Hello!!!

Friday, November 12, 2010

Married? Yes.

Hei. 11 bulan okey hari ni. Sekejap je. Bulan depan dah setahun. Macam sekejap. Tapi sebenarnya dah lama. Eh tapi bukan lama mana pun. Setahun je. Kalau dah ada anak paing-paling pun pandai jalan atau cakap sikit-sikit je. Belum boleh bersyarah tentang ekonomi dan kesan rumah hijau. Lainlah kalau bela kucing. Mungkin dah bercucu kucing pada masa ni. Ok ok. Dah.

Semalam bermesra-mesra dengan JM dan staff nurse kat klinik. Boleh pulak diorang menyangka saya masih belum berkahwin. Apakah. Mustahil lah kan. Padahal ramai je yang panggil saya puan. Takkan itu tak cukup lagi. Err atau mereka saja bagi saya perasan kelihatan seperti gadis remaja lagi. HAHA.

Hari ni bos saya datang melawat klinik. Unexpected visit. Tapi expected jugak. Sebab dia pernah cakap nak datang satu setengah bulan yang lalu. Teguran dan cadangan, semua perlu diambil kira. Perkara yang sama pun berlaku, dia ingat saya belum kahwin padahal segala surat menyurat dan panggilan dalam mesyuarat adalah puan. Err atau beliau team up dengan staff nurse semalam dan saja nak buat saya perasan HAHA.

EF sekarang ada di KL. As usual, something related dengan sukan permotoran. Go kart and mini bike bla bla bla. Dah biasa sangat dengar. But then, hey that is my husband. Pinjamkan telinga untuk didengar dan mencuba memahami lebih dalam.

Habis.

-Surya Rahman-

2 Words from you:

Tapak Kaki said...

EF ni memang suka outstation kan.. marah sikit dia tu..haha

SuryaRahman said...

Tak. Tak. Tak boleh marah. Lebih outstation = lebih pendapatan. HEHE.