Memang dasar pemalas. Terpaksa karang 2 cerita pada masa yang sama. Pemalas pun tak malas macam ni. Haha.
Usia 7 bulan, Hannah dah pandai berdiri dan memapah. Kalau Irfan dulu, 10 bulan baru pandai berdiri dan memapah. Itupun dia skip pembelajaran untuk duduk. Hannah pulak dia skip part merangkak dan duduk. Terus berdiri dan memapah. Sampai usia dia 8 bulan sekarang ni pun masih tak pandai merangkak dan duduk lagi. Hehe. Takpelah. Asalkan sihat.
Dah 2 bulan Hannah diberikan solid food. Awal-awal tu bagi puree pada Hannah. Macam-macam puree. Carrot, keledek, peas, apple, pear, plum, lai, labu dan ape lagi tak ingat dah. Kemudian baru bagi bubur nasi campur puree tersebut. (Saya masak bubur secara konvensional ok. bangun pagi terus tenggek periuk atas dapur nak masak bubur). Kemudian baru berani bagi ayam. Itupun baru hari ni start bagi ayam. Takpela kan. Asalkan makan.
Dah ada dua orang ni, tak dapat tidak untuk membezakan antara dua ni. Bukan dari segi yang merendahkan salah seorang. Tapi dari segi perihal mereka.
Contohnya, Irfan lebih senang untuk diberi makan. Hannah pulak kurang gemar makan. Makan biasanya sikit je. Mungkin kerana faktor jantina.
Irfan dulu dah 5 bulan pun masih gina bantuan nak menyusur. Dia guna bulu carpet. Grab bulu carpet then drag badan dia ke depan. Hehe. Boleh bayangkan tak? Hannah pulak umur 4 bulan dah laju menyusur. Mungkin faktor berat badan. Atau pun dia nampak abang dia berjalan, dia pun nak berjalan jugak.
Hannah 8 bulan ni hanya seberat 7.03kg. Not much different huh? Not evem 400g. Its ok. Asalkan berat masih dalam lingkungan yang sepatutnya.
Setakat ni Hannah masih fully breastfeed. Alhamdulillh dengan rezeki yang satu ini. Nak kata banyak, takde la melimpah ruah. Tapi cukup untuk bagi anak minum. Deep freezer pun dah mula penuh. Stok pun ada yang akan expired 2 minggu lagi. Alhamdulillah.
Oh masuk cerita Irfan sikit. Lepas hampir 11 bulan tak demam, semalam Irfan demqm pulak. Merengeknya yaAllah.. Pengsan mummy semalam nak. Tapi tak ape la. Bukan selalu dia manja macam tu. Terasa dia sangat perlukan mummy dia. Sikit-sikit mummy. Kejap lagi mummy lagi. Jarang la dia nak sebut ayah. Tu la kuasa dan aura seorang ibu. Hehe:
0 Words from you:
Post a Comment