Hello!!!

Thursday, October 28, 2010

Mood Stabilizer

Hari Isnin, memarahi sebuah kereta kerana memandu secara slow (70 km/j) di highway Utara Selatan pada lorong sebelah kanan di saat saya terbangun lambat pukul 7.30 baru nak keluar rumah.

Hari Selasa, menangis-nangis sebab err sebab yang susah nak diterangkan. Tiba-tiba rasa nak mengada-ngada dengan EF terus menangis setempayan. Eh eh. Tak. Tak. Sebenarnya terrindu beliau. Sebab tu menangis sampai tersedu-sedu. Loser kan.

Hari Rabu, menangis-nangis lagi kali ni sebanyak satu sungai. Sebab perkara yang sukar untuk dijelaskan. Ah. Ini malas nak terangkan. boleh timbulkan tangisan dan kemarahan serta kemeluatan secara maksimum. Baik diam-diam ubi berisi sahaja.

Hari Khamis, wah sangat tenang walaupun pagi-pagi macam mood hilang atau belum sampai lagi. Pagi makan nasi lemak sedap. Tengah hari makan nasi ambang lagi sedap. Petang balik pukul 5.10 pm, paling awal dalam sejarah saya kerja di KK ini. Phew. life is great today.

Hari Jumaat. Entah tak tahu lagi apa akan jadi. Yang pasti, saya perlu menghadiri Bengkel Penulisan Surat Rasmi. Kalau cikgu bahasa melayu saya tahu tentang ni, pasti dia kecewa dengan saya. HAHA.


Ok dah. Mahu makan fruit salad ciptaan sendiri.



0 Words from you: