Hello!!!

Friday, June 11, 2010

11 days of holidays

Eh. Balik kampung hari tu ramai pulak yang tanya saya apasal selalu sangat balik kampung. Tiket tak mahal ke. Dah tak macam keja kat Sabah, amcam keje kat KL je. HAHAHA. Itu namanya naluri perantau. Pantang nampak cuti umum, balik kampung saja lah kejenye.

Tapi nama je 11 hari. Sebenarnya rasa macam 5 hari je. Eh. habis lagi 6 hari tu tak rasa ke? Haah. Tak perasan dia berlalu.

Apalah yang dibuat balik cuti ni. Err. Soalan susah. Kebanyakan masa dihabiskan di BDO. Eh. Bukan BDO Bandung. Ini BDO lain. BDO yang tak boleh reveal apa dia ;P. Nanti-nanti kalau sudah ok, baru boleh reveal. Bukan setakat masa, wang ringgit pun dibiar mengalir ke BDO. Tapi takpe. Demimu, segala ku kurniakan, susah ku senangkan asal hajat dipenuhi. Eh. Eh. Kenapa masuk KRU ni.

Selain itu berlibur di A Famosa dan Singapore juga menjadi faktor kenapa cuti berlalu tanpa disedari. HAHA. Alasan baik punya.

Oh. Saya dan EF telah menjumpai cara terbaik untuk menghilangkan ngantuk semasa pandu kereta. Iaitu bermain permainan ABC. Nah. Memang hilang ngantuk. Terutama apabila ditipu negara bermula huruf X adalah Xieras. Spell dia macam ni ke? Tak tahulah. Rupa-rupanya itu ialah kelab bola. Nasib baik saya menang pertandingan itu. Hehe.


0 Words from you: