Hello!!!

Tuesday, November 2, 2010

November

Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah November. Hmm. 11 bulan dah kahwin. Tapi rasa macam baru je. Masih feeling pengantin baru. HAHAHA. Ok abaikan.

Bulan November ni agak sibuk juga bagi saya. Semalam dan hari ni ada kursus di Hospital Sultan Ismail. Kursus yang best sebab jumpa ramai classmate lepas tu masing-masing sibuk cerita pengalaman tempat baru lepas tu sibuk tanya tempat kau ada ubat apa aku nak mintak ni. HAHA. Adat lah tu hujung tahun tak cukup ubat.

Khamis ni ada meeting bulanan. Seperti biasa, saya jangkakan. Perkara biasa akan dibentangkan. Perkara biasa akan berlaku. Eh eh. Mana tau perkara biasa padahal baru kali kedua pergi bulan ni. HAHA.

Hujung minggu ni Along akan berkahwin. Yeayyy. Jadi lepas meeting, mungkin akan terus bergegas pulang ke kampung halaman phewwitt panggil Port Klang kampung halaman pulak. Tak tak. Balik rumah mak. Oh rasa terkilan kat dada sebab tak dapat tolong untuk persiapan Along kahwin walaupun dulu dah berjanji nak tolong. Apakan daya, Methadone...

Bercakap pasal methadone, saya bersyukur tak kena on call pada hujung minggu ni dan Raya Haji. Dan bulan ni cuma oncall 2 kali sahaja. Big hurray la kan. Macam best betul bila fikir perkara tu. Ni yang mula nak balik Port Klang secara kerap. HEHE.

Baiklah, itu saja. Sekarang saya dalam mood untuk melipat baju. Sebelum mood hilang, baik saya lipat dulu.





0 Words from you: