Hello!!!

Saturday, December 4, 2010

Ini adalah khas untuk Uda

Uda atau nama sebenarnya Norazimah Rahman adalah satu-satunya adik perempuan saya. Dah tak ade adik perempuan dah selain dia. Jarak usia kami cuma lah beberapa bulan sahaja. Maksud saya 32 bulan. Atau 2 tahun setengah lebih sikit.

Disebabkan jarak umur yang terpaling dekat antara adik beradik lain, maka kami sering didressed up seakan-akan sama. Saya masih ingat berhelai-helai baju kami yang sama melainkan saiz sahaja. Memang kami selalu kelihatan memakai baju berfesyen dan bercorak sama.

Bila masuk sekolah, kebanyakan sekolah kami adalah sama. Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Saya ingat lagi semasa Uda telah diberitakan mendapat mendapat PTS yang lompat kelas tu, kami membuat tarian kegembiraan iaitu memegang tangan masing-masing kemudian menari dalam bulatan. Apabila frekuensi tarian semakin tinggi, halaju serta kepekatan semakin meningkat, dan apabila tangan terlepas, Uda pun terpelanting ke pintu bilik. Err. Susah nak bayangkan kan. Tapi Uda terpelanting sampai perut kena pintu. Haih. Kena marah dengan emak la lepas tu. Kemudian, drama tangisan pun bermula. Harap-harap Uda tak ingat lagi kisah ini. HAHA.

Selepas meningkat dewasa sikit, kegemaran kami shopping bertiga bersama along memang tak boleh disangkalkan lagi. Samapi sekarang saya tak pernah jumpa shopping mates seperti mereka. Sebab mereka adalah yang terbaik untuk dibawa shopping. Susah nak terangkan sebab apa. Tapi memang itulah yang berlaku.

Bila saya dah kerja di Sabah, Uda terpaksa menggalas beban besar untuk membawa emak dan along pergi shopping. Sebab perkara seperti shopping like a woman tidak akan dilayan oleh ayah lagi. HAHA. Ayah memang malas nak tunggu kitorang habis shopping macam perempuan. Lainlah kalau shopping macam lelaki. Mungkin ayah sanggup teman.

Okey. Entry ini adalah dedikasi khas kepada Uda.

Uda, walaupun aku tak dapat datang konvokesyen kau, tapi aku tetap berbangga dengan kau. Heh. Adik aku dah konvo okey. Baiklah. Walaupun sebak dan sesak kat dada sebab tak dapat datang konvo kau, aku nak bagi hadiah sempena konvo kau. Tapi masalahnya bulan ni aku tak dapat gaji. Jadi hadiah kau terpaksa burn je lah. HAHA.

p/s: Tahniah juga kepada MunaMuni dan Shafiq atas konvokesyen kalian.



-Surya Rahman-

2 Words from you:

munamuni said...

sila terharu..azimah..hehehe...... sekadar ucapan tahniah jek ke untuk aku..hahaha

SuryaRahman said...

eh ucapan tahniah lebih berharga berbanding hadiah sebesar kuda. haha. langsung tak hargai eh. terima kasih pun takde.