Hello!!!

Sunday, May 9, 2010

At last

I reached Labuan. Pheew.

Setelah banyak kali merancang, menunda, cancel dan sebagainya, akhirnya jadik jugak kami ke Labuan. This is my first time being there. Please excuse me for being excited.

Suami ajak pergi Labuan weekend. Isteri kata hurray. Tiba-tiba isteri teringat alamak minggu ni oncall. Suami terdiam. Isteri terperasan. Suami diam lagi. Isteri ligat fikir penyelesaian. Suami masih diam. Isteri juga diam. Ok Surya kau diam sekarang. HAHAHA. Anyhow, thanks to Vena ganti I oncall these two days. I owed you, babe.

Ingatkan naik flight. Rupa-rupanya flightviva. Rasa lah aku menghirup udara kampung-kampung yang selama ni asyik dengar dari mulut EF je. Fine. Tak payah exaggerate. kurang dua jam perjalanan dari Putatan ke Menumbok. Naik speed boat dalam 15minit. Kemudian, Labuan, here I am.

Rakyat awam adalah ramai. Kerana kemasukan pelajar baru matrikulasi Labuan. Ambik kau. Semua hotel penuh. Nak tak nak. Kau redah je lah. Nasib lah dapat jugak bilik untuk tidur.

Apalah tempat menarik kat Labuan ni Surya? Err. Saya pun tak tahu. Kerana saya hanya pergi The Chimney dan War Memorial-aku-tertipu-rupa-rupanya-kubur. Yang lain adalah tidak pergi. Malam makan di Anjung Ketam, jangan tanya kat mana tak tahu juga, kawan EF yang bawak.

Lepas makan, terus tak mampu bukak mata. Saya suspek dia letak diazepam dalam ketam tu. HAHAHA. So, biar suami dan TV, isteri dan bantal. Biar. HAHAHAHA.

Dan sekarang saya sudah di rumah. Melaundry. EF pulak kena pergi kursus. Haih. Tinggallah ku keseorangan.

BTW, saya rasa saya prefer Langkawi daripada Labuan. Oh. Mahu pergi Langkawi lagi lah begini. Mahu membeli belah sebagai seorang perempuan berkahwin. HAHAHA.

0 Words from you: