Hello!!!

Sunday, October 17, 2010

How should I explain my life now?

Subtopik pertama: Pekerjaan

Disebabkan sekarang bekerja di Klinik Kesihatan, maka saya terlibat sepenuhnya dengan management farmasi tersebut. Err. Macam nak pitam mengenangkan betapa banyaknya kerja perlu dibuat. Baru dua hari mengambil alih tugas, dah dipersalahkan atas waiting time yang tidak memuaskan. Hmmmm. Tambah menggembirakan, audit akan datang hujung bulan ni. Which is 'I'm dead'.

Subtopik kedua: Rumah

Lepas EF balik ke Sabah, baru saya sedar betapa kosongnya rumah ni. Mengharapkan TV untuk teman.Beserta bantal dan tilam simpati daripada emak. Waahh. Loser betul aku duduk sini. Tapi takpe. Sementara waktu. Harapnya permohonan EF untuk pindah ke Johor diluluskan. InsyaAllah. Tolong doa sekali ye.

Subtopik ketiga: EF

Seperti biasa, bila berjauhan, rasa macam masih bercinta. Bertanya soalan comel-comel seperti 'Dah makan belum', 'Kenapa tak makan lagi', 'Rindu I tak'. HAHAHAHA. Geli kan. Nasib engkau lah terbaca blog ni. Beberapa hari selepas EF balik KK, EF cakap 'Tak bestlah duduk KK sekarang. Rasa kosong je rumah ni'. Haruslah perempuan ni nangis sesungai kan.

Subtopik keempat: Emak dan Ayah

Minggu lepas, emak dan ayah datang melawat. Wiihuuu.Emak dan ayah balik Johor sebab ada kenduri di Batu Pahat. Biasanya kalau dah balik Batu Pahat takdenya ayah nak turun ke JB. Kali ini ayah turun JB jugak. Mungkin sebab nak melawat anak dia yang loser keseorangan ni. HAHA.

Subtopik kelima: Along

Along akan kahwin semasa raya Hindu nanti. Kurang daripada sebulan. Dulu saya dah berjanji nak tolong seboleh mungkin masa majlis along dan uda. Tapi macam mana nak balik Klang kalau setiap minggu kene oncall Methadone. Mummy! Nak balik!!!

Subtopik keenam: Kawan

Hari itu dah lupa berapa haribulan mungkin akhir bulan 9, kawan-kawan seangkatan semasa di UiTM berkhemah di rumah saya. Wiihuuu lagi. Bukan senang ok. Mereka ada induksi di Kempas, lebih kurang 10 minit dari rumah saya. Memang harus lah singgah kan. Sempat call Alin untuk menjelouskan beliau. HAHA. Rasa macam kelegaan dapat berkumpul sama. Bukan senang okey nak dapat benda yang sama kat tempat yang baru. BTW, nama saya left out dalam induksi kali ni. Membawa maksud, lambat lah saya sah jawatan.

Ok dah. Habis. Penat perah otak cari idea.


3 Words from you:

hEarTLeSs said...

huhu harap bersabar lah yer kesihatan perlu dijaga juga nanti kang halus jer yang kuar hehe

SuryaRahman said...

eh, mana aku pernah tinggal makan. HAHA.

hEarTLeSs said...

haha bagus2