Hello!!!

Saturday, October 30, 2010

A Random Thought

1. Selama ni ingat di KK sahaja yang ada driver pandu slow di lorong kanan. Tapi kat JB pun ada. Emm. Apalah yang diorang fikirkan bila pandang signboard 'IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG'. Oh Mungkin dia tidak pandang signboard tersebut.

2. Rumah sekarang ni mempunyai air berkepekatan sejuk gila. Macam kalau nak mandi pergi kerja tu kena termenung dulu memikirkan nasib. HAHA. Dulu EF nak sangat beli water heater, saya pulak tak kasik buat apa beli heater bukan kita duduk kawasan kampung yang air memang confirm sejuk. Nah. Ambik kau sekarang.

3. I'm gaining weight, few kgs for sure. Err. EF takde pun boleh tambah berat ke? Nampak sangat tak boleh nak salahkan EF lagi atas kenaikan berat ini. Blame the nasi lemak I ate every weekdays. HAHAHA.

4. Selepas duduk berasingan ni, saya selalu terfikir macam mana lah EF makan, gosok baju, lipat baju, bangun pagi. Err. Susah hati fikir semua tu. Mungkin EF pun fikir macam mana lah Surya basuh baju, vacuum rumah, jemur baju. Jangan risau. I takde masalah buat tu kecuali vacuum rumah. Tak tahan gatal.

5. Saya mahu tengok wayang. Tapi hey siapa nak teman? Partner tengok wayang saya ada dekat KK. Tengok wayang sorang-sorang? EF je yang boleh buat. Saya tak sanggup rasanya. Nak makan KFC sorang-sorang pun tak lalu. Sebab we used to share Snack plate/dinner plate together.

Ok dah. Habis mendadak.



2 Words from you:

Norahsikin Mohd Saman said...

kalau nk tengok wayang aku boleh teman ko...no problem...haha..sebab aku konfem every weekend di jb kecuali kalo ade methadone je
semalam pagi sabtu ko msg aku nape?

SuryaRahman said...

sebenarnya aku nak ajak ko keluar tengok wayang la tu. rtapi aku fikir2 mesti ko cuti nak rehat. pastu terus tak jadi ajak. haha. sian kan aku ni.