Hello!!!

Saturday, May 17, 2014

HK Trip Day 3

Lambat betul nak update. Pemalas bukan main. Haha. Hari ketiga ni hari menjengah Disneyland. Nak pergi Disneyland Paris tak mampu. Pergi sini je lah. Bayaran tiket dah tak ingat. Dah lama katanya.


Sebenarnya, inilah tempat yang paling ditunggu-tunggu untuk datang. Sebab nak bawak Irfan jumpa mau (Mickey Mouse). Dulu dia panggil mau. Lepas tu maus. Sekarang dia panggil Ki Maus. Selain daripada itu, emak dia pun teruja jugak. Kecik-kecik tak dapat pergi. Dah tua baru berpeluang. Memang begini la jadinya. 

Pagi-pagi lagi, checkout hotel dan bertolak bawak beg bagai naik mtr. Kesian suami I kena angkut beg seberat 33 kg turun naik tangga. Habis, kat mrt tu tak jumpa lif. Nasib baik tak bawak stroller anak. Kalau tak, pengsan. 


Gigih dan gagah diriku menggendong anak-anak. Depan belakang lagi. Turun naik tangga. Tapi tak kurus jugak. Kehkeh. 

Sampai Disneyland ambik gambar dulu. Mestila kan. Bukan selalu sampai sini. 

Dah tu pergi check in hotel pulak. I is tak mampu nak duduk hotel lagi satu. Ni je yang mampu. 


Disneyland ni walaupun ramai orang, tapi masa pergi ni takde lah kena beratut sampai berejam. Paling lama pun 20 minit je. Siap ade yang tak payah beratur macam mad hatter cup. Nampak sangat hanya ibu bapa yang bawak anak kecik je naik cup ni. 







Budak ni merajuk tak nak turun ride dekat toy story land. Hahaha.




 
Masa meet up character. Yang bagisny disneyland ni, walaupun die ambik gambar untuk kita dan akan jual photobooth diorang (harga lagi murah daripada ocean park i tell u) tapi dalam masa yang sama ade staff dia akan ambilkan gambar guna phone/kamera kita jugak. So takdelah melopong tak nak beli gambar diorang pastu sendiri pun takde simpanan. Tak payah la pakai monopod tripod bagai. Pheww.






Parade pukul 3.30 pm. Panas pun panas la. Sampai dah lambat. Tempat redup semua dah kena conquered.



Malam ada fireworks show depan sleeping beauty castle. Tapi sebab dah penat, cuma duduk enjoy tengok foreworks je. 



Dalam Disneyland ni ade dua restoran yang halal. So no worries there. Beg pun die tak check ketat sangat. Kalau tau tak ketat, seludup coklat ke kacang ke. Tapi takpelah. Banyak makanan dijual dalam ni. Cuma kena hati-hati. Walaupun hanya waffle, kena fikir jugak butter atau minyak tu daripada apa. Kan. Kalau nak tawakal saja, terpulanglah. So does buffet kat hotel. Dia cakap international buffet. Tapi tak berani nak makan. 




Harga hotel kat hong kong ni boleh tahan mahal. Untuk bilik di disneyland hollywood hotel ni, lebih kurang rm700 satu malam. Pheww. Akibat jakun nak jugak rasa tidur situ, tutup mata la bayar ni. Satu malam je mampu. Nasib baik bilik ok. Baby cot tu takde extra charge pun. 

So berakhirlah hari ketiga yang panjang dan penat ini. 


















3 Words from you:

AL FAJR TRAVEL JOHOR said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt

ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD
menyediakan perkhidmatan UMRAH serendah RM4,790 pada bulan Disember 2014 ini.

Pendaftaran dibuka

Layari:
umrahjohor.blogspot.com
www.alfajrtravel.com.my

Hubungi:
07-2344437

grOundnUt said...

Meriahnye...teringin nak gi sana... :D

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)