Hello!!!

Sunday, December 4, 2011

8 Months Old Irfan

Phew. 8 bulan lalu saya melahirkan Irfan. Dan setelah 8 bulan, rasanya Irfan dah banyak berubah.

Setakat ni saya masih breastfeed Irfan. Walaupun kadang-kadnag struggle nak dapatkan 24oz sehari (kadang-kadang cuma hantar 21 oz ke rumah BS), tapi saya masih berusaha dan berusaha untuk menyusukan Irfan. Selagi mampu, saya akan susukan Irfan seadanya.

Irfan masih belum pandai merangkak. Agak lambat. Saya tahu. Tak payah ulang banyak kali. Setakat ni dia dah mula angkat punggung dan tangan ke posisi merangkak. Tapi bila nak step ke depan je terus jatuh. Takpe. Biar dia jatuh. Kerana nanti dia akan belajar. Dan terus belajar.

Oh, ada perkara yang memeranjatkan berlaku semalam. Dan mendebarkan jantung dan hati seorang ibu. Serta membuatkan seorang ibu tersenyum tapi tak lah sampai menangis. Irfan cuba ambik remote control atas meja. Dia dengan bersusah payah menggapai tepi meja dan mengangkat punggungnya dan terus berdiri. Eh eh. Awak biar betul, anak. Takkan nak skip part merangkak tu. Tapi takpe. Mungkin kebetulan. Tak lama lepas tu, masa suapkan bubur  + prune, dia cuba ambik penutup thermos atas sofa. Lagi sekali dia baut perkara yang sama. Ok memang excited. Nasib baik saya bukan kaki ambil gambar atau rekod video. Lagipun handphone cikai selalu kena ketuk dengan anak, memang kualiti gambar tak meyakinkan lah.

Berat Irfan sekarang ni 8kg++. Tak tau lah berapa. Minggu depan baru nak check up. Setakat ni Irfan dah menjamah prune, labu, keledek, avokado, ayam, kentang, brokoli, lobak merah, cauliflower, kurma, mangga, betik dan honey dew. Oh. Pisang juga. Nampak macam banyak. Tapi setiap hari nak masak bubur, saya jadi buntu. Macam eh tak tahu lah nak masukkan apa dalam bubur Irfan.

Sekarang Irfan tengah mengalami selesama dan batuk sikit. Puncanya minggu lepas kami ke Desaru. Cuaca yang panas bersulam bilik beraircond yang sejuk. Kemudian terkena hujan pula di Kluang. Serta bilik sejuk lagi. Kasihan dia. Nak susu pun susah sebab hidung tersumbat. Saya spray hidung dia dengan Sterimar, barulah tak tersumbat tapi lepas tu hingus mengalir laju la kan.Tapi nak spray hidung dia memang super susah la kan. Bunyi nangis dia macam kena dera je padahal orang nak sembur hidung dia supaya hingus kat dalam tu boleh mengalir keluar.

Saya sedang mencari mainan baru untuk Irfan sebab dia dah mula bosan dengan rattle, squeaker dan teether dia. Hurm. Tengoklah nanti.



-Surya Rahman-

5 Words from you:

Unknown said...

wow terus berdiri!! congratz irfan hehe btol la tu ade bdk die skip part merangkak hehe get well soon irfan...yg spray idong kuarkan ingus tu blh bg aku 1 x? haha yg aku ade ni name die iliadin tiap kali titik dlm idong xkuar pun ingos geram je dgr bunyi ingos

SuryaRahman said...

aku rasa dia kebetulan je terdiri sebab geram aku asik amik remote control dari mulut dia. haha.

sterimar tu aku beli kat pharmacy la. dia seawater. yang iliadin ni dia ubat. sebenarnya sterimar tu lebih kepada nasal hygiene. tapi kalau nak try pun no harm. sebab dia bukan ubat pun.

Unknown said...

owhhhhh ok nnt aku carik. tq

Balkisomar said...

Salam surya... Impressnya aku. Cane bleh dpt 24oz/ day? Bagilah petua.... Huhuhu.. Aku skrg dpt 4-6 oz/day je.. Nsb baik dlm pantang lg. So bnyk bg direct bf lg la.. Tp risau pk nk msk keje nt. takut xcukup susu... huhuhu...

SuryaRahman said...

Balkis, ko baru lagi. Sekejap lagi banyak la susu tu. dalam pantang la susu banyak sampai basah baju. Ko kena rajin pump je. Jangan putus asa k.