Hello!!!

Friday, January 17, 2014

HK Trip Day 2

Day 2, 5th November 2013. Hari ni kita pergi The Peak dengan menaiki tram. The Peak ni as it name suggest memang terletak di puncak la kan. Puncak ape dah lupa pulak namanya. Cuaca hari ni berangin dan sejuk. Duduk kat puncak lagi la sejuk kan. Pakai baju gaya macam kat Malaysia yang nipis bagai tu. Menggigil la kat atas tu. 


Dulu masa kat Tv3 banyak cerita kantonis petang-petang tu selalu nampak tram ni. Baru ni masa Running Man pergi HK pun ada yang naik tram ni. Tram bi dah berusia lanjut dah. Tapi mungkin sda pengubahsuaian dibuat untuk memastikan ia boleh digunakan lagi.












Dekat The Peak pulak terletaknya Madamme Tussaud's Wax Museum. I is jakun. Tak pernah pun buat yang celup tangan dalam lilin tu apetah lagi masuk muzium lilin. Jadi I is excited la kan nak masuk. Beli tiket combo dengan Sky Terrace dan tram, dapat murah sikit. 














Ada orang tu shopping banyak kat Hard Rock Shop sebelum masuk Museum. Dah kena heret banyak paper bag ohoi. Sudahlah takde paper bag yang besar. Sigh.

Turun daripada The Peak tu kita pun pergi makan kat kedai Pakistan. Beriani. Sedap jugak. Tapi agak mahal mengenangkan tempat tersebut takde la special sangat pun. Gambar nasi takde. Harap maklum. 

Lepas tu balik hotel rehat kejap. Baru teruskan perjalanan ke Ladies Market. Yeay shopping for souvenirs. 




Bukan main banyak lagi memborong fM, shirt dan souvenir lain. Ambik kau. Penat tangan nak membawaknya. Jadi terpaksa la balik hotel semula untuk hantar hasil tangkapan.

Lepas tu berjalan lagi ke Avenue of Stars sebab nak kejar kan Symphony of Light pukul 8 malam. Kat Avenue of Stars ni ada tapak tangan artis HK dan dignature mereka. Pergi pun dah gelap kan. So tak nampak sangat pun. Lagipun ramai orang. Malas nak menengok lantai sangat. Tapi first tapak tangan yang nampak ialah Louis Koo!!! 





Jadi tamatlah perjalanan hari ke dua di sini. Bawak anak ni itinerary tak boleh nak pack sangat. Kau jugak yang pengsan nanti. Hehe.





















1 Words from you:

hEarTLeSs said...

wiwittt aku punyer ade tak weh? hahaha nak pegi tak mampu harap kirim jela kehkehkeh