Hello!!!

Saturday, June 13, 2009

6 Bulan

Ada apa dengan 6 bulan?

6 bulan ini telah saya lalui dengan penuh kemanisan seperti diabetes. 6 bulan ini telah mengajar saya menjadi seorang yang baru.6 bulan ini telah menjadi medium mengenali dia dengan dos berlebihan seperti bau kentutnya yang memang busuk walaupun sedang bercinta. HAHA. Err. Terbagitahu pula. 6 bulan ini telah mematangkan saya dengan tanggungjawab baru. 6 bulan ini telah menjadikan saya mengenali keluarga dan kenalannya secara berlebihan. 6 bulan ini telah menambahkan rasa sayang kepada dia. 6 bulan ini saya belajar menjadi sebahagian hidupnya. 6 bulan ini saya menghargai setiap detik penjarakkan kami. Dah nama pun PJJ (percintaan jarak jauh). 6 bulan ini kami berusaha ke arah itu. 6 bulan ini kami bahagia meski kadang kala badai melanda.Sudah 6 bulan. Ya. Sudah 6 bulan.

InsyaAllah. Doakan ianya berkekalan.

Err. Kenapa entry berciri emosional dan muak dengan kasih sayang ni? Sudah rindu secara berlebihan kepada beliau kerana beliau sedang berkursus dan tidak dapat terhubung seperti biasa.


0 Words from you: