Hello!!!

Saturday, October 30, 2010

A Random Thought

1. Selama ni ingat di KK sahaja yang ada driver pandu slow di lorong kanan. Tapi kat JB pun ada. Emm. Apalah yang diorang fikirkan bila pandang signboard 'IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG'. Oh Mungkin dia tidak pandang signboard tersebut.

2. Rumah sekarang ni mempunyai air berkepekatan sejuk gila. Macam kalau nak mandi pergi kerja tu kena termenung dulu memikirkan nasib. HAHA. Dulu EF nak sangat beli water heater, saya pulak tak kasik buat apa beli heater bukan kita duduk kawasan kampung yang air memang confirm sejuk. Nah. Ambik kau sekarang.

3. I'm gaining weight, few kgs for sure. Err. EF takde pun boleh tambah berat ke? Nampak sangat tak boleh nak salahkan EF lagi atas kenaikan berat ini. Blame the nasi lemak I ate every weekdays. HAHAHA.

4. Selepas duduk berasingan ni, saya selalu terfikir macam mana lah EF makan, gosok baju, lipat baju, bangun pagi. Err. Susah hati fikir semua tu. Mungkin EF pun fikir macam mana lah Surya basuh baju, vacuum rumah, jemur baju. Jangan risau. I takde masalah buat tu kecuali vacuum rumah. Tak tahan gatal.

5. Saya mahu tengok wayang. Tapi hey siapa nak teman? Partner tengok wayang saya ada dekat KK. Tengok wayang sorang-sorang? EF je yang boleh buat. Saya tak sanggup rasanya. Nak makan KFC sorang-sorang pun tak lalu. Sebab we used to share Snack plate/dinner plate together.

Ok dah. Habis mendadak.



Thursday, October 28, 2010

Mood Stabilizer

Hari Isnin, memarahi sebuah kereta kerana memandu secara slow (70 km/j) di highway Utara Selatan pada lorong sebelah kanan di saat saya terbangun lambat pukul 7.30 baru nak keluar rumah.

Hari Selasa, menangis-nangis sebab err sebab yang susah nak diterangkan. Tiba-tiba rasa nak mengada-ngada dengan EF terus menangis setempayan. Eh eh. Tak. Tak. Sebenarnya terrindu beliau. Sebab tu menangis sampai tersedu-sedu. Loser kan.

Hari Rabu, menangis-nangis lagi kali ni sebanyak satu sungai. Sebab perkara yang sukar untuk dijelaskan. Ah. Ini malas nak terangkan. boleh timbulkan tangisan dan kemarahan serta kemeluatan secara maksimum. Baik diam-diam ubi berisi sahaja.

Hari Khamis, wah sangat tenang walaupun pagi-pagi macam mood hilang atau belum sampai lagi. Pagi makan nasi lemak sedap. Tengah hari makan nasi ambang lagi sedap. Petang balik pukul 5.10 pm, paling awal dalam sejarah saya kerja di KK ini. Phew. life is great today.

Hari Jumaat. Entah tak tahu lagi apa akan jadi. Yang pasti, saya perlu menghadiri Bengkel Penulisan Surat Rasmi. Kalau cikgu bahasa melayu saya tahu tentang ni, pasti dia kecewa dengan saya. HAHA.


Ok dah. Mahu makan fruit salad ciptaan sendiri.



Wednesday, October 27, 2010

Again, they headed back.

Did I mention I hate people who blames me when it is other's fault? Yes. I hate it. And it last forever. And I wont respect this kind of people. Sorry, but no sorry.





Tuesday, October 26, 2010

Then, they headed back.

Saya benci orang yang bertanya soalan, tapi tidak memberi saya peluang untuk menjawab. Dengar tu. Benci. Maksudnya benci. Maksud lain apasal tanya kalau taknak dengar jawapan. Maksud lain ok dah cari sendiri maksud lain.

Hari ni ada audit untuk KK saya. Rasanya saya dah bagi 237% untuk audit ni. Tidur malam kurang, masa rehat pun selalunya buat kerja, weekend bersusah payah untuk datang. Bukan berkira, tapi hendak berkongsi pengalaman.

Sebelum ni kalau EF kata ada audit nak datang office dia, saya takde perasaan pun. Macam 'Eh dia nak datang, datang lah'. Malah kadang-kadang kalau EF terpaksa kerja malam untuk siapkan kerja kerana audit, saya mula merajuk HAHAHA. Malu ni nak mengaku. Tapi memang tu lah saya buat. Now, saya dah rasa sendiri. Ok memang tak wajar saya merajuk dulu. HAHA. Harap-harap EF tak baca ni.

Berbalik kepada kisah audit ini. Dalam masa kurang sebulan mengambil alih KK ni, saya terpaksa berhempas pulas untuk menukar sistem kerja di sini. It is not easy to change something you used to be. It is harder when the person is at your mum's age. Ok dah. Macam bagi hint lebih kan. Dah dah.

Mereka pulang dan meninggalkan saya dengan sekertas perkara yang perlu dibuat, ditambah baik, diubah dan sebagainya. Yang menyebabkan saya sakit kepala sehingga sekarang. Ok dokie. Fine, anything also can.

Kadang-kadang saya bersyukur audit datang walaupun terpaksa berpenat lelah. Tapi kalau tak kerana audit, mungkin sistem kerja kat sini susah untuk diubah. With that, saya berazam nak tidur pukul 9 malam ni. Terima kasih.



Sunday, October 24, 2010

Life is...

Semalam adalah hari bekerja untuk saya. Pagi ke Masai untuk Methadon, hampir tengah hari ke klinik untuk meneruskan aktiviti 'Hei, audit nak datang. Mari berkemas'. 6 days in a row. Dan hari ni masih buat kerja berkaitan dengan audit. Hidup tak pernah lebih ceria seperti minggu ini. Sigh.

EF baru balik ke KK Selasa lepas. Tapi rasa macam dah lama pulak. Mungkin sebab beliau terlalu sibuk dengan Batu Sapi maka saya rasa macam lama pulak. Mungkin sebab dah terbiasa bersama dia selama seminggu kemnudian dia takde rasa lain jugak. Mungkin lah.

Oh. Barang-barang sudah sampai dari KK. Jadi sekarang tak perlu tebalkan muka hantar kain baju kotor ke rumah mertua. HAHA. Buruk gila perangai. Datang rumah mertua bawak sebakul baju kotor. Tapi tu pun masa EF ada. Kalau EF takda, hantar dobi sahaja la. Malu ooo nak tumpang basuh macam tu je.

Disebabkan periuk nasi dah sampai, terus rasa bersemangat nak masak. Ceh ceh. Itu pun nak cerita ke. Sejak dulu lagi, kalau EF takde kat rumah, saya memang bersemangat nak masak. Entahlah kenapa. Mungkin sebab malas nak keluar rumah untuk beli makanan sorang-sorang. Atau malu nak beli makanan sorang-sorang. HAHA. Alasan tak boleh blah. Tapi EF takde, maksudnya masak sorang-sorang, makan sorang-sorang, basuh pun sorang-sorang. Loser betul. Rasa hidup macam kera sumbang ke apa tah.

Ok. Sudah lah untuk hari ni. Macam dah hilang kredibiliti sebagai penulis pulak sekarang. HAHA.



Saturday, October 23, 2010

This is unfair!

Kawasan rumah yang sekarang saya diami ini masih baru lagi. Depan rumah saya masih takde orang. Sebaris rumah saya pun baru dua rumah je yang menghuni. Yang lain tu sibuk renovate la, pasang tu la, pasang ni la. Pindah masuk tak jugak. Jadi kalau malam tu agak gelap la. Harap lampu rumah saya dan rumah akak Parit Nipah tu.

Mengikut perkiraan saya, lori sampah membuat pungutan sampah setiap 2 hari. Jangan tanya macam mana saya tahu, panjang sangat cerita dia. Apa yang saya nak bagitahu, betapa tak adilnya lori sampah ni sebab selalu sangat tak ambil sampah daripada rumah saya.

Macam-macam alasan yang saya cuba fikirkan kenapa lori sampah taknak ambik sampah saya.

Dia terlepas pandang sebab dah nak sampai hujung jalankah.
Lori dia dah terlebih penuh sampai tak muat nak ambik sampah sayakah.
Sampah saya kategori sikit sangat kalau tak ambik pun tak apakah.
Dia ingat rumah saya masih tak berpenghunikah jadi dia tak check rumah sampah tu.



Of all the reasons, saya tak boleh terima alasan yang terakhir. Sebab rumah sebelah ni sama je macam rumah saya. Lebih kurang je kelengkapannya. Bezanya, rumah dia takde penghuni, rumah saya ada penghuni, cuma penghuni keluar bekerja waktu siang sebab tu nampak macam tak berpenghuni.


Jadi apakah alasan lori sampah bukak rumah sampah jiran sebelah, tapi rumah sampah saya dia tak pandang langsung. Unfair.




Sunday, October 17, 2010

How should I explain my life now?

Subtopik pertama: Pekerjaan

Disebabkan sekarang bekerja di Klinik Kesihatan, maka saya terlibat sepenuhnya dengan management farmasi tersebut. Err. Macam nak pitam mengenangkan betapa banyaknya kerja perlu dibuat. Baru dua hari mengambil alih tugas, dah dipersalahkan atas waiting time yang tidak memuaskan. Hmmmm. Tambah menggembirakan, audit akan datang hujung bulan ni. Which is 'I'm dead'.

Subtopik kedua: Rumah

Lepas EF balik ke Sabah, baru saya sedar betapa kosongnya rumah ni. Mengharapkan TV untuk teman.Beserta bantal dan tilam simpati daripada emak. Waahh. Loser betul aku duduk sini. Tapi takpe. Sementara waktu. Harapnya permohonan EF untuk pindah ke Johor diluluskan. InsyaAllah. Tolong doa sekali ye.

Subtopik ketiga: EF

Seperti biasa, bila berjauhan, rasa macam masih bercinta. Bertanya soalan comel-comel seperti 'Dah makan belum', 'Kenapa tak makan lagi', 'Rindu I tak'. HAHAHAHA. Geli kan. Nasib engkau lah terbaca blog ni. Beberapa hari selepas EF balik KK, EF cakap 'Tak bestlah duduk KK sekarang. Rasa kosong je rumah ni'. Haruslah perempuan ni nangis sesungai kan.

Subtopik keempat: Emak dan Ayah

Minggu lepas, emak dan ayah datang melawat. Wiihuuu.Emak dan ayah balik Johor sebab ada kenduri di Batu Pahat. Biasanya kalau dah balik Batu Pahat takdenya ayah nak turun ke JB. Kali ini ayah turun JB jugak. Mungkin sebab nak melawat anak dia yang loser keseorangan ni. HAHA.

Subtopik kelima: Along

Along akan kahwin semasa raya Hindu nanti. Kurang daripada sebulan. Dulu saya dah berjanji nak tolong seboleh mungkin masa majlis along dan uda. Tapi macam mana nak balik Klang kalau setiap minggu kene oncall Methadone. Mummy! Nak balik!!!

Subtopik keenam: Kawan

Hari itu dah lupa berapa haribulan mungkin akhir bulan 9, kawan-kawan seangkatan semasa di UiTM berkhemah di rumah saya. Wiihuuu lagi. Bukan senang ok. Mereka ada induksi di Kempas, lebih kurang 10 minit dari rumah saya. Memang harus lah singgah kan. Sempat call Alin untuk menjelouskan beliau. HAHA. Rasa macam kelegaan dapat berkumpul sama. Bukan senang okey nak dapat benda yang sama kat tempat yang baru. BTW, nama saya left out dalam induksi kali ni. Membawa maksud, lambat lah saya sah jawatan.

Ok dah. Habis. Penat perah otak cari idea.


Sunday, October 3, 2010

October dy?

Hey September. Sorry. I didnt realized it is October dy and no post was published at you.

Ok dah cukup monolog dengan perkara lepas. Takde post untuk bulan 9 bukan bermaksud saya sudah tidak wujud. Ini adalah kerana rumah baru masih tiada internet. Ok. Alasan, bukan? Padahal boleh je mencari internet free seperti sekarang.

Sekarang saya sudah menetap di Johor Bahru. Bukan lagi Kota Kinabalu (Damn. I miss KK). Sekarang saya bekerja di klinik kesihatan. Bukan lagi hospital (Damn. I miss nephro ward). Sekarang saya tinggal seorang diri. Bukan dengan EF lagi. (Damn. I miss him). Ok dah tak baik mencarut banyak-banyak.

Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Contohnya, raya pertama sebagai suami isteri, hari pertama menetap di JB, hari pertama bekerja, hari pertama ditinggalkan keseorangan. Tetapi segalanya terbantut disebabkan tiada internet access. JAdi nantilah kalau dah ada internet. Itupun kalau rajin.

Apa sekalipun, saya rasa masih tak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Andai kata selama saya menulis ini ada yang terasa hati atau terlebih sentap, saya minta maaf.

Kepada EF.
I'm doing just fine over here. Don't you worry too much. I eat three times plus plus daily. I don't laundry. I'm getting used to JB. I know how to go there or there by instinct. Ok ini tipu. HAHA. Tapi I dah boleh connect jalan ni pergi mana jalan ni boleh TUMBAS mana. Tak macam dulu. Hope we will be just fine. See you when I see you.