Hello!!!

Thursday, January 12, 2012

Shuffle

Ada rombakan dalaman. Dan saya salah seorang yang terlibat. Ini semua gara-gara aduan bahawa KK TSO bagi ubat sebulan je dulu dapat 4 bulan. Dey. Kau ni dah tidur selama 2 tahun ke? Dah lama kot orang praktis bagi ubat sebulan je.

Takpelah. Abaikan kisah tu. Tu semua mainan politik. Dan aku salah seorang pelakon tambahan.

Jujurnya,ada sedikit kelegaan aku dapat keluar dari tempat ni. Sudahlah tempat kecik, sebut je la apa penambahbaikan yang hendak dibuat, confirm tak dapat. Dengan keadaan tempat yang sesak, pesakit yang ramai, anai-anai. Penat. Dan bosan. Bagus juga dapat keluar.

Dan jujur juga aku katakan, aku sedih nak tinggalkan tempat tu. Aku dah tukar sistem bekerja. Aku dah develop relationship dengan patient. Aku dah build rapport dengan doktor, nurses, staf. Aku ada staf yang tak mendatangkan masalah.

Tapi sepatah kata EF, kita ni kakitangan awam. Tertakluk kepada arahan dari masa ke semasa. Pindah memindah tu memang biasa.

Baiklah. Jadi mari berfikiran terbuka. Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya.

0 Words from you: