Hello!!!

Sunday, October 24, 2010

Life is...

Semalam adalah hari bekerja untuk saya. Pagi ke Masai untuk Methadon, hampir tengah hari ke klinik untuk meneruskan aktiviti 'Hei, audit nak datang. Mari berkemas'. 6 days in a row. Dan hari ni masih buat kerja berkaitan dengan audit. Hidup tak pernah lebih ceria seperti minggu ini. Sigh.

EF baru balik ke KK Selasa lepas. Tapi rasa macam dah lama pulak. Mungkin sebab beliau terlalu sibuk dengan Batu Sapi maka saya rasa macam lama pulak. Mungkin sebab dah terbiasa bersama dia selama seminggu kemnudian dia takde rasa lain jugak. Mungkin lah.

Oh. Barang-barang sudah sampai dari KK. Jadi sekarang tak perlu tebalkan muka hantar kain baju kotor ke rumah mertua. HAHA. Buruk gila perangai. Datang rumah mertua bawak sebakul baju kotor. Tapi tu pun masa EF ada. Kalau EF takda, hantar dobi sahaja la. Malu ooo nak tumpang basuh macam tu je.

Disebabkan periuk nasi dah sampai, terus rasa bersemangat nak masak. Ceh ceh. Itu pun nak cerita ke. Sejak dulu lagi, kalau EF takde kat rumah, saya memang bersemangat nak masak. Entahlah kenapa. Mungkin sebab malas nak keluar rumah untuk beli makanan sorang-sorang. Atau malu nak beli makanan sorang-sorang. HAHA. Alasan tak boleh blah. Tapi EF takde, maksudnya masak sorang-sorang, makan sorang-sorang, basuh pun sorang-sorang. Loser betul. Rasa hidup macam kera sumbang ke apa tah.

Ok. Sudah lah untuk hari ni. Macam dah hilang kredibiliti sebagai penulis pulak sekarang. HAHA.



0 Words from you: