Kereta besar?
Rumah besar?
Kerja besar?
Orang besar?
Poket besar?
Memang ramai yang mengimpikan perkara tersebut. Tapi badan besar? Ada ke yang mengimpikan badan besar? Kalau mereka yang underweight pun paling-paling hebat pun berharap berat badan dapat naik tapi bukan naik sampai badan jadik besar.
By logic, takde orang nak berbadan besar. Kalau tengok dekat tv atau mags sekalipun, nak carik yang berbadan besar ni ibarat carik jarum dalam rumput. Susah nak jumpa. Kategori minoriti. Bagi mereka skinny is pretty, big is ugly.
Beberapa kali saya dihidangkan pengalaman diskriminasi mereka berbadan besar. Tak dapat kerja sebab badan besar. Putus cinta sebab badan naik. Tiada orang mahu berkawan kerana badan besar. Diejek atau diberi gelaran seperti Bob, Bab (Debab), Gem (Gempa kerana kalau berjalan boleh mengakibatkan gempa).
Saya datang daripada keluarga berbadan besar. Susur galur berbadan besar. Rangka besar. Dan tinggi. Boleh tahan tinggi la. Saya bukan bersaiz S, mahupun M. Nak kata L pun tidak jugak. Mungkin antara L dan XL. Atau senang cerita L dengan niat nak sedapkan hati. HAHAHA.
Walaupun badan besar kadang-kadang berjaya ditutupi dengan ketinggian, tapi dalam hati siapa yang tahu. Dari kecik saya lebih tinggi daripada kawan-kawan. Dan of course lebih besar. Malahan sampai sekarang rata-rata kawan saya terdiri mereka yang kategori kecik molek. Nah. Jadi saya kelihatan seperti Shrek bila berjalan dengan mereka.
Ada satu fasa dalam kehidupan saya, kawan-kawan ketika itu berbadan besar dan tinggi juga. Tapi ada jugak tinggi tapi tak besar. Dan apabila kami berjalan bersama, dah rupa sekumpulan gangster pulak. HAHAHA.
Bila berhadapan dengan orang yang berbadan kecil dan asik lah bertanya kenapa kau besar sangat ni? Saya terdiam. Bukan tersentap. Tapi terfikir. Apakah kesalahan berbadan besar? Frame aku dah memang besar. Kalau tinggal kulit dan tulang pun masih kelihatan besar. Jadi apa masalah kau?
Kesimpulannya, kepada anda yang berbadan kecil, bersyukurlah anda. Tidak perlu menghina kami. Kepada yang berbadan besar, Pedulikan apa orang kata. Atau paling hebat pun anggap saja ia cabaran. Tak perlu berasa rendah hati dan menjauhkan diri.
Sekian.
Daripada badan besar kepada badan besar.
Ini bukan emo.
TEST
2 years ago
2 Words from you:
aku berbadan kecil. adehhh..
badan kecik @ besar tak da hal.. janji bahagia
Post a Comment