irfan to have gossip session with a friend, and Irfan was being so nice sitting properly in his stroller without screaming 'take me out'. FYI, the stroller has not been used for more than a year because we were comfortable with babywearing.so i was a bit afraid that Irfan wouldn't sit in the stroller nicely. But he was a good boy that day. I should go out with him more often after this. Oh btw, i am not giving up babywearing. It just that i am not comfortable to wear ssc with the bulging tummy. Plus i am having a back pain which i think will be aggrevated if i backcarry Irfan.
I do some ultrasound scan for fibroadenoma last month (which i wont explain much about that). Knowing that i am 20 weeks pregnant, the radiologist was kind enough to do o&g ultrasound to identify the gender of the little obe. She didnt give me assurance, but some percentage of the gender, which i dont take it seriously.
The major concern here is how is Irfan's reaction towards the little one once he/she was born? Last aidiladha, i went to visit two cousins who gave birth recently. And guess what, Irfan was treating the baby like a kitten in my mum's house. He grabbed the baby's hand roughly. He tried to slap the baby's head. Oh man. I was so panicked. Phew. It creates an alarm to me to introduce to Irfan the baby concept.
The little one is doing fine. My tummy was not as big as before. But husband noticed that i put some weight already. Hello, i am 24 weeks pregnant. Of course i gained weight. I still wear baju kurung to work as it still can fit me well. To be honest, i havent korek all my maternity clothes. Nanti la.
Oh, my sister was diagnosed with ectopic pregnancy and it had been removed last week. Please pray for her health okay.
My Words SuryaRahman at 10:26 PM 3 Words from you
Saturday, October 13, 2012
18 months Irfan and ....
Minggu lepas Irfan genap 18 bulan. Sudah mendapat dos terakhir imunisasi DTAP yang mana adalah sangat susah untuk mencucuknya. Oh. Irfan yang sekarang ni adalah sangat ligat lasak buas dan ganas. Jangan kata berlari, menendang pun boleh tahan. Salah kan ayah Irfan sebab dah ajar Irfan tendang bola sejak dia belajar berdiri.
Irfan sekarang ni minum susu formula.100% susu formula. Ye. Saya rasa loser sebagai ibu terpaksa memberhentikan penyusuan susu ibu. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan yang akan diceritakan sebentar lagi, maka saya redha. Memang rasa terkilan sebab tak dapat teruskan hingga 2 tahun. Tetapi bila menoleh ke belakang, saya dah susukan dia for a good 17bulan, maka saya dapat menarik nafas lega sedikit.
Tetapi cabaran baru yang muncul adalah bila pukul 2,3 pagi kena bangun pergu dapur buat susu. Oh yang ni memang cabaran besar. Sebelum bi ca selak dan sumbat. Sekarang ni, bangun, masak air, test suhu air, masuk susu, goncang, bagi Irfan, tunggu sampai dia habis susu, then baru boleh sambung tidur. Kau tengok di situ. Betapa perbezaan ketara antara breastfeed dan bottle feed.
Irfan sekarang pandai ambik hati mummy die. Kalau mummy baring, nanti dia pun baring sebelah peluk-peluk mummy. Kalau mummy nangis nanti die datang kat mummy tengok je muka mummy pastu senyum-senyum. Kalau mummy dengan ayah peluk-peluk ke baring sama ke nanti die pun senyum-senyum pastu sibuk datang dekat.
Kalau mummy masak nanti die sibuk mintak dukung nak tengok apa yang kita masak. Kalau menyapu, die pun nak menyapu. Irfan dalam fasa meniru apa yang orang buat. Kalau ayah main tepuk perut, nanti die pun datang tepuk perut sekali. Tengok orang makan jemput-jemput cicah sos, nanti die pun sibuk cicah sos jugak. Nampak orang makan guna sudu garfu, die pun nak sudu garfu jugak.
Vocab Irfan agak terhad kepada ayah mama abah kakak tak nah. Selain daripada tu, Irfan tak banyak menzahirkan perkataan yang boleh difahami manusia lain. Dalam kata lain banyak cakap bahasa sendiri. Ye, saya tahu dia lambat cakap. Tak payah ulang banyak kali.
Oh, berita baik yang perlu dikongsi. I am 20 weeks pregnant! Ye, Irfan akan jadi abang dalam masa 20 minggu lagi. Secara jujurnya, ini adalah di luar jangkaan dan perancangan saya. Masih ingat saya MC panjang bulan puasa lalu? Itu adalah kerana saya bleeding yang bertambah teruk apabila bergerak. I was having menses on june,28th, but it was a bit different from usual menses and it has been there for about a month before i devide to consult doctor. Doktor advice untuk buat upt which turned up positive. Yes, unexpected positive! At least for me. It is a shocking news for me. Masa tahu tu dah hampir 9weeks.
So the doctor diagnosed me with threatened abortion. Treated with duphaston 1/1 bd and RIB (rest in bed). And i was also adviced to stop breastfeed Irfan. Guess what, despite of the treatment, masih bleeding jugak. Then i head to Puteri for a second opinion, which is also the same. So i was on MC since 19th July until 10th august. I was back to work a week before raya which turned up as the laziest and bluesiest week for me.
Secara jujurnya, pada mulanya saya seakan tak boleb terima saya pregnant lagi kerana pada pendapat saya anak saya masih kecil. Dalam perancangan saya, biarlah Irfan dah berumur 2,3 tahun barulah saya mengandung lagi. Saya rasa bersalah pada Irfan kerana tak dapat menyusukan dia sampai 2 tahun. Saya rasa bersalah pada lil baby sebab saya tak sedar kehadiran dia lebih awal. Saya rasa fizikal dan mental saya belum bersedia untuk new baby. Saya rasa keadaan ekonomi keluarga saya pun tak berapa stabil lagi untuk menambah ahli keluarga.
Tapi kuasa Tuhan adalah sangat besar. Tak terlawan. Pujukan suami dan gerakan lil baby melalui scan melembutkan hati saya. Meyakinkan saya ini adalah rezeki aku. Di saat ada rakan kenalan yang berusaha bertahun tahun untuk mendapatkan rezeki ini, tapi Tuhan beri kepada saya rezeki ini. Maka saya sedar sesuatu yang saya terlupa. Kuasa Tuhan dalam menentukan qada qadar hambaNya.
Nah. Sekarang ini sudah masuk minggu ke 20. Sudah separuh perjalanan. Saya dijangka akan melahirkan pada 26hb Feb. Mengandung yang kali ini agak berbeza daripada yang dulu. Kali ini saya agak lembik. Terutama awal kehamilan. Selalu pitam (mungkin kerana bleeding atau puasa). Sekarang ni kerap sakit pinggang. Hampir setiap hari. Kadang-kadang bila berjalan terasa tulang dan tulang berlaga. Haha. Sudah macam orang tua pulak. Alhamdulillah, kali ini mengandung ada teman. Tak berseorangan macam dulu. Ada suami, ada anak. Sangat bersyukur.
Jadi, mohon anda semua mendoakan yang terbaik buat keluarga saya. Amin.
My Words SuryaRahman at 10:20 AM 3 Words from you
Wednesday, August 8, 2012
16 months old Irfan
Irfan masih seperti dulu. Vocab dia tak banyak bertambah. Masih tak pandai sebut mummy. Paling banyak sebut anana (banana). Pantang dengar banana. Mesti dia ikut. Yang lain tu mungkin tengah belajar.
Saya tengah memperkenalkan susu formul kepada Irfan kerana susu ibu pengeluarannya sangat lah mendukacitakan. Saya tahu dan sedar, Irfan jarang dapat susu bila dia hisap. Sedih. Lebih sedih kalau dia dah start cranky. Nak tidur, tapi tak dapat susu. Bagi susu formula pulak, Irfan tak bak. Mentah-mentah dia tolak. Serba salah. Ni dah 2 hari dia tidur tak minum susu. Rasa bersalah tu memang sentiasa berada di hati. Rasa macam saya ibu yang useless tak dapat bagi anak susu sampai umur 2 tahun. Keluhan yang panjang. Oh. Tentang formula milk ni. Bila mana semua orang mula memperkatakan tentang kandungan gula dalam formula milk dan sibuk mencanangkan tentang satu jenama ni yang katanya no added sugar, tapi dia punya trans fat dia kus semangat. The highest kot berbanding formula milk lain. Hari tu masa nak beli susu, bukan main susah saya nak putuskan mana satu nak beli. Yang ni gula rendah, trans fat tinggi. Yang ni gula tinggi tapi trans fat rendah. Makin banyak pilihan, makin pening kepala mak.
Irfan paling suka bila waktu mandi. Kalau boleh tak nak keluar dari bilik air tu. Dia main paip. Dia main shower. Pura-pura gosok gigi. Tapi sebenarnya letak je dalam mulut. Kadang-kadang dia minum air yang tengah mengalir keluar daripada paip tu. Sabar je lah mummy tengok.
Hari tu, Irfan main TV. Macam biasala dia goyang-goyangkan TV tu. Agaknya terlebih goyang, TV tu pun jatuh hempap dia. Melalak la apa lagi. Lepas tu kena marah dengan mummy, terus baring tak main dah. Tidur pun tak mintak susu. Takut agaknya mummy marah lagi. Lepas dia tidur, rasa kesian pulak bila tengok muka dia. Ada luka sikit mungkin terkena hujung TV.
Sekarang ni, kalau keluar jalan dah tak perlu fikir nak bagi Irfan makan apa. Apa yang kita makan, dia pun makan. Kadang-kadang yang pedas pun sumbat je kat dia. Alhamdulillah nampaknya dia takde sakit perut atau apa. Mungkin dia dapat gene saya. Makan dan makan dan makan. Tak macam ayah dia. Pilih baru makan. Hehe.
Raya dah nak dekat. Tapi persiapan memang takde lagi. Mummy tak sihat, ayah sibuk. Lagipun raya kali ni macam tak best sangat. Emak dan ayah pergi umrah. Along kat terengganu. Hurmm. Nak masak sendiri, takut bleeding makin banyak. Takpelah. Tengok je la nanti.
My Words SuryaRahman at 11:06 AM 1 Words from you
Friday, July 27, 2012
Long MC
Was on MC from Friday, 20th. Today is the 6th day. Yawwnn. No signs of bleeding to stop. Blame on me then. A wife will always be a housewife thiugh she's not well.
Hoping everything will be fine.
Sesungguhnya kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Dan setiap apa yang ditentukan, pasti ada rahmat dan kebaikannya. Redha.
My Words SuryaRahman at 10:36 PM 5 Words from you
Saturday, June 9, 2012
14 months old Irfan
2 bulan tak update blog. Bukan dah lupa. Tapi dah tak berkesempatan nak update. Malam pukul 9 dah tidur. Kadang-kadang Irfan belum tidur lagi, saya yang tidur dulu. Mengantuk sangat. Mengalahkan bangun pagi pukul 3 atau 4 pulak. Haha.
Back to the topic. Irfan dah 14bulan. Gigi ada 6 batang. Tapi semua pun baru tumbuh separuh je. Irfan dah pandai salam cium tangan. Dah pandai kiss pipi kalau cakap 'sayang mummy' sambil hulur pipi. Irfan dah pandai bye bye. Irfan pandai merajuk kalau dia pegang barang, pastu kita ambik barang tu. Irfan dah pandai kick ball.
Irfan akan tunjuk atas kalau kita cakap bird. Irfan akan tunjuk bawah kalau kita tanya where is cat. Irfan pandai cakap ayah, abah, mama tapi belum pndai cakap mummy:( Irfan sebut banana sebagai anana.
Irfan tau kalau mummy pakai tudung maksudnya mummy nak keluar. Jadi di akan menangis mintak dukung. Irfan suka main senduk dan tupperware. Irfan pandai pegang telefon dan letak kat telinga lepas tu sengih-sengih. Irfan pegang remote tv lepas tu hala ke ttv macam nak tukar channel.
Irfan dah susah nak kawal bila bawak jalan luar. Kalau dah jejak kaki je tanah, jangan harap la nak dukung die balik. Kalau dulu, sorang je yng boleh pimpin dia jalan. Kalau ayah dan mummy pimpin dia, mesti dia tarik salah satu tangan. Tapi sekarang ni, sorang pun tak boleh pimpin dia dah. Nak jalan sendiri.
Irfan. Irfan. Macam-macam perangai dan kerenah. Menghiburkan hati mimmy. Sampai bila-bila pun mummy akan sayang Irfan.
My Words SuryaRahman at 6:36 PM 0 Words from you
Friday, April 27, 2012
Irfan is 1!
Ooh. Finally. The day has come. Irfan is 1!!! Hari yang sangat ditunggu. Hari yang menandakan setahun sudah saya bergelar ibu. Hari yang istimewa.
Setahun Irfan. Setahun yang banyak sangat perubahannya. Irfan yang setahun ni dah pandai berjalan. Irfan yang setahun ni dah pandai salam dan bye-bye. Dah pandai merajuk. Dah tahu mummy pakai tudung maksudnya mummy nak keluar, jadi mintak dukung siap-siap. Dah pandai tolak makanan kalau tak nak. Dah tahu kalau ayah balik kerja mintak dukung dulu. Dah ada gigi. Hampir 4 sekarang ni.
Irfan sekarang dah sangat berbeza dengan Irfan yang dulu yang cuma pandai nangis mintak susu. Irfan yang sekerang ni selalu buat hati emak dia girang dengan senyum, ketawa dan gelagatnya.
Semoga Irfan membesar menjadi anak yang baik dan soleh. Semoga Irfan beroleh kesihatan yang baik. Semoga Irfan menjadi Irfan mummy selamanya.
My Words SuryaRahman at 9:03 AM 0 Words from you
Monday, March 5, 2012
11 months old Irfan
Dah sebelas bulan. Sekejap lagi dah setahun. Memang sekejap masa berlalu.
Milestone untuk bulan ke 11 ni, semalam ternampak macam ada gigi nak tumbuh. Oh bersedia la lepas ni kena gigit dengan Irfan. Tapi excited nak tengok Irfan dengan gigi.
Sekarang ni kalau orang makan tapi tak suap dia, memang boleh mendatangkan amukan dia. Mulalah nak keluar dari high chair. Nak tarik pinggan kita. So nak dia duduk diam, kena la bagi dia makan jugak.
Irfan masih menggunakan furniture sebagai alat bantuan untuk berjalan. Kadang-kadang lepas sebelah tangan dan berjalan. Kadang-kadang sengaja lepaskan dia tanpa dipegang, boleh la jalan setapak dua tiga sambil kejar kita dan ketawa-ketawa. Macam mana lah mummy tak teringat-ingat masa kerja.
2,3 hari ni selalu dengar Irfan cakap aba, aba. Mungkin merujuk kepada suami babysitter (abah). Mamamama pula merujuk kepada baby sitter. Oh bila nak sebut mummy pulak ni. Kecik hati mummy.
Sekarang dah makin pandai menunjukkan emosi. Kalau tak suka makanan tu, Irfan akan berpaling. Takpun dia buat main je makanan tu. Kalau tak nampak mummy dia, nanti dia duduk depan pintu bilik air sambil nangis. Kalau dah bosan dengan toys, dia campak je. Sekarang ni Irfan dah kurang sikit takut dengan strangers. Kalau mood dia baik, dia dulu yang approach strangers.
Oh. Betapa berbezanya Irfan sekarang dengan Irfan dulu yang pandai nangis mintak susu je.
My Words SuryaRahman at 7:58 PM 0 Words from you
Tuesday, February 21, 2012
Quality of life
Sejak bekerja di tempat baru, saya lebih gembira. Mana taknya. Pukul 5 dah boleh punch out. Bawak kereta cepat-cepat, ambik Irfan then balik rumah. Masa nak ambik Irfan, lalu depan klinik dulu, diorang masih x balik lagi. Nanti dah ambik Irfan, diorang pun belum balik lagi. See, you know why i am happy at this new place. Cuma pagi tu kelam kabut sikit la. Tapi ken bangun awal, so settle masalah tu.
Dari segi kerja, kebanyakan kerja saya adalah berkaitan klinikal. Yang management semua biar U44 buat. Kalau dia minta pandangan atau pertolongan, kita tolong. So tnggungkawab dah kurang kat situ.
So secara asasnya, quality of life saya lebih baik pada masa ini. Dah tak perlu fikir stok ubat, staff dalaman atau luaran, bagitahu doktor tentang itu dan ini. Semua boleh lupakan.
Tenang.
Kalau dioffer balik ke Seri Orkid, saya akan menjawab dengan yakin.
Thanks, but no,thanks.
My Words SuryaRahman at 8:29 PM 0 Words from you
Wednesday, February 8, 2012
10 months old Irfan
Ok. It should be posted earlier. Tapi mummy Irfan ni memang malas yang amat nak update blog sekarang. Jadi sila ampunkan.
10 bulan. Tapi berat masih sama macam umur 8 bulan, iaitu 8.8 kg. tak naik. Mungkin turun kot sebab masa.8 bulan, timbang naked. Yang 10 bulan ni timbang dengan baju n diaper sekali.
Walaupun berat tak naik, tapi dari segi selera makan dan minum tak menurun pun. Jadi setakat ni saya tak bimbang apa-apa lagi.
Oh gigi pun belum tumbuh lagi. Macam lambat je nak tumbuh ni. Tapi gusi dah keras dah. Kalau setakat gigit pisang ke mangga ke memang lepas sangat. Kalau gigit jambu, walaupun tak putus, tapi berlekuk jambu tu jadinya.
Irfan masih memapah lagi. Berjalan dengan bantuan sofa ataupun meja ataupun kaki orang. Hobi dia sekarang ni main tolak-tarik tv kasi jantung mummy dia berterbangan. Lepas tu dia tekan button off. Anak, anak.
Sekarang Irfan pandai menunjukkan emosi. Kadang-kadang bila tak nak toys, dia campak je toys tu. Kalau dia nak makanan yang kita tengah makan, dia akan panggil-panggil kita untuk mintak makanan tu. Kadang- kadang datang manja dia, habis la mummy dia kena mendukung daripada depan sampai belakang, atas sampai bawah. Kadang-kadang dia yang ajak kita nain. Dah besar dah Irfan ni.
Sehingga hari ni, alhamdulillah, saya masih menyusukan Irfan sepenuhnya. Dugaan dan cabaran memang bersilih ganti. Tapi perlu hadapi juga. Insyaallah selagi terdaya dan selagi diberikan rezeki yang satu ini, saya akan teruskan juga.
My Words SuryaRahman at 10:28 PM 0 Words from you
Thursday, January 12, 2012
Shuffle
Ada rombakan dalaman. Dan saya salah seorang yang terlibat. Ini semua gara-gara aduan bahawa KK TSO bagi ubat sebulan je dulu dapat 4 bulan. Dey. Kau ni dah tidur selama 2 tahun ke? Dah lama kot orang praktis bagi ubat sebulan je.
Takpelah. Abaikan kisah tu. Tu semua mainan politik. Dan aku salah seorang pelakon tambahan.
Jujurnya,ada sedikit kelegaan aku dapat keluar dari tempat ni. Sudahlah tempat kecik, sebut je la apa penambahbaikan yang hendak dibuat, confirm tak dapat. Dengan keadaan tempat yang sesak, pesakit yang ramai, anai-anai. Penat. Dan bosan. Bagus juga dapat keluar.
Dan jujur juga aku katakan, aku sedih nak tinggalkan tempat tu. Aku dah tukar sistem bekerja. Aku dah develop relationship dengan patient. Aku dah build rapport dengan doktor, nurses, staf. Aku ada staf yang tak mendatangkan masalah.
Tapi sepatah kata EF, kita ni kakitangan awam. Tertakluk kepada arahan dari masa ke semasa. Pindah memindah tu memang biasa.
Baiklah. Jadi mari berfikiran terbuka. Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya.
My Words SuryaRahman at 9:11 PM 0 Words from you
Monday, January 9, 2012
Rasa
Rasa nak berhenti kerja duduk rumah jaga anak.
Rasa nak balik kerja kat Sabah.
Rasa nak kerja dari rumah je.
Rasa nak bukak bisnes pastu hire orang kerja pastu aku goyang kaki je.
Rasa nak pergi bercuti dan lenyap dari tempat ni skejap.
Rasa nak lempang diri sendiri.
My Words SuryaRahman at 11:18 PM 2 Words from you
Tuesday, January 3, 2012
9 months old Irfan
Atau boleh juga dipanggil 3/4 tahun. Dah besar dah budak seorang ni. Dah boleh buat macam-macam yang kadang-kadang kasik jantung mummy dia berdetak kencang seperti genderang mahu perang. Eh. Eh.
Sekarang ni Irfan memang nak memapah saja. Belajar duduk pun dari position berdiri, pegang tepi meja, turunkan butt perlahan-lahan, dah sampai lantai, baru lepaskan tangan. Ok la tu anak. Pandai pun awak cari jalan nak duduk macam mana.
Irfan dah pandai panjat meja sekarang. Memang tak boleh lepa. Tiba2 je dah ada atas meja. Hari tu dia dah start panjat tangga. Oh memang mendebarkan jantung.
Irfan suka minum air masak. Kadang2 bekalkan susu 7 botol pun tak habis. Rasanya nak belikan jus buah untuk Irfan tapi tengoklah nanti.
Berat Irfan entahlah berapa sekarang ni. Tapi ramai yang bagitahu dia dah susut. Emm. Mungkin sebab dah panjang akal sekarang. Oh Irfan belum tumbuh gigi lagi. Agak lambat. Takpe. Saya tau. Emak saya cakap, dulu saya tumbuh gigi pun umur setahun. Jadi enjoy dulu. Kang kalau dah tumbuh gigi takut pulak nak breastfeed.
Irfan memang asyik mengemas je sekarang. Dah tak nampak la sesiatu barang tu akan berada kat tempatnya tanpa beralih. Yang dalam laci dia bawak keluar. Yang dalam bilik pun dia bawak keluar. Baju dalam bakul dia tarik keluar. Sampah dalam bakul pun dia nak buat main. Nanti dia dah bosan, dia tinggalkan je kat mana2 cari barang lajn untuk buat main pulak.
Hai sekejap je masa berlalu. Janganlab membesar cepat sangat, Irfan. Nanti mummy takde kawan pulak.
My Words SuryaRahman at 9:47 PM 1 Words from you
Sunday, January 1, 2012
A new year
1st January. Starting a new year. And i am stranded in my own house with a super energetic baby who always wants to try new things that sometimes can cause my heart to thump thump thump.
My Words SuryaRahman at 3:22 PM 0 Words from you