Hello!!!

Tuesday, October 26, 2010

Then, they headed back.

Saya benci orang yang bertanya soalan, tapi tidak memberi saya peluang untuk menjawab. Dengar tu. Benci. Maksudnya benci. Maksud lain apasal tanya kalau taknak dengar jawapan. Maksud lain ok dah cari sendiri maksud lain.

Hari ni ada audit untuk KK saya. Rasanya saya dah bagi 237% untuk audit ni. Tidur malam kurang, masa rehat pun selalunya buat kerja, weekend bersusah payah untuk datang. Bukan berkira, tapi hendak berkongsi pengalaman.

Sebelum ni kalau EF kata ada audit nak datang office dia, saya takde perasaan pun. Macam 'Eh dia nak datang, datang lah'. Malah kadang-kadang kalau EF terpaksa kerja malam untuk siapkan kerja kerana audit, saya mula merajuk HAHAHA. Malu ni nak mengaku. Tapi memang tu lah saya buat. Now, saya dah rasa sendiri. Ok memang tak wajar saya merajuk dulu. HAHA. Harap-harap EF tak baca ni.

Berbalik kepada kisah audit ini. Dalam masa kurang sebulan mengambil alih KK ni, saya terpaksa berhempas pulas untuk menukar sistem kerja di sini. It is not easy to change something you used to be. It is harder when the person is at your mum's age. Ok dah. Macam bagi hint lebih kan. Dah dah.

Mereka pulang dan meninggalkan saya dengan sekertas perkara yang perlu dibuat, ditambah baik, diubah dan sebagainya. Yang menyebabkan saya sakit kepala sehingga sekarang. Ok dokie. Fine, anything also can.

Kadang-kadang saya bersyukur audit datang walaupun terpaksa berpenat lelah. Tapi kalau tak kerana audit, mungkin sistem kerja kat sini susah untuk diubah. With that, saya berazam nak tidur pukul 9 malam ni. Terima kasih.



0 Words from you: