Hello!!!

Monday, March 11, 2013

Cerita Kali Kedua

Kali kedua bersalin, lebih kurang kali yang pertama. Tak jauh beza. Tapi masih ada perbezaannya.

14 Feb 2013, check up di klinik. Hari Khamis. Disebabkan post public holiday, patient memang ramai walaupun dah pukul 4.30 petang. So nurses di MCH mintak saya berjumpa dengan SN Maimunah. Sambil bergurau, saya cakap taknak lah jumpa SN Munah. Masa anak first dulu, saya check dengan SN Munah hari Khamis, hari Ahad saya bersalin. Taknak la bersalin awal. Banyak lagi tak siap ni. Tapi saya check jugak dengan SN Munah. Dah dia tengah takde patient.

16 Feb 2013, husband kata nak belikan popcorn tgv. Maklumla. Dah 2 tahun tak jejak cinema, 2 tahun jugakla tak makan popcorn cinema. Tapi petang tu dia kata tak sempat nak beli popcorn. Beinga sometimes demanding wife, saya memberi kata putus pada suami, taknkita you kena beli jugak hari ni. Malam tu bila husband balik dia belikan jugak popcorn tgv. Walaupun tak dinner, takpe. Popcorn pun cukup. Haha. Dasar kan. Biasanya saya akan tidurkan Irfan, tapi malam tu entah kenapa malas nak tidurkan Irfan. Saya tengok je die bergolek sendirian atas tilam sambil minum susu lepas tu tertidur sendiri. Bila ingatkan semula, rasa ralat pulak tak tidurkan dia malam tu. Malam terakhir dia sebagai satu-satunya anak saya.

17 Feb 2013, pukul 1am, saya terjaga daripada tidur kerana rasa sakit seperti senggugut. Saya biarkan je sebab da selalu rasa macam tu. It comes and goes away. So sambung tidur. But then it striked again. Ingatkan masa tu dah pukul 6 pagi ke. Tapi bila tengok jam baru pukul 1.20 pagi. Buat tak tau lagi. Sambung tidur lagi. Then datang lagi sakit tu. Tengok jam 1.40 pagi. Ok. This is something i should worried about.

Bangun, pergi tandas, tak buat apa-apa, duduk tengok tv dengan adik yang masih belum tidur, sambil tu search tentang tasa senggugut dan kaitannya dengan tanda bersalin-which is so true, then datang lagi rasa sakit tu.

Sakit-tak sakit-sakit-tak sakit-sakit-kejut suami tapi tak bangun-sakit-tak sakit-sakit-tak sakit-sakit-kejut suami lagi. Akhirnya dia bangun. Dan masa bersiap nak ke hospital tu Irfan pun bangun jugak. Alamak. Takut dia menangis pulak kalau tinggal ni. Nasib baik dia memang geng dengan adik saya. So tak nangis la kena tinggal tu.

Keluar rumah dah pukul 4 pagi. Sampai hospital 4.20 pagi. Tapi dia buat VE pukul 5 pagi okey. Sabar je la. Bila check OS da 7cm. Terus masuk labor room. Pecahkan air, buang kencing dan sebagainya. Siap semua tu dah pukul 5.15 pagi. Then husband pun masuk. Tak lama lepas tu datang contraction then dua kali teran keluar la anak ku yang kedua pada pukul 5.37 pagi. Alhamdulillah.

Kali ni bersalin tak kena episiotomy. Cuma skin nick sahaja. Masih kena jahit, cuma lapisan kulit luar sahaja. Tapi sakit kena jahit tu lagi kuat daripada sakit contraction.

Disebabkan HSI takde first class ward, jadi saya entitled untuk second class ward. Taki disebabkan second class ward penuh, so saya dimasukkan ke dalam isolation ward. Single bed, dah macam first class ward dah.

Tengah hari tu, Husband dan Irfan datang ambil saya dan baby balik. Lebih kurang 1.30 pm saya dah sampai rumah semula.

Bersalin kali kedua, debarnya tetap ada. Dan sampai sekarang saya masih tak percaya kenapa saya sanggup untuk mengandung dan bersalin lagi. Padanlah Allah janjikan yang sebaiknya kepada wanita yang hamil dan yang melahirkan. Kerana hanya mereka sahaja yang tahu rasanya.

Oh, husband cakap, senangnya you bersalin. 2 kali batuk je dah keluar. Kalau macam ni 2 tahun lagi tambah anak la.


Dia lupa kot semalam dia cakap 5 tahun lagi la baru tambah anak bila saya asyik mengadu tak larat la, sakit pinggang la, sakit tu la sakit ni la.


Lelaki kannn.


As a record.
Masa Irfan dulu, last checkup hari khamis, pergi hospital ahad pagi, bersalin 5.20 pagi, 30 rabiul akhir 1432h.

Masa Hannah kali ni, last checkup pun hari khamis, pergi hospital pun ahad pagi, bersalin 5.37 pagi, 7 rabiul akhir 1434h.

Lebih kurang kan.

4 Words from you:

munamuni said...

HA, 2 orang tu, kalau 10 anak fuhh, tabik spring

SuryaRahman said...

10 tu kau la yg buat. Haha.

Amalina Ali said...

fit nak ramai-ramai. baru meriah rumah. katanyaaaa....

hEarTLeSs said...

haha boleh request nk rehat sbb dah dpt sepasang