Hello!!!

Wednesday, July 24, 2013

Hannah 5 months old

Dah 5 bulan seminggu pun Hannah hari ni. Asyik la lambat nak update perkembangan terbaru Hannah. Padahal bukan susah mana pun.


Check up 5 bulan hari tu, berat Hannah 6.3 kg. Naik 400g je. Jadi la tu kan. Ade jugak naik nye. Hannah dah pandai bergerak ke depan, kiri dan kanan. Berguling secara meluas. Menarik rambut abang dia. Haha. Kesian Irfan. Sikit-sikit "mami, abut, abut." Nak bagitahu rambut die kena tarik dengan Hannah.

Hannah 5 bulan, bermaksud lebih kurang  4 bulan peti sejuk tak dihuni oleh ayam, ikan, udang dan sebagainya. Penuh dengan frozen breastmilk untuk Hannah. Sampai ke pintu peti sejuk pun ada. Not good practice though. Tapi ape boleh ku buat. Peti sejuk dah tak muat.

Jadi saya pun berdendang lah dekat telimga EF, belikan lah deep freezer, belikanlah deep freezer. Susu dah nak expired. Kalau dalam deep freezer ade lagi 3 bulan baru expired. 

Mungkin kerana bingit telinga mendengarkan dendangan saya itu maka akhirnya "U ambik kad i ni, pergi beli peti sejuk u tu". Weehuuuu. Dapat peti sejuk. Semangat i nak pergi beli. 

Bila peti sejuk dah sampai, pindahkan susu masuk dalam tu. hampir penuh jugak deep freezer tu dengan susu Hannah. Dahsyat jugak.

Dan ada satu kejadian sehari selepas beli peti sejuk. Boleh pulaj EF pergi tutup suis peti sejuk tu. nasib baik saya perasan beberapa jam kemudian. Itupun susu dah start mencair. Kena bebel la EF sebanyak satu round. Nanti ade jugak yang jadi tragedi macam masa Irfan kecik dulu.

So sekarang domestic freezer dah penuh balik dengan nugget, fries, ice cream yada yada.

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan

Sekejap je rasanya. Dah jumpa balik ramadhan. Rasa baru je lagi saya mc panjang pada bulan puasa tahun lepas kerana threatened abortion. Tengok-tengok ni dah puasa lagi. Hannah pun dah nak 5 bulan. Memang sekejap sangat masa berlalu.


Baiklah. Ramadhan kali ni saya boleh cergas tak macam tahun kepas. Tahun lepas tu tak boleh banyak gerak, asyik bleeding je. Lepas tu kalau berjalan pun asyik la berpusing kepala ni. Tapi tahun ni bukan main cergas lagi. Anak pun bagi kerjasama. Jadi berasap la dapur ku sewaktu ramadhan ni.

First day puasa adalah public holiday di sini. Pagi-pagi lagi EF dah request nak makan siakap 3 rasa dengan sambal goreng. Tak sesuai betul padanan lauk tersebut. Maka saya menggugurkan permohonan sambal goreng. Masak siakap 3 rasa dengan kacang buncis goreng. 

Hari kedua puasa gigih la saya pesan kat adik suruh keluarkan ayam nak masak bila balik ni. Tapi sampai rumah dah pukul 6 lebih. Belum sembahyanv lagi. Pukul berapa nak masaknya macam ni. Ok jadi makan luar je la.

Jadi EF pun bg cadangan. Hari kerja kita makan luar/beli kat bazar je. Hari cuti baru masak. I is ok. No problem.

Semalam kan hari cuti, jadi kena la masak kan. Ajak emak ayah datang rumah. Sekali lagi EF suruh masak sambal goreng. Ape kena tah kena sawan sambal goreng agaknya. Tiap-tiap hari berdendang nak sambal goreng nak sambal goreng. Jadi buatkan jugak la untuk beliau. Walaupun saya tak pernah masak sendiri sambal goreng ni(tolong-tolong je ade la), jangan dipersiakan kemudahan internet. Gooooooogle beb. Tapi banyak sangat resepi pun pening jugak nak buat yang mana. Last sekali tawakal pada Allah sahaja la. Hehe. Maka terjadilah sambal goreng tawakal serta ayam masak kicap pedas redha. Ade sayur kailan goreng lagi. Air bandung soda lagi. Pastu beli kuih dengan murtabak. Air pun mak beli lagi 3 jenis. Ambik kau. Penuh meja makan saya semalam. Tapi yang kelakarnya nasi tak masak ok. Entah la. Agaknya saya tertutup suis periuk nasi semasa nak tutup suis water heater. Sebelah menyebelah katakan. Sayang. 4 setengah pot buang macam tu je. Huhu.

Hari ni saya rasa nak masak ikan steam, segala sayur semua masuk dalam tu sekali. Senang kerja. Pukul 6.55 petang baru steam. Lepas tu ingat nak buat kuih buah melaka. I is teringin. Beli pun boleh tahan mahal jugak. Gula seciput je pulak tu. Air mungkin akan membuat laici kerana senang, bukak dan tuang je. Jangan susah kan diri buat benda-benda susah. Hew hew hew. Baiklah. Ini semua baru angan-angan. Sebab hari ni saya bekerja. Hari kerja tak payah masak kan. Hehe. 

Cakap pasal kerja, hari ni breastpump bawak, tapi breastshield tak bawak. Oklah marmet je. Sekali lepas marmet, tengok cooler bag pun tak bawak. Aiseh. Nasib baik methadone clinic ni fully air-coned tau.