Hello!!!

Thursday, January 14, 2010

Detik-detik Pernikahan

Err. Lagi sekali mintak maaf lah ye. Bukan sengaja tidak berupdate blog. Tapi masalah teknikal mensebabkan kejadian ini. Ye. Masalah teknikal. Bukan masalah emosi. Err. Apa kaitan dengan emosi? HAHA.

Baiklah. Saya telah berjanji kepada diri sendiri mahu menceritakan detik-detik sepanjang saat-saat terakhir bergelar anak gadis kepada saat-saat terawal bergelar puan gadis. Err. Apa pulak ini.

Time flies so fast. Tak sedar hari ni dah lebih sebulan kami bernikah. Atau lebih manis hampir dua purnama. HAHA. Macam terasa lagi diri dipalu kompang sambil berjalan. Okey. Memang malu.

Baik. Sila teruskan pembacaan.

Fakta: Fitri dinikahkan dengan Surya pada 12 Disember 2009 pada umur 23 tahun.

Tajuk: Detik-detik pernikahan.

1. Baju nikah dibeli 3 bulan lepas tunang –nasib baik tak kena gigit dengan lipas semasa dalam simpanan. HAHA-. Dihantar ke tailor 2 minggu sebelum kahwin. Dihantar ke laundry 5 hari sebelum bernikah. Diambik dari laundry 8 jam sebelum bernikah. Gila kan. Dengan tak fitting nye. Dengan tak pernah tengok rupa paras pesen ape tah yang saya pesan. Memang gamble. Sepatutnya ambik hari Jumaat sebelum nikah tu. Tapi memandangkan hari Jumaat tu Selangor cuti umum, dia tak bukak kedai okey. Dah nak menangis depan kedai hari tu. HAHA.

2. Pukul 5, photographer Kak Uda dah call tanya macam mana nak pergi rumah pengantin. Maksudnya rumah saya. Beliau lebih kurang 5 minit dari rumah saya. Tapi sampai pukul 7 tak sampai rumah lagi. Memang menseramkan okey. Bukan takut takde photographer, tapi takut ada apa-apa terjadi kat diorang masa on the way ke rumah. Harap maklum, jalan di Pelabuhan Klang mencabar okey. Rupa-rupanya, petang tu diorang cuma nak carik rumah kat mana. Takut sesat malam nanti. Pheeww.

3. Pukul 8 malam, bridegroom pulak tak sampai-sampai padahal patutnya nikah lepas maghrib. Haih. Menseramkan lagi. Bridegroom tak jadi nak kahwin dengan bride ke? HAHAHAHA. Punyalah nervous sampai boleh fikir macam tu. tapi takpe. Bridegroom sampai jugak. jadi nervous menunggu bertukar ke nervous lain pulak.

4. Sepatutnya bantal nikah yang ada dua biji tu diduduki oleh mereka yang bernikah. Okey. Ini fakta. Tapi ada pulak yang cakap imam dengan bridegroom yang duduk atas bantal tersebut. Okey. Tak tau nak cakap macam mana ni. Last-last saya tengok bridegroom pakai dua-dua bantal tersebut. KAHKAHKAH.

5. Semasa proses hendak menikahkan, macam kesian dengan jantung sendiri berdetak yang lebih kencang seperti genderang mahu perang. HAHA. Tetapi sebaik sahaja saksi mengangguk kepala mentandakan sah, I barulah nafas tertarik lega.

6. Lepas nikah terpaksa bergegas mentukar baju untuk berinai. Walaweh. Berdua-duaan together. HAHAHAHA.

7. Masa berarak untuk berinai tu, banyak kali pengompang-pengompang menegur secara manis "Pengantin, jalan slow sikit. Nak pergi mana tu?" HAHA. Comel.

8. Eh, tak taulah nak buat ape mase berinai tu. Terpaksa macam tengok-tengok EF nak kena buat ape ni. Bukan setakat menjeling dah. Siap menoleh kepala lagi. HAHA.

Okey. Dah penat cerita. Mari tengok gambar.

Minit-minit terakhir bergelar anak gadis.

Ketibaan bridegroom. Bridegroom macam terpinga-pinga. Salah rumah ke? HAHA.


Bride menanti. Mummy bride bergosip. HAHA.

Ini pertama kali saya melihat beliau bermuka begini.


Haik. Ayah buat ape tu?

Renjatan elektrik berlaku sebaik persalaman bermula.

No explanation. Tengok sahaja.


Serius weh. Malu masa ni.


Tak tahu nak buat ape atas pelamin. Penat weh asyik kena senyum je.


Apasal lah tunduk bawah. Kena paksa kahwin ke apa tah. HAHA.


Ini tengok sahaja. tak perlu terangkan apa-apa.


Sebenarnya masa ni beliau tengah tahan ketawa. Tapi orang ingat beliau tersenyum lebar. HAHA. Apa-apa aje.

Ini juga tak perlu diterangkan.


Okay. Dah. Lain kali kalau rajin, saya update pasal persandingan merah. Nampak perkataan kalau rajin tu? Memang maksudnya kalau rajin lah baru berupdate. HAHA.

Monday, January 4, 2010

It has been a while...

...since I last updating this blog. HAHA. Minta maaf la ye. Macam terlupa ada membela seekor blog.

Baiklah. Apa yang engkau nak tahu?

Err. Berkasar bukan. HAHA. Tidak perlu berkasar. Baiklah. Saya menceritakan sedikit tentang kehidupan. Secara ringkas. Bermaksud, tidak lebih dari 20 patah perkataan. Sila baca.

1. Suami menghantar pergi kerja. Tidak seperti biasa. Biasanya tunang yang hantar.

2. Balik rumah membeli ayam serta memasak secara berduet dengan suami. Menghiburkan.

3. Menggosok pakaian suami beserta pakaian sendiri. Memberatkan tetapi tetap menghiburkan. Apatah yang hibur.

4. Mengkemas rumah serta membebel kepada suami. Sumpah. Yang belakang tu memang fun.

5. Menterminate Celcom broadband yang lama lepas tu mendaftar baru. Apa kes. Alasan tidak update blog.

6. Berhutang kisah sebalik perkahwinan. Akan dibuat secara beransur-ansur.

Baiklah. Penulis tidak mempunyai masa yang banyak. Perlu mencari antituberculosis sebagai assignment.

Sekian. Berjumpa lagi di lain siri.