Hello!!!

Thursday, December 16, 2010

Rebut dan Kalah

Err. Macam dah berhari-hari-hari-hari tak online ooh. Macam sibuk tak beringat dunia lah sampai tak jenguk alam maya ni. Entry sebelum ni pun sebenarnya auto publish. HAHA.

Sebab paling utama kenapa saya tak berblogging bukanlah kerana Streamyx jadi Screamyx. Atau tak bayar bil internet ( Eh baru teringat, tak pernah dapat bil internet lagi walaupun dah 2 bulan dipindahkan daripada Sabah ke JB. TM nak bagi guna free je kah?) Sebab yang paling utama adalah kerana EF ada di JB!

Okey okey. Jangan salah faham. Saya tak berblogging bukan sebab sibuk berdating dengan EF. Atau sibuk menanam rumput dengan EF. Atau sibuk bershopping dengan EF. Atau sibuk ukur kedai perabot dengan EF. Saya tak berblogging sebab berebut laptop dengan EF. Dan selalunya saya yang kalah. Sob sob sob. Padahal masing-masing ada laptop sendiri. Tapi nak jugak guna satu laptop je. Kan dah kena rebut.

Alasan yang sering diberikan isteri dalam pertandingan rebut laptop

1. I balik kerja barulah boleh online. You dah online sepanjang hari. Bagilah I pulak.
2. I nak main game sekejap je kat FB
3. I nak tengok blog. Tengok je.

Alasan yang sering digunakan suami untuk mengalahkan isteri
1. You pergi kerja, tapi I takde online pun eh. I pergi jogging, basuh baju, tanam rumput. Mana sempat nak online.
2. I nak tengok Livescore ni. Nak tengok bola, takde ESPN kat rumah.
3. I nak tengok score team I minggu ni.
Alasan yang diberikan suami selalu sangat tak logik. Sebab
1. You jogging sepanjang hari eh? You basuh baju tak guna mesin basuh eh? You tanam rumput sebesar padang golf eh?
2. Livescores tak perlu tengok setiap minit. Tunggu je habis game baru tengok.
3. You punya team minggu ni tak perform. I boleh bagitahu score dia berapa.
Habis, kenapa isteri kalah dalam pertandingan ni?
Malas dah nak rebut.

Habis, kenapa sekarang boleh online pulak?
Sebab EF takde. Beliau pergi merayap. Laptop ini ana yang punya. HEHE.


p/s: Saya tahu EF makan pun di depan laptop. Terdapat titisan sos di button F9 dan 9. Kan dah kantoi!



-Surya Rahman-

1 Words from you:

Tapak Kaki said...

haha.. fitri..fitri.. ermm..ko jangan lupa pujuk wife ko stay kat rumah aku nanti yep...