Hello!!!

Sunday, June 27, 2010

What do we do to reverse what we did

What do we do to reverse what we did. HAHA. First of all, what did we do?

Kalau cakap pasal Sabah apa yang terlintas kat fikiran engkau?

Gunung Kinabalu of course. Selain tu?
Pulau Sipadan. Selain tu?
Tourist kat pulau pakai bikini. HAHA. Selain tu?
Surya. Err. HAHA.

Dah tak payah teka lagi. Biar saya bagi jawapan. Jawapan diata semua betul. Ditambah satu lagi ciri iaitu CHEAP SEAFOOD.

Nah. Kata persekitaran laut. haruslah seafood murah. Dan kepada sesiapa yang allergic kepada seafood, oh sayang sekali, terlepas satu nikmat hidup. Seafood adalah sedap okey. Kalau setakat gatal je, boleh lagi kot kau nak makan. Lepas makan terus amik piriton terus tidur sampai esok pagi. Kalau sampai bengkak badan tak payah teringin nak try karang kena anaphylactic shock susah pulak. Eh. Bukan anaphylactic shock tu kalau kena sengat lebah ke. HAHAHA.

Jadi berbalik kepada soalan pertama. What did we do? Seafood ialah temptation okey. Makan seafood kadang-kadang secara beringat-ingat kadang-kadang ingat-ingat lupa kadang-kadang terus tak beringat. Nah. Jadi kau sendiri sedar la berapa banyak extra toxin kau dah ambik semasa sesi langsung tak ingat.

Dengan kesedaran itu lah si pasangan berdua ni ambil keputusan untuk mengurangkan toxin dalam badan. Heh. Apakah kami berdua tidak makan seafood lagi? Oh salah tekaan kamu. Kan saya cakap seafood is a temptation okey.

Jadi kami berdua pun berbincang dan bersetuju untuk detox dengan menggunakan cara kuno. Aiceh kuno sangat lah.

Memperkenalkan

Agen detox 007.

Khabarnya agen detox 007 (bukan nama sebenar) mampu menghilangkan masalah seperti kencing manis, migrain, darah tinggi dan lain-lain lagi. Ia juga mengurangkan toksin dan hasil buangan badan. Ia meningkatkan peredaran darah, immune system dan mental alertness (kenapa ayat sangat skema macam dalam iklan ni). Tapi bagi saya, yang kerjanya berasaskan sains, tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Okey. Dan ini bukan untuk tujuan promosi ke ape ke.

Pengalaman memakai? Malam pertama macam pelik sikit sebab rasa ada benda melekat kat kaki. Tapi sebenarnya tu perasaan orang mengada sahaja. EF relax je tidur denagn nyenyak. Tapi lepas tu dah takde perasaan dah. Lekat terus tidur.

Hari pertama pakai, hasilnya menggelikan. Pad bertukar jadi warna hitam dengan kesan seperti berminyak di permukaannya. Kali kedua dan ketiga pakai kepekatan warna sudah semakin berkurangan, menandakan toxin dah berkurangan dalam badan. Dan tidak oily lagi.

Jadi selepas ni boleh makan seafood dengan jayanya. HAHA.

p/s: Sila ingat, saya bukan agen jualan produk di atas, atau mempromosikan produk tersebut. Saya hanya jurucakap badan sendiri.

p/s 2:Oh, kalau engkau nak try pakai, sekarang ni Guardian tengah buat promotion. Itu saja. Sekali lagi syaa tiada kaitan dengan Guardian, melainkan hanyalah pelanggan.



2 Words from you:

hEarTLeSs said...

yg kaler oren lg best ade perisa hot & spicy keh3

SuryaRahman said...

aku nmpak gak ari tu. best ke? pedas meh?