Hello!!!

Friday, January 17, 2014

Poor Hannah.

Dalam menginjak ke usia 11 bulan. Dalam pada sedang belajar berjalan. Dalam pada sudah berani lepas tangan dan berdiri atas kakinya sendiri. 


Accident does happen. 





Sunday, January 5, 2014

Hannah's 10 months

Or to be exact 10 and half months. Sigh. How time flies so fast. My baby is going to leave her infant world soon. Very soon.   


At the age of 10 months, she weights 7.35 kg. Only. She gained weight slowly. 8 months 7.01 kg. 6 months 6.66 kg. Hannah bukan kaki makan. Makan kaki tu selalu. But bukan kaki makan macam abang Irfan. She loves finger food. Bubur? Tak nak dah sekarang ni. Sekarang masak oat + pasta + couscous + entah apa buah yang wujud dalam peti ais. Tekak mat salleh sikit dia ni.

Gigi baru nak keluar. Visually tak jelas tapi kalau rasa dengan tangan tu dah voleh rasa tajam gigi tu. 

Hannah selalu kena buli dengan abang dia. Nampak macam disayangi, tetapo dalam sekelip mata dibuli pula. Mainan kena rampas, perut digendang, dahi ditepuk. Tapi jangan ingat Hannah lemah. Dia lawan beb. Abang tarik mainan, dia pun tarik jugak. Abang jerit, dia pun jerut jugak. Abang diam, dia tarik rambut abang die. Abang pun cakap "aduh hannah ambut". Kesian jugak jat abang. Tapi bila tengok tume die buli adik, nasib kau la abang. Haha.


Saturday, December 28, 2013

A successful fantastic four family trip



Phewww. Susahnya nak cari masa nak update blog. Cemburu betul masa pada saya. Ada saja benda perlu diselesaikan. Tak apa lah. Pelan-pelan kayuh.

Daripada tajuk pun dah tau kan apa yang  akan saya ceritakan. Ceritanya berlaku bulan lepas. Biasalah. Benda dah basi baru ada masa nak cerita. 

3-7 Nov 2013, bermulalah perjalanan kami sekeluarga berjalan-jalan melihat tempat orang. Ingat lagi masa kereta saya masuk bengkel dan suami hantar dan ambik pergi balik kerja? Ada hikmah rupanya. Masa tu la ternampak iklan MAS. Kebetulan dapat bonus masa tu. Timing baik je kan. So terus book tiket masa tu. Hannah takde lagi masa tu. 

Kesilapan ambik flight petang. Sampai dah malam. In flight, both kids were all behave. Takde la scene menangis menjerit ke ape. Cuma Irfan ada lah main goyang-goyang meja dan tendang kerusi orang depan. Sigh. Mesti menyampah orang depan tu. Hehe. Yang tak bestnya, anak-anak masih batuk dan selesema. Nasib baik demam dah kebah. Mummynya pulak demam dan selesema bermula sehari sebelum bertolak. Lepas tu boleh pulak diserang sakit kepala masa dalam flight. Sigh.

Sampai HK dah pukul 8 malam. Urusan imigresen dan bagasi adalah pantas. Cuma masa turun flight tu ada pekerja kesihatan die check suhu badan saya dan anak-anak. Orang lain dia tak check pun. Diskriminasi ke apa tah.

Book hotel kat TsimShaTsui (TST). So boleh naik airport train atau bas. Kami pilih naik bas. Bas dia adalah baik dan menyenangkan traveller macam kitorang ni. Double decker, ada tempat khas nak letak luggage, ada cctv untuk monitor luggage kot kalau ada yang nak ambik beg kau ke kan, ada wifi tapi tah kenapa tak boleh connect pulak, lepas tu ada lcd display memaparkan next stop kat mana and hotel apa berdekatan dengan stop tu. See. Very the traveller's friendly kan. Senang ahkak. Tak payah tanya driver bagai. Tambang lebih murah daripada train. 1/3 daripada tambang train. Senang cerita, perjalanan mencari hotel adalah berjaya. Hehe. 

Cuma. Tersalah pilih hotel la. Dah lah jauh daripada mtr station, lepas tu atas bukit pulak. Jalan curam ooii. Nasib baik bilik okey. 

Menunggu lif ade cermin besar ambik gambar la ye tak.


Hari pertama dimulakan dengan sarapan maggi dan milo bawak dari tanah air. Hahaha. Nasib baik bawak tau. 4 hari makan maggi. Bila EF tengok bini die sumbat makanan macam-macam dalam beg, die boleh cakap you ni nak pergi mana. Sekali kat sana, dia dulu yang belasah maggi. Hehe. 

Cuaca hari pertama tak berapa best. Hujan je. Kesian kat anak-anak. Dah la payung lupa bawak. First destination adalah ocean park. Saya rasa ocean park ni dah mengalami kekeliruan identiti. Selain ada binatang-binatang yang tinggal di laut, ada juga binatang darat, binatang kutub, cable car, train dan fun park dengan ride semua tu. Tak keliru ke tu namanya. Perjalanan ke sini juga adalah lancar sebab senang. Hehe. 








 


Sebab kan dalam tu macam takde makanan halal, so memang kelaparan la kan. Keluar dari Ocean Park tu terus carik Islamic Centre Canteen. Memcabar ok nak mencarik masjid ni. Dah bergaduh suami isteri ni. Haha. Member dah muncung je pasal lapar and carik tempat tak jumpa. Bila dah jumpa, rupa-rupanya dah tutup untuk sesi pagi dan belum bukak untuk sesi malam. Ya ampun! Berjalan-jalan la dulu sementara nak tunggu dia bukak pukul 5.30pm. Tengah berjalan tu, nampak pulak bakeri halal. Belika roti pizza dia buat alas perut. 

Bila dah pukul 5.30 pm, terus pergi ke canteen tu. Dapat makan nasi feeling dia ya Allah nikmat habis. Siap tapau lagi. Hehe. Jadi begitulah kisah hari pertama. 

Saturday, October 26, 2013

Hannah 7 and 8 months old

Memang dasar pemalas. Terpaksa karang 2 cerita pada masa yang sama. Pemalas pun tak malas macam ni. Haha.


Usia 7 bulan, Hannah dah pandai berdiri dan memapah. Kalau Irfan dulu, 10 bulan baru pandai berdiri dan memapah. Itupun dia skip pembelajaran untuk duduk. Hannah pulak dia skip part merangkak dan duduk. Terus berdiri dan memapah. Sampai usia dia 8 bulan sekarang ni pun masih tak pandai merangkak dan duduk lagi. Hehe. Takpelah. Asalkan sihat.

Dah 2 bulan Hannah diberikan solid food.   Awal-awal tu bagi puree pada Hannah. Macam-macam puree. Carrot, keledek, peas, apple, pear, plum, lai, labu dan ape lagi tak ingat dah. Kemudian baru bagi bubur nasi campur puree tersebut. (Saya masak bubur secara konvensional ok. bangun pagi terus tenggek periuk atas dapur nak masak bubur). Kemudian baru berani bagi ayam. Itupun baru hari ni start bagi ayam. Takpela kan. Asalkan makan.

Dah ada dua orang ni, tak dapat tidak untuk membezakan antara dua ni. Bukan dari segi yang merendahkan salah seorang. Tapi dari segi perihal mereka.

Contohnya, Irfan lebih senang untuk diberi makan. Hannah pulak kurang gemar makan. Makan biasanya sikit je. Mungkin kerana faktor jantina. 

Irfan dulu dah 5 bulan pun masih gina bantuan nak menyusur. Dia guna bulu carpet. Grab bulu carpet then drag badan dia ke depan. Hehe. Boleh bayangkan tak? Hannah pulak umur 4 bulan dah laju menyusur. Mungkin faktor berat badan. Atau pun dia nampak abang dia berjalan, dia pun nak berjalan jugak. 

Hannah 8 bulan ni hanya seberat 7.03kg. Not much different huh? Not evem 400g. Its ok. Asalkan berat masih dalam lingkungan yang sepatutnya. 

Setakat ni Hannah masih fully breastfeed.  Alhamdulillh dengan rezeki yang satu ini. Nak kata banyak, takde la melimpah ruah. Tapi cukup untuk bagi anak minum. Deep freezer pun dah mula penuh. Stok pun ada yang akan expired 2 minggu lagi. Alhamdulillah.

Oh masuk cerita Irfan sikit. Lepas hampir 11 bulan tak demam, semalam Irfan demqm pulak. Merengeknya yaAllah.. Pengsan mummy semalam nak. Tapi tak ape la. Bukan selalu dia manja macam tu. Terasa dia sangat perlukan mummy dia. Sikit-sikit mummy. Kejap lagi mummy lagi. Jarang la dia nak sebut ayah. Tu la kuasa dan aura seorang ibu. Hehe:

Friday, October 18, 2013

Raya dan Hannah 6 bulan

This entry has been in draft fir about two months. Ngeeee.



Nampak sangat dah semakin malas nak menulis. Satu entry 2 cerita. Takpe la kan. Jadi emak ni memanjang je sibuk. Bila takde kerja, anak pulak yang create kerja untuk emak. Adat la kan.

Tahun ni tahun keempat beraya sebagai isteri. Masih seperti dulu. Takde perbalahan nak raya mana. Sampin suami pun masih guna sampin masa nikah dulu. Haha. Nasib baik baju bertukar tau. Kalau tak, lagi haru.

Kali ni raya dengan 2 orang anak. Kelam kabut juga pagi tu. Anak mengaruk. Bagi apa semua tak nak. Kes tidur tak cukup. Pagi kena paksa bangun. Ini kisah Irfan ye. Bukan Hannah.

Raya kat batu pahat ni ada lain macam sikit keseronokannya. Mungkin sebab suasana kampung kan. Lain dari hari-hari biasa. Mercun, baraan, kunjungan. Menarik.

Raya ketiga ada kenduri akikah anak sendara ( ye, sengaja salah eja) saya sekali dengan kenduri doa selamat mak dan ayah. Berkumpul lah sanak saudara dari sejauh-jauh hingga sedekat-dekat. Yang bertahun tak jumpa hingga yang baru semalam jumpa. Semua ada. Alhamdulillah. 

Yang tak seronoknya, Irfan cirit birit pulak. Aduhai. Saya pulak tak bawak apa-apa ubatan untuk digunakan. Bawak ubat pun untuk stok mak ayah. Huhu. Kesian Irfan. 

Hannah dah 6 bukan sabtu lepas. Hoorray. Lengkap la satu fasa pemberian susu ibu sepenuhnya untuk 6 bulan. Sepatutnya last week dah start solid feeding pada Hannah. Tapi sebab last week balik Klang, so delay la. Mungkin hari ni baru nak start feeding. 

Untuk milestone Hannah,usia 6 bulan, berat 6.66 kg panjang 66cm. Senang ingat kan. Hehe. Well, active, easy baby. Irfan pulak seperti biasa meriuhkan rumah. Samada dengan ketawa, jeritan atau tangisan. Pheww.

Wednesday, July 24, 2013

Hannah 5 months old

Dah 5 bulan seminggu pun Hannah hari ni. Asyik la lambat nak update perkembangan terbaru Hannah. Padahal bukan susah mana pun.


Check up 5 bulan hari tu, berat Hannah 6.3 kg. Naik 400g je. Jadi la tu kan. Ade jugak naik nye. Hannah dah pandai bergerak ke depan, kiri dan kanan. Berguling secara meluas. Menarik rambut abang dia. Haha. Kesian Irfan. Sikit-sikit "mami, abut, abut." Nak bagitahu rambut die kena tarik dengan Hannah.

Hannah 5 bulan, bermaksud lebih kurang  4 bulan peti sejuk tak dihuni oleh ayam, ikan, udang dan sebagainya. Penuh dengan frozen breastmilk untuk Hannah. Sampai ke pintu peti sejuk pun ada. Not good practice though. Tapi ape boleh ku buat. Peti sejuk dah tak muat.

Jadi saya pun berdendang lah dekat telimga EF, belikan lah deep freezer, belikanlah deep freezer. Susu dah nak expired. Kalau dalam deep freezer ade lagi 3 bulan baru expired. 

Mungkin kerana bingit telinga mendengarkan dendangan saya itu maka akhirnya "U ambik kad i ni, pergi beli peti sejuk u tu". Weehuuuu. Dapat peti sejuk. Semangat i nak pergi beli. 

Bila peti sejuk dah sampai, pindahkan susu masuk dalam tu. hampir penuh jugak deep freezer tu dengan susu Hannah. Dahsyat jugak.

Dan ada satu kejadian sehari selepas beli peti sejuk. Boleh pulaj EF pergi tutup suis peti sejuk tu. nasib baik saya perasan beberapa jam kemudian. Itupun susu dah start mencair. Kena bebel la EF sebanyak satu round. Nanti ade jugak yang jadi tragedi macam masa Irfan kecik dulu.

So sekarang domestic freezer dah penuh balik dengan nugget, fries, ice cream yada yada.

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan

Sekejap je rasanya. Dah jumpa balik ramadhan. Rasa baru je lagi saya mc panjang pada bulan puasa tahun lepas kerana threatened abortion. Tengok-tengok ni dah puasa lagi. Hannah pun dah nak 5 bulan. Memang sekejap sangat masa berlalu.


Baiklah. Ramadhan kali ni saya boleh cergas tak macam tahun kepas. Tahun lepas tu tak boleh banyak gerak, asyik bleeding je. Lepas tu kalau berjalan pun asyik la berpusing kepala ni. Tapi tahun ni bukan main cergas lagi. Anak pun bagi kerjasama. Jadi berasap la dapur ku sewaktu ramadhan ni.

First day puasa adalah public holiday di sini. Pagi-pagi lagi EF dah request nak makan siakap 3 rasa dengan sambal goreng. Tak sesuai betul padanan lauk tersebut. Maka saya menggugurkan permohonan sambal goreng. Masak siakap 3 rasa dengan kacang buncis goreng. 

Hari kedua puasa gigih la saya pesan kat adik suruh keluarkan ayam nak masak bila balik ni. Tapi sampai rumah dah pukul 6 lebih. Belum sembahyanv lagi. Pukul berapa nak masaknya macam ni. Ok jadi makan luar je la.

Jadi EF pun bg cadangan. Hari kerja kita makan luar/beli kat bazar je. Hari cuti baru masak. I is ok. No problem.

Semalam kan hari cuti, jadi kena la masak kan. Ajak emak ayah datang rumah. Sekali lagi EF suruh masak sambal goreng. Ape kena tah kena sawan sambal goreng agaknya. Tiap-tiap hari berdendang nak sambal goreng nak sambal goreng. Jadi buatkan jugak la untuk beliau. Walaupun saya tak pernah masak sendiri sambal goreng ni(tolong-tolong je ade la), jangan dipersiakan kemudahan internet. Gooooooogle beb. Tapi banyak sangat resepi pun pening jugak nak buat yang mana. Last sekali tawakal pada Allah sahaja la. Hehe. Maka terjadilah sambal goreng tawakal serta ayam masak kicap pedas redha. Ade sayur kailan goreng lagi. Air bandung soda lagi. Pastu beli kuih dengan murtabak. Air pun mak beli lagi 3 jenis. Ambik kau. Penuh meja makan saya semalam. Tapi yang kelakarnya nasi tak masak ok. Entah la. Agaknya saya tertutup suis periuk nasi semasa nak tutup suis water heater. Sebelah menyebelah katakan. Sayang. 4 setengah pot buang macam tu je. Huhu.

Hari ni saya rasa nak masak ikan steam, segala sayur semua masuk dalam tu sekali. Senang kerja. Pukul 6.55 petang baru steam. Lepas tu ingat nak buat kuih buah melaka. I is teringin. Beli pun boleh tahan mahal jugak. Gula seciput je pulak tu. Air mungkin akan membuat laici kerana senang, bukak dan tuang je. Jangan susah kan diri buat benda-benda susah. Hew hew hew. Baiklah. Ini semua baru angan-angan. Sebab hari ni saya bekerja. Hari kerja tak payah masak kan. Hehe. 

Cakap pasal kerja, hari ni breastpump bawak, tapi breastshield tak bawak. Oklah marmet je. Sekali lepas marmet, tengok cooler bag pun tak bawak. Aiseh. Nasib baik methadone clinic ni fully air-coned tau.