Ok. It should be posted earlier. Tapi mummy Irfan ni memang malas yang amat nak update blog sekarang. Jadi sila ampunkan.
10 bulan. Tapi berat masih sama macam umur 8 bulan, iaitu 8.8 kg. tak naik. Mungkin turun kot sebab masa.8 bulan, timbang naked. Yang 10 bulan ni timbang dengan baju n diaper sekali.
Walaupun berat tak naik, tapi dari segi selera makan dan minum tak menurun pun. Jadi setakat ni saya tak bimbang apa-apa lagi.
Oh gigi pun belum tumbuh lagi. Macam lambat je nak tumbuh ni. Tapi gusi dah keras dah. Kalau setakat gigit pisang ke mangga ke memang lepas sangat. Kalau gigit jambu, walaupun tak putus, tapi berlekuk jambu tu jadinya.
Irfan masih memapah lagi. Berjalan dengan bantuan sofa ataupun meja ataupun kaki orang. Hobi dia sekarang ni main tolak-tarik tv kasi jantung mummy dia berterbangan. Lepas tu dia tekan button off. Anak, anak.
Sekarang Irfan pandai menunjukkan emosi. Kadang-kadang bila tak nak toys, dia campak je toys tu. Kalau dia nak makanan yang kita tengah makan, dia akan panggil-panggil kita untuk mintak makanan tu. Kadang- kadang datang manja dia, habis la mummy dia kena mendukung daripada depan sampai belakang, atas sampai bawah. Kadang-kadang dia yang ajak kita nain. Dah besar dah Irfan ni.
Sehingga hari ni, alhamdulillah, saya masih menyusukan Irfan sepenuhnya. Dugaan dan cabaran memang bersilih ganti. Tapi perlu hadapi juga. Insyaallah selagi terdaya dan selagi diberikan rezeki yang satu ini, saya akan teruskan juga.
TEST
2 years ago
0 Words from you:
Post a Comment