Hello!!!

Showing posts with label saya surya. Show all posts
Showing posts with label saya surya. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

Sepuluh.

Kasihan dengan pembaca blog ini. Berhari-hari tiada dihiburkan dengan entry sadis-madis goreng pun sodap dari penulis. Nasib baik tiada yang ke rumah penulis lalu melempar batu mensembunyi tangan atau menghantar bom kentut melalui emel kepada penulis. Err. Penulis sudah terperasan mempunyai pembaca blog ribu-riban. HAHA.

Err. Macam-macam telah berlaku pada penulis sepanjang percutian memblogging ini. Antara yang penulis lakukan ialah bercuti dengan pesakit terduga Tuberculosis. Oh my! Takutnya! Jangan risau. Penulis tidak terjangkit dengan TB tetapi penulis menjangkitkan wabak 'mari berkahwin' kepada teman-teman pernah berperjuangan. HAHA. Err. Kenapa penulis memanggil diri penulis sebagai penulis sedangkan oenulis tidak menulis tetapi berperasan seperti penulis? Err. Jawapan paling senang: Ini blog saya. Tidak suka, boleh keluar. Kalau suka, boleh baca. Err. Tergarang lagi.

Apakah 'Sepuluh' yang hendak penulis ceritakan hari ini? Adakah:

  1. Sepuluh kilogram berat badan yang telah ternaik selama 1 bulan menjadi penganggur berhias?
  2. Saiz kasut berubah menjadi saiz 10 UK?
  3. Mendapat sepuluh ekor anak kucing secara serentak?
  4. Meroyan selama sepuluh hari berikutan kegagalan bershopping secara maksima?
Siapa mahu menjawab angkat tangan. Siapa menjawab dengan betul, penulis akan memberikan hadiah berupa tidak berapa mengancam tidak seperti tuan tanah ini. Angkat tangan cepat!

Err. Teett. Jawapannya ialah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sepuluh perangai pelik HagemaruSurya.HAHA. Mari kita lihat tempat yang ke satu.

  1. Penulis suka menggosok mata secara berleluasa sehingga mengkeluarkan bunyi pertembungan kelopak mata dengan bebola mata. Err. Bunyi tersebut sangat dahsyat sehingga Widie pernah memandang penulis dengan muka mentakutkan seolah-olah mata penulis sudah jatuh dari tempat beliau. Alin pula mentakutkan penulis dengan ancaman penulis bakal menjadi raccoon seperti kakak beliau. Kata beliau. HAHA. See my tail. Got stripe already. HAHA.
  2. Penulis tidak akan sama sekali memakan kepala sotong sebaliknya tidak akan menolak sama sekali sotong goreng tepung yummylicious. Kepala sotong adalah menggelikan hati penulis. Err. Membiarkan tentakel beliau masuk ke dalam alimentary canal penulis adalah satu penseksaan zahir dan batin. Kepala sotong, keluar sekarang.
  3. Penulis mensayangi blog tadahan bebel seperti anak itik tok wi mandi dalam kolam. Blog ialah best. Selain tempat tadahn bebel, blog ialah tempat pengupdatean data-data peribadi kawan-kawan.Yelah. Takkan engkau nak mentelefon semua kawan-kawan engkau untuk memberitahu engkau pergi makan di mapley pula. Atau engkau mengSMS semua orang yang wujud dalam phone book handset untuk mengumumkan engkau dan boyfriend engkau bergaduh sehingga bercucuran air mata bila mengenangkan. Eh. Eh. Kenapa masuk lagu Aishah ni?
  4. Penulis mempunyai symptoms penyakit OCD. Obsessive-Compulsive Disorder. Contoh pertama: Uda, aku dah kunci kereta belum tadi? Betul ke dah? Contoh kedua: Alin, esok paper PHM 576 pukul 9 DK H kan? Bertanya sebanyak 2 kali 2 hari berturut-turut. Pastu takut kena lempang ngan Alin, pergi tanya kat orang lain pulak. HAHA. Contoh ketiga: malam-malam sebelum tidur mesti check pintu rumah dah kunci belum. Sedangkan penulis telah kunci sebaik masuk rumah tadi. Aiseh.
  5. Penulis terlalu suka mentonton Hagemaru banyak kali sehari. Penulis terlalu mensukai Hagemaru sehingga penulis rasa mahu Hagemaru menjadi emcee pada majlis perkahwinan penulis. Masalahnya, penulis takut ketawa seperti syaitan di atas pelamin lepas itu mak mertua memandang dan sambil menggeleng dan berkata ' dah terlambat nak reject'. HAHA. Err. Sekali mak mertua pun ketawa juga melayan Hagemaru. HAHAHAHA.
  6. Penulis mempunyai kuasa membeli belah super saiya walaupun tidak berduit nafsu tetap ada barang tetap beli duit pinjam dulu. Err. Jauhkan penulis dari kad kredit. Nescaya beliau mampu menghabiskan had maksima kredit dalam satu jam. Err. Satu hari lah. Kata shopper sejati.
  7. Penulis tidak makan tahu. Tahu itu adalah tahu yang buat sambal goreng makan ngan ketupat sedap tu. Err. Tekak penulis tidak boleh menerima makanan berciri lemah gemalai itu. Sumpah. Tapi tempe makan pula. Sedangkan bahan asas adalah sama. Yang lebig pelik, egg tofu makan pula. Meh sini, lempang diri sendiri selaju mungkin.
  8. Dahulu penulis suka melilitkan tuala di leher selepas mandi seolah-olah muffler. Ceh. Berangan sejak kecil nampaknya. HAHA. Selepas itu pasti akan ada syarahan berkelajuan 120km/j dari emak. Err. Tadah telinga saja lah. Tetapi perangai pelik ini hilang apabila membesar dengan sihat dan kuat selepas memasuki asrama sepenuhnya. Malu kot kawan tengok. Dah lah baru kenal. Karang dia kata I ni tak waras kot tengah-tengah panas memakai muffler ciptaan tuala mandi.
  9. Penulis tiada idea
  10. Nanti ada idea, penulis sambung.
Sekian. Sila buat kerja masing-masing.









Thursday, June 4, 2009

Jatuh Cinta

Err. Jatuh cinta lagi sekali.

Semasa di Indonesia, saya telah terbeli sepasang kasut yang saya rancang untuk dipakai semasa hari pertabalan. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi saya tidak pedulikan nya kerana hari pemakaian kasut itu adalah yang pertama dan terakhir kalinya dalam hidup saya. Walaupun begitu, alasan lebih kukuh pembelian kasut tersebut adalah nafsu yang membuak-buak diikuti syaitan nir rojim yang menerajui penshoppingan di sana. HAHA. Salahkan syaitan pulak.

Hampir tiap-tiap hari menteraicuba kasut tersebut dan berjalan seolah-olah di atas runway. Nasib baik saya tidak memakai signature outfit diikuti overside sunshades serta bling-bling earing dan necklace. Err. Perasan pulak. HAHA. Kadang-kadang saya berlari dengan memakai kasut tersebut. Engkau, engkau, engkau dan engkau pasti tahu rupa paras sifat semulajadi kasut tersebut, bukan. Engkau bayangkan lah saya berlari dengan kasut tersebut. Rasa diri macam Kimora Lee Simmons pulak. Err. Kenapa sama kan diri sendiri dengan KLS? Sebab die ada double chin dan gemuk macam aku. Ops. Double chin aku belum berkembang. Habis, takkan engkau nak saya samakan diri dengan Giselle Bundchen pulak. Aiseh. Tak sama langsung.

Definisi kasut bagi saya adalah segala bentuk alas yang dialaskan di kaki. Namun ia adalah terkecuali kepada selipar Jepun sebab selipar Jepun adalah selipar tersedap di dunia. Sluurrpp. Jarang lah mulut saya hendak memanggil kasut keluaran Giselle Bundchen bernama Ipanema sedap dipakai, kering poket dibuatnya, dengan nama sandal. Jarang juga saya memanggil high heels or stilletos or wedges or flip flop dengan nama mereka tersendiri. Lebih senang saya memanggil mereka KASUT. Tapi saya tak pernah pulak panggil mereka dengan nama sepatu. Err. Tak usah panggil begitu. Nanti mereka merajuk pula terus gigit kaki melecet seminggu.

Kenapa saya amat suka membeli kasut? Bagi saya kasut mempunyai sentimental value. Ceh. Ceh. Tipu dosa mati seksa masuk api neraka. Err. Bagi orang yang berbadan seperti saya, yang mempunyai ukuran bukan bersaiz 36-24-36, mencari baju atau seluar yang fit perfectly on your body adalah sangat susah. Saya membuat pintasan gastrik untuk menjadi kurus dan mempunyai potongan badan menggiurkan seperti di atas. Err. Tipu lagi. Ceh apa ni Surya asyik tipu je. Dah lah. Blah lagi bagus.

Err. Jangan marah pembaca bertuah. Ya. Engkau la tu yang bertuah. Balik kepada tajuk asal. Nanti cikgu marah buat karangan tak tentu hala pastu cikgu potong markah.

Oleh itu, kasut adalah penyedap hati saya di kala saya ke fitting room untuk mentry baju atau seluar dan berakhir dengan kedukaan keluar fitting room terus letak seluar baju tersebut ke dalam bakul khas sebelum disangkut semula oleh petugas tempat kejadian. Engkau mungkin ketawa membaca entry ini. Nasihat saya, engkau berhati-hatilah sebelum engkau pun berkembang megah seperti saya sekarang. Err. Karangan terpesong lagi.

Kasut tidak pernah mengira sama ada saya adalah berbadan kurus (tahun 1994) atau berbadan berisi. Mind you! Saya hanya berisi lebih. Bukan gemuk. Err. Tak sedar diri lagi. Apabila saya tertambah berat badan yang bermaksud tak sengaja tambah, atau mengkurangkan berat badan yang bermaksud wah rajinnya pergi jogging engkau ni, kasut saya tetap bersaiz 7/38. Kadang2 je kasut tersebut berubah saiz kepada 8/39. Saya suspect kerana cutting kasut tersebut. Mustahil lah kaki menjadi gemuk kan dalam masa satu hari. Hah. kantoi pergi beli kasut hari-hari. Err.

Bukan harga menjadi ukuran ketika membeli kasut. Bukan juga nama yang menjadi pertaruhan pembelian. Yang penting adalah designnya. Saya amat mementingkan tumit kasut. Walaupun design sudah cantik tip top hati cair air liur meleleh malam termimpi siang terbayang, tapi jika tumit tidak saya gemari, saya tidak akan membeli. Begitu juga design yang bagi saya entah apa-apa budak darjah satu pun boleh lukis macam tu.

Koleksi peribadi kasut saya saya kira lebih kurang 30 pasang. Dalam kereta saya saja lebih kurang 15 pasang. Yang berada dalam kotak tersimpan rapi kes special occasion punye kasut ada dalam 5 pasang. Yang bersepah-sepah tanpa pemeliharaan pulak ada dalam 10 pasang. Yang hilang, wallahualam. Itu yang bersifat peribadi. Ada jugak kasut bersifat universal. Iaitu kasut pinjam. Syukur Along dan Uda mempunyai kaki bersaiz 7 juga. Oleh itu, kasut mu, kasut ku jua. HAHA.

Bukanlah hendak bermegah atau apa menceritakan hal kasut berpasang-pasang ni. Nanti ada pulak yang merungut terasa tertipu dengan entry kali ini ingatkan Surya jatuh cinta pada cowok indon ganteng lagi semok . HAHA.Saya hanya hendak berkongsi kecintaan saya pada kasut. Kerana diriku begitu berharga. HAHA.

Kasut selalu membuat saya jatuh cinta. Kalau anda nak mengurat saya, belikan lah saya kasut setiap hari sepasang. Jangan lupa ye saiz 7. Saiz kaki model. Err. Saiz je. Kaki tidak pulak. HAHA. Sekadar makluman, Nine West tengah buat sale sekarang. Apa lagi, silalah ngurat saya. HAHA.

The point is, saya jatuh cinta sekali lagi dengan kasut yang terbeli di Indon itu.

Dan saya masih terbayang kasut merah di rak depan kalau masuk je terus nampak kasut tersebut di Terminal Tas Bandung. Air liur meleleh.




Tuesday, April 14, 2009

Membebel

Gile bersawang blog ni. Dah beli feather duster padahal. Tak jalan jugak. Ape da jadi? Tolong maafkan tuan punye blog sebab beliau berada dalam keadaan "Boleh jalan ngan blog sendiri. Makan lagi bagus. Shopping lebih bagus lagi".

Nak bebel ape kali ni? Emm..update perkara terjadi kat diri sendiri. Bagus jugak. Amaran. Entry ini dijangka super duper panjang. Sila blah kalau anda rase anda bakal muntah membaca entry berciri cinta dan kasih sayang, memuji diri sendiri mahupun yang seangkatan dengannye.

Ahad lalu bersamaan 5 April 2009, saya bersame2 angkatan saya berjumlah 5 orang ditambah dengan angkatan jiran sebelah berkekuatan 4 orang juga, telah meluncur dengan tak lancarnye disebabkan kesesakan lalu lintas menuju ke destinasi peperangan. Adapun kami hanye berjumlah 9 orang sahaja, namun semangat perjuangan menentang keganasan tetap wujud. Hoi. Hoi. Ape kau merepek ni. Ok. Abaikan.


Tu die. Gorgeous tu dorang ni.

Sebenarnye telah beramai2 menengok F1 kat Sepang. Bedesup kete tu lalu depan mate. Kalo tutup mate mase tu, memang sah2 makan asap telinge bedengung je. Kalo JPJ ade kat situ, terang2 kene saman setiap setengah minit. KAHKAH. Gile ahh. Tapi dalam riang menonton pertunjukan tersebut, dalam hati terselit rase bersalah sebab terpaksa membiarkan Encik Fitri balik ke Shah Alam naik ERL n komuter je. Sob. Sob. Lebih rase bersalah sebab sebenarnye Encik Fitri ade mengajak untuk same2 menonton F1 ni sebaik je die balik kursus. Huhu.

Untuk mengcover rase kesalahan yang dah dibuat itu, maka saye telah mengajak Encik Fitri gi dating esoknye. Dah buat salah, kene la tebus balik. Kan ke tengah cinta dn sayang kepada beliau. KAHKAH. Seperti terancang sebelum ni, saya n Encik Fitri telah mengukur isipadu n perimeter serta luas bukaan TGV Bukit Tinggi. Wah. Sape la arkitek die. Fast and Furious 4. Bolehla tahan cerita ni. Tibe2 bertanya kepada diri sendiri, mengapa Encik Fitri punye tangan tak macam O'Connel tu? KAHKAH. Durhaka punye gefren.

Malam pulak, menghantar Encik Fitri ke KLIA. Woi.Woi. Part ni yang sedih ni. Melihat kekaseh hati melangkah ke balai berlepas membawa bersama separuh semangat dan keupayaan bershopping serta meninggalkan persoalan dan pertanyaan "bile tah die nak balik sini lagi?". KAHKAH. Tipu. Tade manenye nak anta die kat balai berlepas. Anta depan pintu KLIA cukup. Tapi sedih gile terpakse hantar die ke KLIA. Saya benci KLIA. Ok. Stop. Tambah sedih bile balik umah malam tu Widie tanye ko rindu tak kat Fitri? Woi. Mestila. Kalau bukan aku, sape nak rindu kat die kan. Takkan mamak kat Hakim tu plak. Bederai ke ape tah air mata mase tu. Dahlah baru anta Encik Fitri. KAHKAH. Asal jiwang sangat nih?

Dahlah. Tade mud da nak update. Nak tepon Encik Fitri jap.






Sunday, March 8, 2009

Lapan

Semester-semester dalam hidup.
amaran. entry ini adalah entry hyper panjang tak ingat dunia. jike anda tak mahu bace, sile mengclick gambo pangkah itu. sile jangan mengadu kepada saye jika mata anda keletihan ketika membaca. sebarang surat menyurat hanye akan di layan jika itu surat cinta kepada surya. KAHKAH.

satu. pertame kali menjejakkan kaki ke menara gading. kenapa di panggil menara gading? sedangkan tiada gading pun di atas menara. apetah lagi gajah yang mempunyai gading. ok jangan merepek. saya, widie n syaz telah menduduki tempat teratas dalam senarai pendudukan dewan kuliah. kami mempunyai hobi yang same. kami selalu ke library untuk meminjam novel *sile pastikan ianya novel, bukan bahan pelajaran atau pun pendidikan, tetapi hiburan semata*. lantas bilekah waktu yang sesuai untuk membace? tentu sekali semasa lecterur begitu sibuk membentangkan hujah nye di dalam kelas. oohh. mase itu sangat indah. sambil menanti pukul 12.30 supaya boleh kembali ke kolej dan seterusnye mensantap di dewan makan. membaca novel di dalam kelas adalah satu cabaran yang paling besar kerana harus mempunyai skills tertentu supaya pembacaan tidak dapat dikesan oleh lecturer. jika ingin belajar, boleh beli buku Tips Membaca Dalam Kelas oleh surya. ok. tipu.

dua. kate semester dua, harus ade perubahan sikit. kini saye menduduki barisan kedua dari atas bersama yumie pule. oh. ape terjadi. sudah jatuh dalam ranking pendudukan dewan kuliah nampaknye. tidak mengapa. ape bezanye semester ini ngan semester lepas? tade beza. yang berbeza hanye lah telah mengenali beberapa kawan baru yang boleh tahan gile kerana kesukaan n kecintaan terhadap game berkomputer. mereka itu ialah alin n ckin. tidak lupe juge kepada azie, dayo n aliaa walaupun game berkomputer bukan focus utama mereka. tidak seperti budak 2 orang itu. maka mereka berdua adalah sumber game secara percume. oh. tidak ketinggalan, semester ini saye telah mengkawani encik fitri setelah sekian lame bermusuhan. KAHKAH. sile rujuk kisah chinta di sini. telah secara luar sedar menyertai national knight atau lebih dikenali sebagai kesatria negara untuk kali kedua. sila kagum.

tiga. telah melebarkan sayap kehidupan apabila dengan sepakatnye meninggalkan kolej kediaman MELATI yang menyediakan amali lontar jamrah secara percuma untuk menduduki rumah sewa. kehidupan baru bermula. lebih mengenali sesama sendiri. yang buruk disimpan. yang baik dicanang. adat kehidupan berumah tangga. aib harus di jaga. maruah juga. oh. kenapa saya begitu emosional? siape yang berumah tangga? HAHA. telah bergaduh secara dahsyat dengan along sehingga ayah meminta saya mengalah berikutan kedegilan kepala masing2. bile ingat balik, rase bodoh je pade waktu itu. tapi kalau da bulu ayam tu, carik la macam mane pun, cantum jugak. telah juge memiliki burung terhebat di dunia apabila burung tersebut berjaya membawa saye merantau mengelilingi malaysia. ape yang lebey kagum, burung tersebut hanye mentelan minyak petrol sahaja. tidak perlu jagung, dedak dan buah untuk di beri makan. demand juga burang zaman sekarang. telah mule menseriuskan hubungan dengan encik fitri secara luar sedar juga.

empat. telah berpindah alamat rumah. kerana ekonomi kehidupan kami yang bertambah baik, maka kami berpindah ke sebuah rumah bertingkat 4 untuk keselesaan masing2. KAHKAH. tipu. rumah itu hanyelah di tingkat 4. bukan bertingkat 4. ape ni? tak paham? ok keluar sekarang sebelum bertambah pening. cabaran betul duduk di rumah ini apabila malam yang sepatutnye sunyi bertukar suasana seperti berada di funfair belakang jusco bukit tinggi. dan pagi yang heninh bertukar menjadi pertaluan hon yang dibunyikan. oh. cabaran. telah memulakan siri jelajah malaysia secara berkumpulan yang menyaksikan destinasi pertama adalah negeri kelahiran sendiri. JOHOR di hati ku.

lima. pembelajatran seperti biasa. pembacaan novel sudah lame dihentikan berikutan kemasukan segerombolan lecterur2 yang begitu berani menembak student sendiri dengan soalan membunuh secara berdas-das. natijahnye, keje part time tersebut terpaksa dihentikan. bukan secara rela, tapi terpaksa. encik fitri telah mule bekerja membuat kopi di sebuah kedai kopi tidak terkemuka di selatan tanah air. menurut beliau, membuat kopi adalah amat senang. tapi tidak pernah pun belaiu membuat kopi untuk gf beliau ini. untuk ape beliau membuat kopi kalau gf beliau tidak meminum apetah lagi menghidu malahan tidak menyentuh sedikit pun kopi buatan beliau. telah menganjurkan jelajah malaysia musim ke2 apabila kumpulan backpackers tidak sejati itu membawa diri ke melaka dan port dickson yang menyaksikan tuan punye blog ini iaitu surya kehitaman dan ke'burn'an akibat memandikan diri di laut masin serta berminyak bernama port dickson yang mengakibatkan beliau kelihatan seperti seorang african di samping encik fitri sewaktu konvo encik fitri berlangsung.oh. tidak suke. tolong rewind. mengikuti community pharmacy attachment selama 3 minggu. oh. kenapa tak dapat gaji???

enam. telah dengan jayanye membawa diri menaiki keretapi menuju ke arau seterusnye menaiki feri menuju ke pulau langkawi berikutan musim ke3 siri jelajah malaysia. oh bahagia ditambah pule sebelum itu berjaya mensepitkan jari sendiri di pintu kereta. lantas mempunyai jari yang kuku tidak berupa kuku. lalu mengugut encik fitri supaya berkahwin dengan saya walaupun kuku tidak berupa kuku. HAHA. telah belajar industry pharmacy yang bakal menyaksikan cuti semester dihabiskan di kilang-kilang membuat obat di malaysia mahupun mauritius. KAHKAH. banyak tipu. selalu ponteng kerja. berikutan kawan2 sekerja telah emmpontengkan diri. namun begitu, kadang2 telah mendatangkan diri dengan paksa rela berikutan pujuk rayu hazwan n anip. oh. walaupun hadir belum tentu mase pekerjaan itu adalah seperti yang tertakluk dalam perjanjian. KAHKAH. setan.

tujuh. oh. sudah memulakan sesi hospital. sangat takut. kenapa harus takut? apekah ketua pegawai farmasi itu memakan orang-orang banyak lemak serta daging seperti saya ini? jangan makan saya. saya banyak lemak. nanti lipid profile awak abnormal susah plak. HAHA. berjaye menhgarungi detik2 super duper takut nak g hospital. oh lupe pule. telah melancarkan mogok lapar terhadap encik fitri yang menyaksikan saye kekurangan berat badan sebanyak 5 kg. KAHKAH. tu pun mau cerita ke? jelajah malaysia musim ke 4 membawa kami ke negeri di bawah bayu. ape itu bayu? saye tidak jumpe bayu di sana. adekah bayu itu invisible? sile jawab.

lapan. oh. oh. sudah mau abis blajar kah? sekejap je mase berlalu. luar sedar sudah sampai penghujung. tapi. alamak. ape yang saye belajar selama ini? HAHA. tak guna punye worang la ini surya. lain worang lagi belajar, lu boley pikir jalan je. hospital lebey mencabar. ape cabarannye? telah memasuki wad secara sah dan menghirup udara2 tidak sihat di situ. balik akan mengalami sakit tekak atau bersin2. oh. takutnye untuk bekerje di hospital. sile abaikan. telah memulakan jelajah malaysia musim ke5 ke penang pula. dan misi mengecop passport bermule dengan lawatan sambil makan angin minum angin n buang angin ke singapore. bakal diintebiu pihak kerajaaan yang begitu mengidami saye bekerja di hospital kerajaan juga pada minggu depan. telah melakukan perkara baru dalam hidup. oh. oh. da nak abis blaja. oh. takut pula rasenye.

ok. da abis. sile blah sebab saya nak blah.


Friday, January 30, 2009

Ape sudah jadi???

ape sudah jadi ngan surya??
begitu malas untuk update blog sendiri..
super duper lepak during dis semester break..
masih belum membuat homework yang sudah bertimbun itu..
juge tidak membuat ape2 keje umah sbab emak ade*anak tak gune..ngabiskan beras je*
hehe..
ape da jadi?
ape da jadi?
saje je..nak menikmati cuti terakhir sebagai pelajar..
tolong bagi chance ye..
hehe..



Friday, January 16, 2009

Saya sangat PENAT!

mengape saya harus melalui kehidupan yang amat penat ini???
mengape saye begitu penat sebegini?
adekah kerana PBL yg perlu saye perlu hadapi 2 x setiap minggu?
atau kerana presentation yang perlu saye lakukan juge 2 x setiap minggu?
atau kerana hospital attachment yang segala bagai manusia perlu dihadapi?
atau case report yang perlu disiapkan menjelang isnin?
atau kerana saye memang penat semulajadi?
oh tidak!!!
penat nye..


Saturday, January 10, 2009

HILANG???

ape yg hilang??



lost: drug information handbook
last seen: kat umah mak besame2 nota dan buku mase nak pekse last sem..
statuts: masih mencari
complication: nak g hospital nnti tade drug info
update: found!



lost: pencil pilot shaker biru ku
lasr seen: semalam tgh ari mase kunon2 try buat pbl diabetes kat atas katil
status: tak jumpe lagi
complication: takde pencil best..ade pencil kayu yakult je..



lost: pharmacotherapy handbook
last seen: last sem mase buat hospital attachment
status: found
complication: -
foot note: lain kali jgn letak buku bawah katil

lost: 1 earring
last seen: 4 january 2009 di telinge sendiri
status: tak jumpe n malas nak cari
complication: pakai earring sebelah je..wakaka..g*y kah aku?


Tuesday, January 6, 2009

A new year!

emm..new year resolutions?emm..

1. mesti la nak kurus lagik..haha..ni last year nye azam ni..tak tercapai lagi..

2. nak abeskan study ngan cemerlang, gemilang, berbilang-bilang, port klang, geylang si paku geylang..

3. da keje nanti nak kumpul duit pastu g melancong, shopping besar-besaran, pastu baru bagi mak ayah duit..wakaka..keji..ok..sile bace senarai tu secara terbalik..

4. nak banyak makan sayur..*ok..semalam aku makan nasi goreng ladna..aku makan ok kubis kat dalam tu..yg aku tak makan lagi ialah baby corn, carrot ngan timun..pelik ok bende tu ade dalam nasi goreng..insyaallah aku pk nanti nak makan ke tak..kehkeh*

5. nak kurus lagi..hehe..


Thursday, December 11, 2008

mengapakah ini terjadi???

semalam selesema..
pagi tadi bangun sakit tekak pula..
skang da start batuk..
arghh..mengapakah ini terjadi pada waktu dan kala ini???

Wednesday, November 12, 2008

Three top reasons why i luv dis year

1. Encik fitri da dapat keje..hehe..bleyla kumpul duit tuk kawin *aduh..gatalnye saya*
2. Berat saya da trun sikit *physical nye tak jugak* walaupun saye tak g joging mahupun gym(????) *encik fitri, sila bagi perhatian pada tak jogging n tak g gym tu*
3. Saye akan ke sabah untuk bercuti *n of cos dating ngan encik fitri..tak sabarnye saye..auww*

Kisah perCHINTAan 2

After amalina bace post kisah perchintaan aku, die pun call aku...

Antara yg die cakap kat aku ari tu

1. Cane la ko bley kawan ngan fitri tu..
2. Btul la orang kate kalo benci jgn benci sgt, nnti2 sayang plak *sambil gelak macam setan*
3. Fitri ni buat malu aku je..dulu aku da suh die benti suka kat ko...buat abis mase je..da terang2 ko menyampah kat die..dgar name die pun tanak *aku ada cakap gitu ehh???tak ingat pun..hehe*..ni alih2 die kawan ngan ko plak..buat malu aku je..
4. Ehh...fitri tu da lbey tinggi dari ko eh??
5. Aku ingat lagi dulu fitri slalu datang kat aku n cakap “ehh..amalina..cane ni..” sume sbab ko tak layan die..
6. Aku nak cite ngan fara la pasal korang ni...mesti fara pun gelak tak ingat nnti..*aku rase fara tau aku kawan ngan encik fitri..emmm*
7. Asal hidung fitri ni besar sgt?? *encik fitri kate, harus la besar..kate nak buat sangkut baju..kuikuikui...*

Tu la antara ape yg amalina cakap..seb baik la mase tu die da nak balik keje..kalo tak balik lagi, aku rase mau lagi panjang gelak setan tak ingat dunia die tu..kawkaw die gelak kan aku..

Ko nak gelak pun gelak la..

Dulu hati aku buta..

Skang tak lagi..

Encik fitri tu AKU punye..

Tapi sape nak try usha encik fitri, silakan la..hehe..

Lalalalalalalalalalalala

Wednesday, November 5, 2008

Senarai rancangan saya..

mulai hari ini saya merancang untuk:

1. tidur dengan aman skali tanpa perlu fikir pasal exam

:sleep:

2. menelefon encik fitri dan berbual dengannye selame yg saya mahu


:phonehappy:

3.bgelak ketawa sambil menonton tv
:laugh:

4. buat choc cake yg jiran saya nak (b4 raye lagi die da suh buat.. hehe..sori cik silah)

:wink:

tapi name pun plan..tatau la bejaye ke tak..
terutama skali yg no 4 tuh..
huhu..

Friday, October 24, 2008

Fuuuhhh...kopak lagi!!!

Ni memang rekod peribadi aku...memang rekod baru ni..aku pun x caye aku buat rekod ni..

18hb 8 2008

First time aku kene saman...mase tu anta encik fitri kat LCCT..encik fitri nak balik KK mase tu..sebab kan tu first time gi LCCT aku bukan nye tau die punye car park kat ne..plak tu malam..lagi la tak clear kat mane tmpat parking tu kan..so atas cadangan encik fitri aku pun parking la kat tpi construction work depan LCCT tu..g pun banyak lagi kete lain parking kat c2 gak..

Sementara aku tggu encik fitri check in, aku pun plan nak lepak kat mc d kat luar tu..baru je nak duduk, aku tgok ade sorang polistrafik tu baru nak blah dari kete aku, g kete depan kete aku..aaahhh..sah..memang kene saman la tu..aku pun malas nak cakap panjang..redha je laaa...

Memule memang aku cuak nak btau bapak aku...tapi sbabkan aku tade mase nak byar, aku pun btau la bapak aku...seb baik die tak banyak cakap..amik je surat saman tu..
Tapi yg klakarnye, ble bapak aku da g balai polis nak bayar, tetibe polis tu cakap, saman aku tu tade pun dalam system..hahaha..*selamat duit aku..kehkeh* tp tibe2 polis tu cakap, tgokla nanti pas raye ade ke tak *chaittt...punah harapan ku yg seketika itu*

10hb 10 2008

Skali lagi aku kene saman..huhu...kene saman ekor *tah betul ke name die saman ekor* tp yg pasti aku dapat tau ble akak aku check kat internet..huhu...alasan kali ni speeding pulak..kene kat district klang..aku rase ni mesti kene kat hiway 2 ringgit tujuh posen blakang umah aku tu..2 tahun aku ulang alik shah alam-port klang *yg mane 90% daripade jumlah aku gune kan hiway tu semestinye aku speeding...lagi2 kalo kelas aku kul 8.30 pagi tapi kul 7.30 aku baru nak g mandi..harap maklum perjalanan port klang-shah alam mengambil mase setengah jam kalo drive 70km/h..jadi harusla speeding kan* tak penah plak aku kene saman...tetibe bley plak die saman aku ari ni..

Kopak lagi la aku gini...

Sape nak tolong btau ayah aku????

Tadah telinga je la...adooooiii....


Kalau btau encik fitri musti die kate gini:

EF: kan i da pesan jgn bawak laju2...bukan nak g mane pun

SR: alaa u...saman tak berbau...kalau da nak kene saman tu, bawak slow pun kene jugak *ni ayat2 da buat salah tapi tanak ngaku..harharhar*

Kepada encik fitri: sudikah kiranye tuan hamba berkongsi kesusahan dengan hamba..apalah kiranye dihulur sedikit sumbangan kepada hamba untuk hamba menyelesaikan masalah hamba ni..tetapi jikalau tuan hamba mahu memberi sepenuh tajaan, kecil tapak tangan, stadium malawati hamba tadahkan..terima kasih diucapkan..lain kali taja la lagi..hehe..

Addooiiii...(kene cubit ngan encik fitri)

Mari menabung

Aku ni bukan la hebat sgt dalam bab tabung menabung ni..slalu tu, menabung, menabung jugak..pastu korek balik tabung tu..*smpai ble2 pun takkan penuh kalo gitu surya* bese la..name pun student kan...slalu je kesempitan..hehe..

Tapi memandangkan aku akn gune byk duit untuk pegi becuti nanti, so start semester lepas aku ngan gigihnye menabung tuk mase depan..*mase depan la sgat..* tapi mase tu tabung aku tu tabung tak rasmi..tabung recycled je..pas abis minum air starbucks tu, cup die aku jadi kan tabung..hehe..kate nak jimat..harusla recycled kan...mule2 tu aku slalu je korek tabung aku tu..asal tade duit je, start la goncang tabung sendiri...tak penah nye penuh tabung aku tu..da asik gitu je, satu ari tu aku seletep cover ngan cup die tu..haa..cam gini baru buley penuh...masuk buley, kuar ta bley..harap2..

Pastu ari tu aku ikut encik fitri g ikea..encik fitri ade beli container..container tu ade 3 in each pack..aku pun buat2 la muke simpati nak mintak 1 daripada encik fitri..harus la encik fitri bagi pade aku kan..da tentu aku gf die..kalo tak bagi ade aku mule kan konfrontasi besar-besaran nanti...kehkehkeh*ketawa jahat*..kejam jugak aku ni..


Ni la die rupe tabung aku...*recently aku da fall in love ngan kaler oren pula*



Yg ajar aku menabung ni musti la ayah aku kan...seingat aku dari kecik lagi aku adik beradik ade tabung sorang satu..yg rupe bangunan tabung aji tu...bile da besar sket keje korek tabung je..smpai la skarang ni baru nak menabung balik ngan gigihnye...hajat kat ati aku nak menabung smpai cam tabung ayah aku..tapi tatau la bejaye ke tak..




Cite2 aku: nak rompak tabung ni!!!harharhar...berat woo tabung ni..da nak penuh da..skang ni aku nak angkat tabung ni pun da tak kuat da..maklumla..penghuni die lima posen je..tak berat ke..

Lbey2 lagi skarang ni metrojaya tgh buat warehouse sale kat stadium..*harus pegi sbab aku ni kan shopper sejati..kuikui...*

Emmm..ble la nak penuh tabung tu..