Hello!!!

Friday, May 7, 2010

Misteri jiran sebelah (II)

Heh. Nampak sangat hanya bercakap kosong. Kata mahu tukar pendirian tidak mahu kisah pasal hal jiran sebelah. Tapi apakan daya. Temptation okey. Irresistable. HAHAHAHA. Alasan mengkarut.

Sudah lebih seminggu kelibat motor jiran sebelah tidak kelihatan. Haih. Memang pelik. Selalunya, weekend sahaja motor beliau takde sebab balik kampung menjenguk isteri. Ini sampai seminggu motor beliau takde. Memang musykil.

Motor kena curik kah?
Motor rosak hantar bengkel kah?
Hantar bengkel nak spray warna baru kah?
Sudah jual motor beli Ninja King kah?
Sudah pindah rumah kah?

Ish. Memang sakit kepala memikirkan ke mana menghilangnya jiran sebelah dan motor nya. Setelah give up memikirkan punca kehilangan, maka saya suarakan kepada EF. EF cakap dia ada nombor handphone jiran tersebut. Nanti dia text abang tersebut.



Rupa-rupanya dia kat kampung sebab isteri dia bersalin.
Cehhh. Buat suspens jiran je lah abang ni.

Sekian.
Jiran pencaring.

p/s: Akhirnya saya kalah kepada jiran sebelah dalam pertandingan rumput panjang. Sedih melepaskan piala kemenangan kepada jiran.


2 Words from you:

Haliza Haron said...

btol² caring eh u. hehe..
untung sape berjiran ngan u surya. :P

SuryaRahman said...

haha.
busybody je:>