Hello!!!

Saturday, June 27, 2009

Jumat Keliwon

Hah. Tajuk bersifat seram dan mistik. Ooh. Takut seh. Apa yang mistik sangat nih. Berdebar seh menunggu.

Baiklah. Mari saya bercerita.

Pada satu subuh Jumat keliwon, seorang ibu muda sedang berjuang sepenuh kudrat dan tenaga untuk melahirkan seorang zuriat ke muka bumi ini. Sedang beliau berjuang itu, tiba-tiba kedengaran pintu rumah ditolak kasar. Ibu muda itu terkejut. Hah. Jantung berdegup laju selaju-lajunya. Apakah yang telah mensentap pintu rumah beliau? Sedang beliau berdebar menanti, tiba-tiba makhluk itu pula merentap pintu bilik beliau. Lalu menjeritlah ibu muda itu.

Rupa-rupanya makhluk itu adalah mak bidan. Dan bayi comel itu adalah saya. HAHAHA. Kasihan pembaca tertipu dengan cerita ini.

Semasa blog-hoping, saya terjumpa blog yang bercerita tentang horoskop Jawa disini. Lalu setelah menteliti lebih mendalam, maka saya adalah terlahir pada Jumat Keliwon. Ini adalah disahkan oleh ibu kandung saya sendiri. Wah. Hebat seh. Padanlah ada sifat mistik pada diri saya. HAHA. Tipu saja. Sifat stik ada lah. Err. Apa kes.


HAHA. Sila gelak beramai-ramai ye. Ok. Entry habis secara mendadak lagi.







0 Words from you: