Hello!!!

Thursday, December 20, 2012

Bila suami pula sakit

Baru je dua hari Irfan baik, suami pula jatuh sakit. Macam berturut-turut pulak. Dugaan kan.

EF mula sakit pada Selasa lepas. Sehari sebelum anniversary. Demam. Sakit pinggang. Sakit badan. Hari rabu tak pergi kerja. Dan tak pergi klinik. Biasalah lelaki. Sanggup tahan sakit daripada dapatkan rawatan.

Hari khamis masih lagi demam sakit pinggang segala. Pun masih taknak pergi klinik. Tapi pukul 10 macam tu dah telefon saya cakap tak tahan sangat. Balik la isterinya itu ke rumah mengambilnya untuk dibawa ke klinik. Bila doktor tanya baru dia cakap masa kencing pun sakit. Doktor suspek UTI. Bila ambil urine sample, rupanya bukan UTI, tapi batu. Dapat la IM Voltaren satu das pagi tu. Kebas bontot kejap. Tapi sampai malam tak terasa sakit.

Esokny tu kebetulan saya cuti. Babysitter Irfan nak balik kampung. So kena la cuti. Tengok-tengok suami masih demam pagi tu. Dengan tangan kebas, perut cramp, kaki cramp. Muntah dan loya. Ajak pergi klinik, tapi tak nak. Bila isteri dah bebel bagai murai dicabut ekor, baru lah nak pergi. Kene repeat urine FEME. Rupanya dehydrated. Ketone 4+. Kene set IV dan FBC stat. Ambik kau. Takut sangat kena cucuk, kan dah betul-betul kena cucuk. Mengantuk saya tunggu nak habis satu pint normal saline tu. Dengan anak sibuk berlari satu klinik. Nasib baik orang tak ramai.

Doktor advised untuk admit hospital untuk rule out acute pylonephritis. Tapi suami sangat takut lantas menolak pelawaan doktor. Jadi doktor hanya tulis surat rujukan. Jika perlu malam nanti boleh straight away ke hospital. Yang mana memang tak pergi sampai ke hari ini.

Lepas masuk air tu, tengok malam tu dah ok sikit. Cuma masih muntah dan demam. Sabtu tu badan masih tak kuat lagi. Bangun je pitam. Banyak melepek. Hari ahad tu baru nampak sihat sikit. Sejak sakit tu, suami dah taknak tahan kencing dah. Asal ada trigger je terua kencing. Kalau tengok tv pun takde nye tunggu iklan ke tunggu half time ke. Terus je pergi toilet. Bagus jugak. Haha. Isnin tu dah start kerja semula. Tapi sambil kerja sambil kena bawak anak. Babysitter masih cuti. Kisah suami jaga anak ni pun boleh memberi sakit jantung kepada saya. Lelaki, lelaki.

2 Words from you:

hEarTLeSs said...

semoga cpt sembuh! kompem ade batu ke? sanggup fitri tahan ek kalo zul dah guling2 trus nk buang mlm tu jugak pdhal sama la takut kene cucuk hoho

SuryaRahman said...

Agaknya la kot. Dah doktor cakap gitu. Dia sanggup tahan. Malas nak bebel panjang-panjang. Haha.