Hello!!!

Saturday, March 30, 2013

Sunyi

EF cakap rumah sunyi takde suara budak.

Lepas tu i tanya la "Suara i takde tak rasa sunyi ke?"

Lepas tu dia jawab "Sunyi jugak".

Lepas tu i pun menangis sebanyak satu sungai (cry me a river).

Now baru dia sedar bahawa kuasa bebelan saya mampu meninggalkan kesan mendalam jika tidak kedengaran. Sekian.

Thursday, March 28, 2013

1 month old Hannah

Ye. Agak lambat sebenarnya sebab hari ni Hannah dah 40 hari. Takpela kan. Takde la lambat mana pun.

Hannah yang sebulan ni tak banyak beza dengan masa baru lahir. Berat cuma lah 3.7 kg. Panjang hanyalah 55cm. Masa baru lahir dulu nurse tu cakap pendekla anak awak ni. Sob sob. Kesian anak mummy ni.

Hannah tak berapa kuat menyusu berbanding Irfan. Mungkin betul ape yang orang tua cakap, anak lelaki kuat menyusu. Susu wise, kali ni macam tak berapa banyak susu berbanding masa Irfan dulu. Dulu selalu engorged. Sekarang sekali pun tak pernah engorged. Padahal sekarang ni saya ambil set menyusu Shaklee. Hurm wonder if the Shaklee cause the milk to drop. Sob sob. Baru nak pow Freestyle daripada suami. Dah susu tak banyak sangat, takkan nak invest banyak kat situ. Guna je la the never-serviced-2-years-old Spectra. Asalkan Hannah dapat susu mummy.

Anyhow, I started to pump for future use. 50 hari lagi dah nak naik kerja kan. So kene la pump buat stok. Sikit-sikit harap-harap lama-lama jadi bukit. Dan harapnya kali ni takde la insiden tak tutup rapat pintu peti ais tu sehingga terpaksa membuang 375oz breastmilk. What a waste!

So I left you with photo of Hannah.




Saturday, March 23, 2013

Pictures worth a thousand words



















Friday, March 15, 2013

Irfan dan Hannah

1. Sewaktu saya tengah menyusukan Hannah, kalau Irfan nak something atau nak ajak saya pergi somewhere, Irfan akan ambil bantal Hannah, letak sebelah saya lepas tu cakap "Dor". Dia suruh Hannah tidur kat situ sebab dia nak mummy dia layan dia pulak.

2. Kalau Hannah nangis, cepat-cepat dia datang kat Hannah nak angkat Hannah. Macam kuat je nak angkat Hannah tu.

3. Kalau tak angkat Hannah pulak, nanti dia akan cakap "Aiyo" sambil goyangkan jari bila Hannah nangis.

4. Kalau dia nak sayang Hannah, dia datang dekat lepas tu dia cium Hannah. Kadang-kadang dengan cara yang ganas. Contoh kalau tengah menyusu, selamba je dia tarik kepala Hannah sebab nak cium adik dia tu.

5. Kadang-kadang dia datang dekat Hannah cakap "Nananana" sambil goyang-goyang kepala kononnya tengah agah Hannah.

6. Kalau Irfan dekat dengan Hannah, tiba-tiba Hannah menggeliat dan tangan Hannah terkena Irfan, Irfan akan cakap "Uish" sambil sengih-sengih pegang tempat yang terkena tu.

7. Kalau nampak kita sapu minyak kat perut Hannah, Irfan pun mintak kita sapu kat perut dia jugak.

Monday, March 11, 2013

Cerita Kali Kedua

Kali kedua bersalin, lebih kurang kali yang pertama. Tak jauh beza. Tapi masih ada perbezaannya.

14 Feb 2013, check up di klinik. Hari Khamis. Disebabkan post public holiday, patient memang ramai walaupun dah pukul 4.30 petang. So nurses di MCH mintak saya berjumpa dengan SN Maimunah. Sambil bergurau, saya cakap taknak lah jumpa SN Munah. Masa anak first dulu, saya check dengan SN Munah hari Khamis, hari Ahad saya bersalin. Taknak la bersalin awal. Banyak lagi tak siap ni. Tapi saya check jugak dengan SN Munah. Dah dia tengah takde patient.

16 Feb 2013, husband kata nak belikan popcorn tgv. Maklumla. Dah 2 tahun tak jejak cinema, 2 tahun jugakla tak makan popcorn cinema. Tapi petang tu dia kata tak sempat nak beli popcorn. Beinga sometimes demanding wife, saya memberi kata putus pada suami, taknkita you kena beli jugak hari ni. Malam tu bila husband balik dia belikan jugak popcorn tgv. Walaupun tak dinner, takpe. Popcorn pun cukup. Haha. Dasar kan. Biasanya saya akan tidurkan Irfan, tapi malam tu entah kenapa malas nak tidurkan Irfan. Saya tengok je die bergolek sendirian atas tilam sambil minum susu lepas tu tertidur sendiri. Bila ingatkan semula, rasa ralat pulak tak tidurkan dia malam tu. Malam terakhir dia sebagai satu-satunya anak saya.

17 Feb 2013, pukul 1am, saya terjaga daripada tidur kerana rasa sakit seperti senggugut. Saya biarkan je sebab da selalu rasa macam tu. It comes and goes away. So sambung tidur. But then it striked again. Ingatkan masa tu dah pukul 6 pagi ke. Tapi bila tengok jam baru pukul 1.20 pagi. Buat tak tau lagi. Sambung tidur lagi. Then datang lagi sakit tu. Tengok jam 1.40 pagi. Ok. This is something i should worried about.

Bangun, pergi tandas, tak buat apa-apa, duduk tengok tv dengan adik yang masih belum tidur, sambil tu search tentang tasa senggugut dan kaitannya dengan tanda bersalin-which is so true, then datang lagi rasa sakit tu.

Sakit-tak sakit-sakit-tak sakit-sakit-kejut suami tapi tak bangun-sakit-tak sakit-sakit-tak sakit-sakit-kejut suami lagi. Akhirnya dia bangun. Dan masa bersiap nak ke hospital tu Irfan pun bangun jugak. Alamak. Takut dia menangis pulak kalau tinggal ni. Nasib baik dia memang geng dengan adik saya. So tak nangis la kena tinggal tu.

Keluar rumah dah pukul 4 pagi. Sampai hospital 4.20 pagi. Tapi dia buat VE pukul 5 pagi okey. Sabar je la. Bila check OS da 7cm. Terus masuk labor room. Pecahkan air, buang kencing dan sebagainya. Siap semua tu dah pukul 5.15 pagi. Then husband pun masuk. Tak lama lepas tu datang contraction then dua kali teran keluar la anak ku yang kedua pada pukul 5.37 pagi. Alhamdulillah.

Kali ni bersalin tak kena episiotomy. Cuma skin nick sahaja. Masih kena jahit, cuma lapisan kulit luar sahaja. Tapi sakit kena jahit tu lagi kuat daripada sakit contraction.

Disebabkan HSI takde first class ward, jadi saya entitled untuk second class ward. Taki disebabkan second class ward penuh, so saya dimasukkan ke dalam isolation ward. Single bed, dah macam first class ward dah.

Tengah hari tu, Husband dan Irfan datang ambil saya dan baby balik. Lebih kurang 1.30 pm saya dah sampai rumah semula.

Bersalin kali kedua, debarnya tetap ada. Dan sampai sekarang saya masih tak percaya kenapa saya sanggup untuk mengandung dan bersalin lagi. Padanlah Allah janjikan yang sebaiknya kepada wanita yang hamil dan yang melahirkan. Kerana hanya mereka sahaja yang tahu rasanya.

Oh, husband cakap, senangnya you bersalin. 2 kali batuk je dah keluar. Kalau macam ni 2 tahun lagi tambah anak la.


Dia lupa kot semalam dia cakap 5 tahun lagi la baru tambah anak bila saya asyik mengadu tak larat la, sakit pinggang la, sakit tu la sakit ni la.


Lelaki kannn.


As a record.
Masa Irfan dulu, last checkup hari khamis, pergi hospital ahad pagi, bersalin 5.20 pagi, 30 rabiul akhir 1432h.

Masa Hannah kali ni, last checkup pun hari khamis, pergi hospital pun ahad pagi, bersalin 5.37 pagi, 7 rabiul akhir 1434h.

Lebih kurang kan.

Sunday, March 10, 2013

It's back

No. I'm not talking about the upcoming baby expo. Nor about super crazy sale at any mall. It is about post partum chronic constipation with haemorrhoid.

Should i or should i not to self medicate? Enema does not doing his job properly recently. Bisacodyl never does. Should i try senokot? Or perhaps probiotic?

Is it sufficient with annusol supp? Should i take daflon or not?

Or should i seek a professional advice?

Dilemma.

Sunday, March 3, 2013

Kenapa Hannah Safiyyah

Kenapa Hannah Safiyyah?

Mungkin ada yang masih ingat saya pernah mengatakan bahawa sekiranya saya ingin menamakan anak, pastinya nama yang ringkas menjadi pilihan. Tak penat nak tulis bila exam nanti. Yang saya mahu, namanya boleh dipanggil tanpa perlu dipendekkan. Contohnya sekiranya namanya Ali maka dipanggil juga dengan Ali. Sebolehmya saya nak elakkan nama seperti Nur Amanina Batrisya Qistina (contoh ye) tapi last-last dipanggil Isya. Atau Nina. Atau moden sikit Batty. Nama dah elok maknanya. Tapi bila dipendekkan begitu, terus tak bermakna. Tak gitu?

Sebab itu nama Irfan adalah Muhammad Irfan. Panggil hanya dengan Irfan. Senang. Ringkas.

Tapi kenapa Hannah Safiyyah? Kan dah panjang tu.

Nama ni dipilih oleh EF. Dulu masa pregnant kan Irfan memang dah simpan satu nama perempuan. In case yang lagir perempuan, jadi dah ada nama. Tapi tak jugak digunakan kali ni sebab nanti sama pulak dengan anak sepupu saya. So dah kena reject.

Bila mencari nama untuk anak kali ni, EF berkenan dengan nama Hana. Yang bermaksud rezeki tanpa kepayahan. Kata EF bukan kah bayi ini adalah rezeki tanpa kepayahan bagi kita. Hadirnya tanpa perlu dirancang. Memang rezeki tanpa kepayahan.

Tapi saya tak bersetuju. Kerana saya memikirkan satu hari nanti kalau anak ini bertanya "Mummy, kenapa nama saya Hana?" Tidak sanggup saya hendak menjawab kerana kamu adalah rezeki tanpa kepayahan bagi ayah dan mummy. Tidak sanggup.

Kisah habis di situ.

Beberapa minggu kemudian, dalam kereta setelah pulang dari kerja, EF mengusulkan "kita letak nama Hannah Safiyyah la".

Being a sometime jealousy wife, saya bertanya " macammana nama Safiyyah tu boleh tiba-tiba termuncul dalam akal you? Nama ex-gf you ke?"

"Haah. Ex-gf yang ke 86". Gurau EF.

Pada mulanya saya tak bersetuju. Jadi EF minta saya usulkan nama yang saya nak. Fikir minggu demi minggu sampailah dah bersalin pun saya tak jumpa nama yang saya nak.

Jadi akhirnya saya bersetuju dengan nama Hannah Safiyyah.

Maksud Hannah adalah kasih sayang. Hannah juga adalah nama kepada ibu Maryam, nenek kepada Nabi Isa A.S.

Maksud Safiyyah adalah yang lembut. Ada juga buku yang memberikan maksud sahabat baik dan juga kesenangan. Dan ia juga adalah nama salah seorang isteri Nabi Muhammad S.A.W.

Sehingga ke hari ini saya lebih gemar memanggilnya Hannah. Tiada apa-apa tujuan. Hanya kerana ia lebih mudah dipanggil berbanding Safiyyah.

Jadi anakku Hannah Safiyyah, mummy berharap awak akan menjadi anak yang solehah, anak yang penuh dengan kasih sayang, anak yang akan sebaik peribadi Hannah dan Safiyyah. In sha Allah.