Hello!!!

Sunday, March 3, 2013

Kenapa Hannah Safiyyah

Kenapa Hannah Safiyyah?

Mungkin ada yang masih ingat saya pernah mengatakan bahawa sekiranya saya ingin menamakan anak, pastinya nama yang ringkas menjadi pilihan. Tak penat nak tulis bila exam nanti. Yang saya mahu, namanya boleh dipanggil tanpa perlu dipendekkan. Contohnya sekiranya namanya Ali maka dipanggil juga dengan Ali. Sebolehmya saya nak elakkan nama seperti Nur Amanina Batrisya Qistina (contoh ye) tapi last-last dipanggil Isya. Atau Nina. Atau moden sikit Batty. Nama dah elok maknanya. Tapi bila dipendekkan begitu, terus tak bermakna. Tak gitu?

Sebab itu nama Irfan adalah Muhammad Irfan. Panggil hanya dengan Irfan. Senang. Ringkas.

Tapi kenapa Hannah Safiyyah? Kan dah panjang tu.

Nama ni dipilih oleh EF. Dulu masa pregnant kan Irfan memang dah simpan satu nama perempuan. In case yang lagir perempuan, jadi dah ada nama. Tapi tak jugak digunakan kali ni sebab nanti sama pulak dengan anak sepupu saya. So dah kena reject.

Bila mencari nama untuk anak kali ni, EF berkenan dengan nama Hana. Yang bermaksud rezeki tanpa kepayahan. Kata EF bukan kah bayi ini adalah rezeki tanpa kepayahan bagi kita. Hadirnya tanpa perlu dirancang. Memang rezeki tanpa kepayahan.

Tapi saya tak bersetuju. Kerana saya memikirkan satu hari nanti kalau anak ini bertanya "Mummy, kenapa nama saya Hana?" Tidak sanggup saya hendak menjawab kerana kamu adalah rezeki tanpa kepayahan bagi ayah dan mummy. Tidak sanggup.

Kisah habis di situ.

Beberapa minggu kemudian, dalam kereta setelah pulang dari kerja, EF mengusulkan "kita letak nama Hannah Safiyyah la".

Being a sometime jealousy wife, saya bertanya " macammana nama Safiyyah tu boleh tiba-tiba termuncul dalam akal you? Nama ex-gf you ke?"

"Haah. Ex-gf yang ke 86". Gurau EF.

Pada mulanya saya tak bersetuju. Jadi EF minta saya usulkan nama yang saya nak. Fikir minggu demi minggu sampailah dah bersalin pun saya tak jumpa nama yang saya nak.

Jadi akhirnya saya bersetuju dengan nama Hannah Safiyyah.

Maksud Hannah adalah kasih sayang. Hannah juga adalah nama kepada ibu Maryam, nenek kepada Nabi Isa A.S.

Maksud Safiyyah adalah yang lembut. Ada juga buku yang memberikan maksud sahabat baik dan juga kesenangan. Dan ia juga adalah nama salah seorang isteri Nabi Muhammad S.A.W.

Sehingga ke hari ini saya lebih gemar memanggilnya Hannah. Tiada apa-apa tujuan. Hanya kerana ia lebih mudah dipanggil berbanding Safiyyah.

Jadi anakku Hannah Safiyyah, mummy berharap awak akan menjadi anak yang solehah, anak yang penuh dengan kasih sayang, anak yang akan sebaik peribadi Hannah dan Safiyyah. In sha Allah.






3 Words from you:

munamuni said...

huhu, tak berkesempatan nak melawat si Hannah ni, mesti cantik nanti dah besar...

Amalina Ali said...

Hannah Safiyyah (HS). Cantik nama tu. Dah elok la tu. Kena dengan nama kau. Hannah Safiyyah, Suryahani. Kan dah dekat. MUAHAHAHAHA.

nurathirah abd rahman said...

Nama anak sy hana saffiya..dkt2 nama anak akak