Sebenarnya aku sangat sedih. Bila aku fikirkan tak lama lagi aku akan membahagi kasih antara Irfan dan adiknya, aku rasa sangat sedih. Aku rasa aku masih belum puas memberi kasih pada Irfan. Bukan bermaksud aku takkan mengasihi Irfan selepas adik dia lahir. Tapi aku rasa dia masih perlukan kasih aku sepenuhnya, tanpa bahagi.
Bila malam, Irfan nak tidur mesti cari aku. Mesti nak peluk aku. Kalau aku baring menelentang, dia akan tarik badan aku supaya aku mengiring, untuk dia peluk. Kalau tak, dia akan naik ke badan aku untuk peluk aku.
Kalau aku memasak, dia sibuk mintak dukung. Nak tengok apa yang aku masak. Kalau aku pergi tandas, dia akan ketuk pintu tandas sambil panggil aku. Kalau aku duduk, dia pun datang duduk kat riba aku. Kadang-kadang sampai kebas kaki dibuatnya. Kalau nampak aku berehat dia akan datang tarik tangan aku ajak pergi ke tempat yang dia nak.
Itu belum lagi dia pegang perut aku dan cakap hai sambil usap perut aku. Nak menitik air mata aku kadang-kadang tu.
Mak aku cakap kalau budak nak dapat adik biasanya dia akan buat perangai. Memang. Memang Irfan ada buat perangai. Tapi aku anggap tu sebagai perkembangan emosi dia. Dia belajar ekspresikan apa dia rasa. Tak dapat, mengamuk. Ambik barang daripada tangan dia, mengamuk. Tak kena masa dan gaya, mengamuk. Aku anggap dia menuju ke Terrible Two.
Jadi boleh faham apa yang aku rasa sekarang? Aku berlari melawan masa. Tapi aku kalah. Bukan. Bukan aku tak mengalukan kehadiran anak kedua aku. Cuma kadang-kadang aku rasa sayu bila tengok Irfan. Aku rasa masih belum puas bersama dia. Aku rasa dia begitu juga.
Dan kadang-kadang aku meragui kemampuan aku. Mampukah aku menjadi ibu kepada dua orang anal? Mampukah aku membagi kasih seadilnya? Mampukah aku menguruskan rumah dengan dua orang anak dan seorang bapa anak? Mampukah aku menjadi ibu yang sentiasa bersabar dengan anak-anak dan bapa anaknya? Aku harap aku mampu.
TEST
2 years ago
2 Words from you:
Surya, insyaAllah boleh. No doubt. Aku masa baru lepas bersalin yang second, menangis bila tgk anak aku yang first. Padahal, masa tu dia dah besar dah. Dont worry. Lama-lama nanti IRfan faham, and harap2 ayah Irfan pun faham. Hehehehe
Harap-harap macam tu la noni. Sedih pun ada. Risau pun ada. Takut pun ada. Macam-macam rasa aku rasa skrg ni.
Post a Comment