Bermula esok, 27hb Mei sampai 6hb Jun. Jangan pulak ada call tiba-tiba tanya 'Surya boleh tak ganti lunch duty aku esok' atau 'Cik Norsuryahani, pharmacist oncall kan'. Memang aku bagi lempang duapuluh das pada kau nanti. Aku cuti. Panadol pun aku tak kenal 2 minggu ni. Apatah lagi peg interferon alpha 2a. Jangan harap. Eh siapalah hari tu tanya saya tramadol tu untuk ape. Itu pain killer ye.
Otak ligat berfikir macam mana nak habiskan cuti. Tak fikir pun takpe. Cuti habis jugak.
Oh Malaysia, here I come!
Hello!!!
Wednesday, May 26, 2010
I'm on leave
My Words SuryaRahman at 8:59 PM 2 Words from you
Tuesday, May 25, 2010
Kelam kabut
Rombongan Pak Rahman sudah selamat pulang Ahad lepas. Mummy membuat rumah seperti rumah sendiri which i like. Siap tolong basuh baju dan cabut rumput sebab nak kasik jiran menang. HAHA. Itu memang tipu.
Rumah masih kelam kabut. Err. Atau sepatutnya tuan rumah masih dalam keadaan kelam kabut. Banyak perkara perlu disettlekan sebelum balik. Balik? Yes. Balik. Dah gatal betul ni nak naik kapal terbang pasal dah dua bulan tak naik. Sejarah tu. Sebelum ni paling lama pun sebulan setengah.
Disebaban itu, saya tidak update blog berhari-hari. Boleh terima alasan itu?
My Words SuryaRahman at 5:17 PM 3 Words from you
Friday, May 21, 2010
Mengantuk
Semalam mereka sampai dalam jam 12.30 malam. Disebabkan kereta berkapasiti 5 orang, maka terpaksa mengambil mereka secara berperingkat. Sampai-sampai je ke KK, ayah cakap 'Ayah laparla. ANgah masak tak?' Dush. Kenapa aku lupa diorang tak makan lagi?
Jadi kami ke mamak 24hours secara apa pemeringkatan 2 kali ni Jah. Nah. Ambik kau. Balik rumah dah jam 2 lebih. Kasik mereka settle down, baru lah saya pulak settle down. By that time, dah pukul 3. Disebabkan baru lepas gelak super duper kerana lawak pramugari, maka serotonin sudah menghilang. Last-last, pukul 3.30 baru dapat tidur.
Hari ini kerja seperti biasa. Cuma mengambil time off ketika petang. Mengantuk ketika kerja tak perlu dipertikaikan. Memang kehadiran ngantuk adalah diwajiban. Petang pulak membawa mereka melihat kaki gunung dan pekan Kundasang. Sepanjang perjalanan menahan mata ngantuk dan sakit kepala.
Baik. Sekian. Saya mengantuk.
My Words SuryaRahman at 11:06 PM 0 Words from you
Thursday, May 20, 2010
Deadline
Cadar masih belum dipasang
Apatah lagi sarung bantal
Dapur so-so la. Tapi ada niat nak kasik improve.
Kipas masih belum beli. Matai.
Sayur? Ayam? Ikan? Lagi lah takde.
Kereta tambahan pun tak book lagi.
Vacuum masih dalam bilik.
Air belum masak.
Deadline 12 malam. Aiseh. Macam Cinderella pulak.
Emak, buat macam rumah sendirik lah ye.
My Words SuryaRahman at 8:09 PM 2 Words from you
Hari Khamis
Saya suka hari Khamis. Kerana ia adalah Khamis.
Perasaan suka wujud pada hari Rabu lagi. Apabila menggosok baju batik untuk dipakai pada hari Khamis, hati dah bercakap 'Eh esok Khamis la'.
Saya suka Khamis sebab selepas Khamis adalah Jumaat. Kemudian weekend yeah. Jadi nampak tak sebab saya suka Khamis?
Hari ini adalah Khamis. Saya suka. Lebih suka sebab emak, ayah, along and uda datang hari ni. Fine. Walaupun diorang sampai dah Jumaat. Tapi nak suka jugak hari ni.
Dan lebih suka hari ni kerana EF juga akan balik selepas 8 hari separated demi negara. HAHAHA. I missed you.
p/s: Baru lepas berbohong kepada EF. Beliau tanya rumah ok? Saya jawab 'Don't worry. Your house is in tip top, super marvelous condition'. Padahal baru je rosakkan sebuah paip air semalam. HAHA.
My Words SuryaRahman at 5:36 PM 4 Words from you
Wednesday, May 19, 2010
Boleh?
Semalam, EF text saya semasa beliau otw ke Melaka. Dahlah sangat comel menggunakan perkataan saya. Like years dah tak guna saya awak. HAHAHA. Macam sengih sorang-sornag dapat message dia semalam. Oh. Sebenarnya bukan itu yang saya nak sampaikan. Perkara sebenar ialah beliau cakap ramai kawna-kawan dia cakap EF sudah gemuk. Which I like! HAHAHAHA.
Saya jarang-jarang melihat akaun Nuffnang. Tadi tergerak pulak nak tengok. Kemudian saya tengok dalam senarai keywords yang digunakan untuk sampai ke blog saya adalah seperti di bawah.
Kalau tak clear tu, pandai-pandailah klik gambar tersebut.
Kesianlah siapa yang termasuk blog saya dengan menggunakan kata kunci seperti kisah jiran kehausan atau cerita emak gersang. Sumpah, kalau dia baca keseluruhan archives, pasti dia berasa kecewa. Memang sampai sudah takkan jumpa. Agaknya terus dia sumpah tak ank masuk dah blog saya lepas ni. HAHAHA. Hello, you out there, boleh carik perkara berfaedah sikit tak?
Naa. Menyesallah kau masuk blog ni tapi tak jumpa apa yang di carik. Tapi yang pelik, kenapa enjin carian menyenaraikan blog saya dengan kata kunci itu? Haih.
My Words SuryaRahman at 6:14 PM 0 Words from you
Tuesday, May 18, 2010
Once upon a time
Minggu lepas saya jatuh dalam bilik air. Bukan jatuh hati dengan bilik air berkilat selepas disental penuh membara. Tapi jatuh yang jatuh. Kepala kena dinding, siku kena toilet bowl, jatuh menggunakan butt, kerana kaki kelicinan akibat sabun.
Selepas itu berhari-hari kepala sakit buttock sakit. Hari ni juga kepala sakit. Namun tidak dapat dipastikan akibat jatuh minggu lepas atau kena hujan tengah hari tadi.
Namun begitu, tiba-tiba saya teringat. Dulu yang tak berapa dulu, ada patient tu jatuh tangga. Lepas tu terus dapat headache berbulan-bulan. Pergi GP dapat panadol je. Paling kuat pun ponstan. Pastu sebab tak baik lagi, dia pergi hospital. Then, he was diagnosed with crytococcal meningitis terus on itraconazole and flucytosine.
Oh. Nauzubillahhiminzalik.
My Words SuryaRahman at 8:39 PM 0 Words from you
Monday, May 17, 2010
Jika kau tiada
Ini hari ke 5 ditinggalkan keseorangan. Diri mula terima kenyataan. Mata dah tak buat hal asal telefon je mengalir, asal teringat je tersedu. Haih dasar gembeng betul perempuan ni.
Sejak ditinggalkan ni, makan jadi tak menentu. Tidur pun jadi tak menentu. Makan ikut suka hati. Belum memasak lagi setelah 5 hari ditinggalkan. HAHAHA. Asyik bantai sandwich dengan dahfa saja. Malahan bersikap rajin pergi kedai jauh untuk carik gardenia keras. Mahu sumber karbohidrat lain? Tunggu je lah makan lunch kat hospital.
Tidur juga tak menentu. Asal ada masa free, tidur. Asal takde apa-apa nak buat, tidur. Asal call EF dia buzy, tidur lagi. Memang tak menentu. Tapi yang peliknya nyenyak pulak tu. HAHAHA.
Motif entry ni: Adakah ini kebaikan sesekali terpisah? Boleh tidak masak sesuka hati. Boleh tidur sesuka hati?
Motif sebenar: Saya tiada perkara hendak dibuat sekarang ni. Terpaksa update blog dengan tiada idea.
My Words SuryaRahman at 9:41 PM 0 Words from you
Sunday, May 16, 2010
Kau tak terharu ke?
Sebab kau orang nak datang rumah aku, beria aku mengemas rumah. Siap keluar vacuum yang selama ni cuma Fitri je yang guna, ala-ala aku kan ada allergy mana boleh peluh bagai ni. HAHAHA.
Sebab kau orang nak datang rumah la, aku sanggup berniat pergi hantar comforter pergi laundry tapi tak tau sempat tak nak siap hari Khamis ni.
Sebab kau orang nak datang rumah la, aku himpun buku-buku aku masuk dalam kotak padahal selama ni duduk diam dalam bilik tanpa gangguan.
Sebab kau orang nak datang rumah aku, aku berniat cuci tandas dengan semangat takut emak membebel padahal tandas tu aku dengan Fitri tak pernah guna pun sebelum ni.
Sebab kau orang nak datang rumah aku, aku pergi shopping shower gel dan colgate siap shower gel tu purposely ambik perisa bukan oren sedangkan selama ni ambik yang oren semata.
Sebab kau orang nak datang rumah la, aku tengah fikir nak masak apa nanti padahal aku berharap emak yang masak. HAHAHAHA.
Sebab kau orang nak datang la aku begitu excited buat perkara di atas. Faham tak.
Jadi, kau terharu tak?
p/s: Oi oi, jangan lupa barang aku pesan. Butterscotch kasik lebih.
My Words SuryaRahman at 4:30 PM 5 Words from you
Saturday, May 15, 2010
Friday, May 14, 2010
6 Days To Go
Hidup sekarang adalah tidak keruan. Kerja juga tidak keruan. Makan juga tidak keruan. Segala apa pun tidak keruan. Apa yang keruan cumalah menonton TV.
6 days to go. Untuk orang-orang tersayang berada di sisi. Counting the days. Menyeksakan. Sehingga tiada mood untuk berbuat apa-apa.
p/s: Kerinduan.
p/s p/s: Jiran sebelah rumah sudah balik. Tapi rumput dia masih panjang.
p/s p/s p/s: Jatuh cinta lagi.
My Words SuryaRahman at 6:40 PM 5 Words from you
Tuesday, May 11, 2010
After a year
Mission: Confidential
S: Confirmed
C: Confirmed
W: At first 50-50, then 70-30(apa kau ingat ni insulin) then confirmed
A: At first 50-50, then 90-10 then confirmed
A: 50-50
Ohh. Sangat tidak sabar!!
My Words SuryaRahman at 8:14 PM 3 Words from you
Sunday, May 9, 2010
At last
I reached Labuan. Pheew.
Setelah banyak kali merancang, menunda, cancel dan sebagainya, akhirnya jadik jugak kami ke Labuan. This is my first time being there. Please excuse me for being excited.
Suami ajak pergi Labuan weekend. Isteri kata hurray. Tiba-tiba isteri teringat alamak minggu ni oncall. Suami terdiam. Isteri terperasan. Suami diam lagi. Isteri ligat fikir penyelesaian. Suami masih diam. Isteri juga diam. Ok Surya kau diam sekarang. HAHAHA. Anyhow, thanks to Vena ganti I oncall these two days. I owed you, babe.
Ingatkan naik flight. Rupa-rupanya flightviva. Rasa lah aku menghirup udara kampung-kampung yang selama ni asyik dengar dari mulut EF je. Fine. Tak payah exaggerate. kurang dua jam perjalanan dari Putatan ke Menumbok. Naik speed boat dalam 15minit. Kemudian, Labuan, here I am.
Rakyat awam adalah ramai. Kerana kemasukan pelajar baru matrikulasi Labuan. Ambik kau. Semua hotel penuh. Nak tak nak. Kau redah je lah. Nasib lah dapat jugak bilik untuk tidur.
Apalah tempat menarik kat Labuan ni Surya? Err. Saya pun tak tahu. Kerana saya hanya pergi The Chimney dan War Memorial-aku-tertipu-rupa-rupanya-kubur. Yang lain adalah tidak pergi. Malam makan di Anjung Ketam, jangan tanya kat mana tak tahu juga, kawan EF yang bawak.
Lepas makan, terus tak mampu bukak mata. Saya suspek dia letak diazepam dalam ketam tu. HAHAHA. So, biar suami dan TV, isteri dan bantal. Biar. HAHAHAHA.
Dan sekarang saya sudah di rumah. Melaundry. EF pulak kena pergi kursus. Haih. Tinggallah ku keseorangan.
BTW, saya rasa saya prefer Langkawi daripada Labuan. Oh. Mahu pergi Langkawi lagi lah begini. Mahu membeli belah sebagai seorang perempuan berkahwin. HAHAHA.
My Words SuryaRahman at 3:28 PM 0 Words from you
Friday, May 7, 2010
Misteri jiran sebelah (II)
Heh. Nampak sangat hanya bercakap kosong. Kata mahu tukar pendirian tidak mahu kisah pasal hal jiran sebelah. Tapi apakan daya. Temptation okey. Irresistable. HAHAHAHA. Alasan mengkarut.
Sudah lebih seminggu kelibat motor jiran sebelah tidak kelihatan. Haih. Memang pelik. Selalunya, weekend sahaja motor beliau takde sebab balik kampung menjenguk isteri. Ini sampai seminggu motor beliau takde. Memang musykil.
Motor kena curik kah?
Motor rosak hantar bengkel kah?
Hantar bengkel nak spray warna baru kah?
Sudah jual motor beli Ninja King kah?
Sudah pindah rumah kah?
Ish. Memang sakit kepala memikirkan ke mana menghilangnya jiran sebelah dan motor nya. Setelah give up memikirkan punca kehilangan, maka saya suarakan kepada EF. EF cakap dia ada nombor handphone jiran tersebut. Nanti dia text abang tersebut.
Rupa-rupanya dia kat kampung sebab isteri dia bersalin.
Cehhh. Buat suspens jiran je lah abang ni.
Sekian.
Jiran pencaring.
p/s: Akhirnya saya kalah kepada jiran sebelah dalam pertandingan rumput panjang. Sedih melepaskan piala kemenangan kepada jiran.
My Words SuryaRahman at 1:09 PM 2 Words from you
Tuesday, May 4, 2010
Perlu buat sujud syukur ke?
Petang tadi balik kerja, EF cakap begini
You, kat office I ada anak kucing. Comel-comel you. You nak bela tak?
Kemudian EF ajak tengok kucing tersebut di officenya (Haih. Ayat skema). Memang comel betul kucing-kucing tersebut. Serius. Memang rasa nak bawak balik bela. Sedang asyik membelai kucing-kucing tersebut, EF pun turun kereta dan membelai kucing tersebut.
Mungkin saya perlu buat sujud syukur.
Tidak pernah dalam sejarah kehidupan saya bersama EF melihat dia dan kucing dalam konteks aman. Takde nampak kucing terus halau. Takde 'You jangan letak kucing tu dekat I'. Takde.
Musykil kan. Mungkin EF dapat pencerahan agung hari ni sampai bertukar sifat.
Atau mungkin dia nak bagitahu sesuatu yang tak sedap dengar, jadi kena ambik hati saya dulu?
Ok. Dah. Tak nak fikir bukan-bukan.
My Words SuryaRahman at 7:53 PM 0 Words from you
Monday, May 3, 2010
9 months
Petang tadi sementara tunggu EF ambil daripada balik kerja, saya meluangkan masa baca jurnal sejeling dua di tepi emergency area. Menunggu penuh kehausan sebab air minuman habis menjelang pukul 5 petang. Hendak membeli jangan diharap sebab jauh sekilometer baru jumpa sumber jualan.
Tetiba datang seorang gadis duduk di sebelah saya. Hei si gadis yang manis lalalalalala. Ok dah dah. Gadis tersebut saya kenal. Atau saya kenal gadis tersebut. Beliau bekerja di lab. Saya kenal beliau kerana kami sama-sama melapor diri di hospital tersebut pada hari yang sama.
Sedang serius berbual-bual (Ok memang serius sebab bertanya tentang kerja dia yang mengkaji sel kanser. PAP SMEAR pun dia kena kaji. Memang perbualan serius),gadis tersebut mengkeluarkan ayat berikut.
Sikijap jak kan 9 bulan sudah kita kerja sini
Fine abaikan bahasa lintang pukang ini. Bila beliau bercakap begitu, baru saya realize.Ok realized sebab past tense. I finished 3 quarter of my attachment. 3 months left before being reposting. Oh. How time flies. Without me realize it.
So thats it. 9 months being in Sabah. The milestones would be
1. Paling jauh berjalan ke Sandakan sahaja. Tawau? Lahad datu? Kudat? Labuan?
2. Berjaya survive dengan foods yang sentiasa tidak pedas
3. Meningkatkan taraf diri menjadi isteri
4. Membawak kereta tanpa power steering dengan berjaya. Ini memang kejayaan.
5. Ok dah.
6. Takde idea.
How I miss the good old days.
Ok dah. Esok sambung kalau rajin.
My Words SuryaRahman at 10:46 PM 1 Words from you