Hello!!!

Tuesday, June 25, 2013

Hannah 4 months old

4 bulan ye. Sekejap je rasanya. Dah 4 bulan dah Hannah. Berat ada naik banyak jugak la berbanding last month. Sekarang 5.9 kg. Masih breastfeed on demand. Sudah pandai meniarap pada usia 3 bulan setengah. Suka sengih-sengih macam ayah dia. Memanjang sengih je.

Hobi setakat ni menghisap jari. Mummy lambat bagi susu, hisap jari. Mummy dah bagi susu, pun hisap jari jugak. Kadang-kadang hisap jari sampai tertidur. Pernah jatuh tilam sekali dan jatuh katil sekali. Nightmare untuk mummy.

Seperti maksud nama Hannah iaitu kasih sayang, she is just a lovable baby. Semua baby pun macam tu kan. Irfan sayang sangat adik dia. Alhamdulillah semoga sentiasa begini.

Loving my kids. Undescribable.

Sunday, June 2, 2013

26months Irfan

Rindunya Irfan yang baby dulu. Dah ada baby baru pun masih rindu jugak dengan baby Irfan. Irfan sekarang ni asyik la menguji kesabaran saya. Memang betul kata orang. Budak tengah naik. Banyakkan sabar je la.

Sekarang Irfan dah banyak perkataan boleh cakap. Walaupun sesetengah perkataan tu cuma hujung je yang dia dapat sebut, tapi boleh la untuk saya faham. Kadang-kadang dia panggil ayah,mummy. Kadang-kadang dia panggil mummy, ayah.

Kalau dengar lagu kat tv, dia sibuk joget. Nampak lori sampah, cakap 'akut, akut.' Takut ape entah dengan lori sampah tu. Nampak Hannah muntah, dia ambik kain lap mulut adik dia. Selalu peluk mummy sambil cakap 'ayawak' (sayang awak).

Ada satu kejadian. Satu hari tu saya nak mandikan Hannah. Lepas bukak baju Hannah, saya pergi dapur siapkan air mandian Hannah. Bila saya kembali ke depan, tengok Irfan dah bukak diaper Hannah dan tengah lap tut tut Hannah dengan wet tissue. Terharunya saya rasa. Betapa dia sentiasa memerhatikan pergerakan dan perbuatan kita. Lepas tu dia ambik tuala Hannah bagi pada saya. Ya Allah. Dah besar dah anak aku ni.

Sekarang ni hobi Irfan ialah mengelap kereta dia. Dia ambik wet tissue, dia lsp kereta dia macam lepas basuh kereta. Entah mana dia nampak sedangkan saya tak pernah bawak dia pergi cuci kereta.

Irfan dah takde masalah duduk dalm car seat dia. In fact, kadang-kadang kalau keluar berempat, dan saya letak Hannah dalam car seat Irfan, dia tak kasik. Dia suruh saya angkat Hannah, lepas tu dia duduk dalam car seat dia, lepas tu suruh saya letak Hannah kat riba dia. Alahai anak.


Saturday, June 1, 2013

Hannah 3 months old

Dah 3 bulan setengah baru nak karang tentang Hannah di usia 3 bulan. Takpe la kan. Asal ada.

Hannah hanya 5 kg pada usia 3 bulan. Naik 300g je daripada usia 2 bulan. Takpe la kan. Kata misi asal ada naik berat, dah kira bagus la.

Setakat ni Hannah masih tak pandai mengiring sangat. Tengah belajar. Mengiring separuh badan je. Separuh yang bawah berat sangat nak pusing.

Setakat ni Hannah masih minum susu mummy lagi. Kalau nak banding dengan Irfan dulu, Hannah minum sikit je masa kat rumah babysitter. Satu hari bekal kan 15oz. Atau paling banyak 18oz. Itupun selalu minum tak habis. Irfan dulu satu hari mesti 20oz. Kadang-kadang sampai 22.5 oz. Tersemput-semput nak kejar production. Betul juga cakap orang tua. Kalau lelaki kuat menyusu. Dah rasa dua-dua ni, baru tahu kebenarannya.

Oh. Apa lagi ye. Emm. Sebab dah naik kerja macam akan terabai lagi la blog ni lepas ni. Balik kerja dah penat. Tengah bawak kereta, kepala dah fikir nak buat apa dulu bila sampai rumah. Basuh botol dulu? Simpan susu dulu? Kemas beg anak dulu? Basuh botol air dulu? Atau susukan Hannah dulu? Ye. Masak memang takde dalam senarai. Ini kerana 80% peti sejuk dipenuhi dengan susu Hannah. 5% ice. 10% frozen food. Dan 5% lagi empty space untuk letak susu Hannah yang baru. Jadi sila cari dimana saya nak letak ikan ayam udang dsb. Alaa. Sebenarnya memang malas masak pun. Nanti ade je budak menyibuk nak menumis jugak, nak kopek bawak jugak, nak goreng jugak. Malas nak lap dapur lagi. Eh malas jugak la yang sebenarnya. Haha.

Baik. Tamat.