Hello!!!

Sunday, May 16, 2010

Kau tak terharu ke?

Sebab kau orang nak datang rumah aku, beria aku mengemas rumah. Siap keluar vacuum yang selama ni cuma Fitri je yang guna, ala-ala aku kan ada allergy mana boleh peluh bagai ni. HAHAHA.

Sebab kau orang nak datang rumah la, aku sanggup berniat pergi hantar comforter pergi laundry tapi tak tau sempat tak nak siap hari Khamis ni.

Sebab kau orang nak datang rumah la, aku himpun buku-buku aku masuk dalam kotak padahal selama ni duduk diam dalam bilik tanpa gangguan.

Sebab kau orang nak datang rumah aku, aku berniat cuci tandas dengan semangat takut emak membebel padahal tandas tu aku dengan Fitri tak pernah guna pun sebelum ni.

Sebab kau orang nak datang rumah aku, aku pergi shopping shower gel dan colgate siap shower gel tu purposely ambik perisa bukan oren sedangkan selama ni ambik yang oren semata.

Sebab kau orang nak datang rumah la, aku tengah fikir nak masak apa nanti padahal aku berharap emak yang masak. HAHAHAHA.

Sebab kau orang nak datang la aku begitu excited buat perkara di atas. Faham tak.

Jadi, kau terharu tak?


p/s: Oi oi, jangan lupa barang aku pesan. Butterscotch kasik lebih.


5 Words from you:

Tapak Kaki said...

rajin jugak EF mengvakumkan rumah tu yea...kagum(mcm x caya je)haha.. ko memang husband yg baik tuan.haha

SuryaRahman said...

tak sangka kan kan kan. rupa-rupanya rajin jugak EF ni. hahahaha.

lanunTelukAden said...

time kasih tuan2 dan puan2 atas pujian tersebut..semoga pujian daripada tuan2 dan puan2 akan menaikkan semangat saya lagi pada masa akan datang..hahhaha...

Haliza Haron said...

kat sane xder Butterscotch eh?

SuryaRahman said...

butterscotch takde, chocoraisin takde, wholemeal takde, raisn wholemeal tu takde, roti coklat, jagung enam posen pun takde. sob sob sob.

yg ada roti putih je tu pun rasa lain macam keras je.