Hello!!!

Wednesday, May 4, 2011

Irfan's 1 Month Jab

Bersempena dengan usia anak saya bersamaan dengan 1 bulan semalam, maka kita harus raikan dengan kunjungan ke klinik untuk mendapatkan suntikan hepatitis B dos kedua. Jangan buat-buat lupa. Selain daripada memberi makan pakai yang cukup, tanggungjawab ibu bapa juga adalah memberi kesihatan yang baik.

Dimulakan dengan perasaan malas nak pergi sebab Isnin kan cuti, mesti lah semalam ramai orang kan. Hati rasa malas nak pergi. Malas nak menunggu ramai-ramai macam tu. Nanti kalau Irfan dah berbunyi, lagilah resah hati. Tapi memandangkan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan suntikan, jadi buangkan rasa malas. Ayuh kita ke klinik. Ye. Waktu rasa malas dibuang, jam sudah pun pukul 11. HAHA.

Sampai di klinik, saya pun kehairanan. Eh apasal klinik ni macam tak berpesakit ni. Lengang yang amat. Adalah 4 orang kot yang menunggu. Haih. Kalau lah klinik tempat saya bekerja, jangan harap kau berjumpa dengan keadaan seperti ini.

Jadi Irfan pun selamat disuntik dengan tangisan. Nasib baiklah sekejap je dia menangis. Balik rumah tidur sahaja SAMPAILAH petang. Kemudian bermulalah episod meragam Irfan. Agaknya badan dia tak sedap. Atau rasa lenguh dekat tempat suntikan. Atau rindu ayah dia. Atau dia memang sengaja nak tarik perhatian mummy dia. Atau dia tak sihat. Tak tahu mana yang betul. Sesungguhnya bayi hanya tahu menangis sahaja untuk mengekspresikan segala yang dia rasa. Takkan nak suruh dia bercakap kan. Ada yang emak dia pengsan nanti.

Oh. Sampai sekarang Irfan masih meragam. Tidur sekejap, kemudian bangun menangis mintak susu. Tidur sekejap lagi, kemudian bangun menangis mintak susu lagi. Dan kitaran bermula sekali lagi.

Semoga Irfan sihat cepat ye.


-Surya Rahman-

0 Words from you: