Hello!!!

Friday, June 11, 2010

Love is blind

Cinta itu buta. Memang biasa lah kita dengar kan. Memang alasan terbaik untuk menutup segala kekurangan. Berikut disertakan kisah hikayat seribu satu malam yang diperkisahkan kepada aku oleh insan terpilih.

1. Boyfriend kau mintak duit dengan kau. Alasan dia nak topup nanti nak call kau jugak. Kau pun bagilah duit. Jap lagi dia cakap nak isik minyak pulak. Kau bagi lagi. Kang jap lagi, pergi makan, dia cakap takde duit, kau yang bayar sudahnya. Kalau sekali-sekala bolehlah consider 'Takpe, saya belanja awak hari ni'. Tapi kalau dah selalu, kalau dah sekali sekala boyfriend tak mintak duit? Itu baru taraf boyfriend, kang nanti kalau dah up jadik tunang, suami? Jadi siapa yang buta?

2. Sejak bercinta lagi dah tau si dia ringan tangan. Ringan tangan okay. Bukan ringan tulang atau ringan mulut atau ringan-ringan. Eh. Eh. Lepas tu kau biarkan je pulak die meringankan tangan. Kang nanti muka lebam tangan berbilai kang mengadu kat aku tanya pendapat nak buat macam mana lah apa lah. Bila aku bagitau apa patut buat, kau asik kata tak nak aku sayang dia. Jadi? Kau nak aku cakap ape.Biarlah dia pukul kau. Itu tanda dia sayang kau. WTH.

3. Asyik on off on off. Kejap kang kata dia boyfriend kau. Kejap nanti kata dah break off. Kejap kata he's so cute (OMG!) kejap lagi he's hell. Yang pening ni nanti orang yang dengar cerita kau ni. Orang tu break off dengan kau sebab ada perempuan lain, kau pun punyalah menyumpah seranah masa tu. Siap cakap sampai mati pun kau benci dia. Alih-alih lelaki tu datang menyujud kat kau mintak maaf, cepat gila kau lupa janji-janji pahit kau tu. Buta? No komen.

Tapi ada jugak cinta itu buta dari segi positif pulak.

1. Bapak kau duda, kau pun pergilah carik kan isteri untuk dia. Walaupun mak muda tu dah tua kulit berkedut dah menopause siap kena makan Fosamax Plus, tapi bapak kau tetap cinta kan dia. See. Beauty lies in the eyes of beholder. Love is blind.

2. Bakal mak mertua kau tak suka kau. Macam-macam cara dia buat supaya kau terpisah dari anak lelaki kesayangan dia. Sebab nanti dia akan berkongsi lelaki itu dengan kau. Jadik kerana cinta itu buta, kau tetap berkeras nak kahwin, and lastly emak mertua tu boleh terima kau seadanya. Nah. Nasib baik kau tak putus asa dulu.

3. Kau menyampah gila dengan seorang lelaki yang cuba mengurat kau. Tapi entah kenapa satu hari, tiba-tiba ting! eh suka pulak lah kat lelaki ni. Bercinta kemudian berkahwin dan terus bercinta. Cinta itu buta, kan. Eh. Eh. macam kenal cerita ni.

Yes. Love is blind, but dont get blinded by love.

Of all these stories, sebenarnya nak cakap EF dah fall in love dengan Butterscotch. Dulu sikit pun taknak rasa. Sekarang ni, dia pulak yang habiskan sebuku roti tu. I cuma dapat dua keping je. EF start makan masa bawak roti tersebut ke Pulau Manukan. Mungkin sebab terlalu lapar jadik dia makan je roti tu. Kemudian fall in love. Love is blind, isn't it?

p/s: Cerita daripada pengalaman rakan-rakan.

2 Words from you:

Tapak Kaki said...

kalo orang buta macam mana nak bercinta?

SuryaRahman said...

err. err. soalan susah la. next. hehe.