Hello!!!

Saturday, June 1, 2013

Hannah 3 months old

Dah 3 bulan setengah baru nak karang tentang Hannah di usia 3 bulan. Takpe la kan. Asal ada.

Hannah hanya 5 kg pada usia 3 bulan. Naik 300g je daripada usia 2 bulan. Takpe la kan. Kata misi asal ada naik berat, dah kira bagus la.

Setakat ni Hannah masih tak pandai mengiring sangat. Tengah belajar. Mengiring separuh badan je. Separuh yang bawah berat sangat nak pusing.

Setakat ni Hannah masih minum susu mummy lagi. Kalau nak banding dengan Irfan dulu, Hannah minum sikit je masa kat rumah babysitter. Satu hari bekal kan 15oz. Atau paling banyak 18oz. Itupun selalu minum tak habis. Irfan dulu satu hari mesti 20oz. Kadang-kadang sampai 22.5 oz. Tersemput-semput nak kejar production. Betul juga cakap orang tua. Kalau lelaki kuat menyusu. Dah rasa dua-dua ni, baru tahu kebenarannya.

Oh. Apa lagi ye. Emm. Sebab dah naik kerja macam akan terabai lagi la blog ni lepas ni. Balik kerja dah penat. Tengah bawak kereta, kepala dah fikir nak buat apa dulu bila sampai rumah. Basuh botol dulu? Simpan susu dulu? Kemas beg anak dulu? Basuh botol air dulu? Atau susukan Hannah dulu? Ye. Masak memang takde dalam senarai. Ini kerana 80% peti sejuk dipenuhi dengan susu Hannah. 5% ice. 10% frozen food. Dan 5% lagi empty space untuk letak susu Hannah yang baru. Jadi sila cari dimana saya nak letak ikan ayam udang dsb. Alaa. Sebenarnya memang malas masak pun. Nanti ade je budak menyibuk nak menumis jugak, nak kopek bawak jugak, nak goreng jugak. Malas nak lap dapur lagi. Eh malas jugak la yang sebenarnya. Haha.

Baik. Tamat.

0 Words from you: