Atau boleh juga dipanggil 3/4 tahun. Dah besar dah budak seorang ni. Dah boleh buat macam-macam yang kadang-kadang kasik jantung mummy dia berdetak kencang seperti genderang mahu perang. Eh. Eh.
Sekarang ni Irfan memang nak memapah saja. Belajar duduk pun dari position berdiri, pegang tepi meja, turunkan butt perlahan-lahan, dah sampai lantai, baru lepaskan tangan. Ok la tu anak. Pandai pun awak cari jalan nak duduk macam mana.
Irfan dah pandai panjat meja sekarang. Memang tak boleh lepa. Tiba2 je dah ada atas meja. Hari tu dia dah start panjat tangga. Oh memang mendebarkan jantung.
Irfan suka minum air masak. Kadang2 bekalkan susu 7 botol pun tak habis. Rasanya nak belikan jus buah untuk Irfan tapi tengoklah nanti.
Berat Irfan entahlah berapa sekarang ni. Tapi ramai yang bagitahu dia dah susut. Emm. Mungkin sebab dah panjang akal sekarang. Oh Irfan belum tumbuh gigi lagi. Agak lambat. Takpe. Saya tau. Emak saya cakap, dulu saya tumbuh gigi pun umur setahun. Jadi enjoy dulu. Kang kalau dah tumbuh gigi takut pulak nak breastfeed.
Irfan memang asyik mengemas je sekarang. Dah tak nampak la sesiatu barang tu akan berada kat tempatnya tanpa beralih. Yang dalam laci dia bawak keluar. Yang dalam bilik pun dia bawak keluar. Baju dalam bakul dia tarik keluar. Sampah dalam bakul pun dia nak buat main. Nanti dia dah bosan, dia tinggalkan je kat mana2 cari barang lajn untuk buat main pulak.
Hai sekejap je masa berlalu. Janganlab membesar cepat sangat, Irfan. Nanti mummy takde kawan pulak.
TEST
2 years ago
1 Words from you:
cepat kan anak-anak ni membesar. tak lama lagi, berjalanlah tu. sama jek aku tgk irfan dgn anak aku. irfan susut sebab dah lasak agaknya.
Post a Comment