Lambat betul nak update. Pemalas bukan main. Haha. Hari ketiga ni hari menjengah Disneyland. Nak pergi Disneyland Paris tak mampu. Pergi sini je lah. Bayaran tiket dah tak ingat. Dah lama katanya.
Sebenarnya, inilah tempat yang paling ditunggu-tunggu untuk datang. Sebab nak bawak Irfan jumpa mau (Mickey Mouse). Dulu dia panggil mau. Lepas tu maus. Sekarang dia panggil Ki Maus. Selain daripada itu, emak dia pun teruja jugak. Kecik-kecik tak dapat pergi. Dah tua baru berpeluang. Memang begini la jadinya.
Pagi-pagi lagi, checkout hotel dan bertolak bawak beg bagai naik mtr. Kesian suami I kena angkut beg seberat 33 kg turun naik tangga. Habis, kat mrt tu tak jumpa lif. Nasib baik tak bawak stroller anak. Kalau tak, pengsan.
Gigih dan gagah diriku menggendong anak-anak. Depan belakang lagi. Turun naik tangga. Tapi tak kurus jugak. Kehkeh.
Sampai Disneyland ambik gambar dulu. Mestila kan. Bukan selalu sampai sini.
Dah tu pergi check in hotel pulak. I is tak mampu nak duduk hotel lagi satu. Ni je yang mampu.
Budak ni merajuk tak nak turun ride dekat toy story land. Hahaha.
Masa meet up character. Yang bagisny disneyland ni, walaupun die ambik gambar untuk kita dan akan jual photobooth diorang (harga lagi murah daripada ocean park i tell u) tapi dalam masa yang sama ade staff dia akan ambilkan gambar guna phone/kamera kita jugak. So takdelah melopong tak nak beli gambar diorang pastu sendiri pun takde simpanan. Tak payah la pakai monopod tripod bagai. Pheww.
Parade pukul 3.30 pm. Panas pun panas la. Sampai dah lambat. Tempat redup semua dah kena conquered.
Dalam Disneyland ni ade dua restoran yang halal. So no worries there. Beg pun die tak check ketat sangat. Kalau tau tak ketat, seludup coklat ke kacang ke. Tapi takpelah. Banyak makanan dijual dalam ni. Cuma kena hati-hati. Walaupun hanya waffle, kena fikir jugak butter atau minyak tu daripada apa. Kan. Kalau nak tawakal saja, terpulanglah. So does buffet kat hotel. Dia cakap international buffet. Tapi tak berani nak makan.
So berakhirlah hari ketiga yang panjang dan penat ini.
2 Words from you:
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt
ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD
menyediakan perkhidmatan UMRAH serendah RM4,790 pada bulan Disember 2014 ini.
Pendaftaran dibuka
Layari:
umrahjohor.blogspot.com
www.alfajrtravel.com.my
Hubungi:
07-2344437
Meriahnye...teringin nak gi sana... :D
Post a Comment