Hello!!!

Sunday, April 28, 2013

Nyum

Irfan cakap "Nyum" (senyum) sambil tekan butang capture pada handphone mummy. Lantas terhasil la beberapa siri gambar entah apa apa.









Friday, April 26, 2013

Hannah Safiyyah 2 bulan

Dah terlambat sebenarnya. Hari ni dah 2 bulan 10 hari. Tapi takpe. Boleh je. Ade orang kisah?

Hannah 2 bulan berberat 4.7 kg. Panjang tak ukur pulak. Masih menyusu badan. Selalu kembung sebab mummy makan lambat. Haha. Pandai agah orang. Senyum-senyum sampai tak nampak mata.

Sempena Hannah 2 bulan, ayah dan mummy buat majlis akikah pada 20 hb yang lepas. Sekali dengan birthday Irfan. Mummy ingat mummy nak tumpang sekali. Tapi malu la pulak. Haha. Takpe la. Majlis lepas isyak. Tak buat apa pun. Takde marhaban. Takde cukur jambul. Takde berendoi bagai. Tahlil je. Lepas tu makan. Walaupun guna katering, tapi penatnya tak terkata. Padahal takde pun kena basuh pinggan ke, masak ke, buat air ke. Kemas pun sikit-sikit je. Penat bukan main lagi. Haha. Drama queen kannn.

Alhamdulillah selesai majlis akikah Hannah. Lepas ni tunggu majlis kahwin Hannah la baru ayah dan mummy buat majlis untuk Hannah lagi. Anak baru 2 bulan dah berangan majlis kahwin anak. Haha.

Sebagai penutup, gambar Hannah 2 bulan. Main lidah je keje dia.

Thursday, April 18, 2013

27

Alhamdulillah.

Dalam 27 tahun saya hidup kat dunia ni, banyak benda yang saya patut syukuri (ada ke perkataan ni).

1. Keluarga. Penting untuk disyukurkan. Takde galang gantinya.

2. Suami dan anak-anak. Ini pun takde galang gantinya. Tak boleh ukur kasih sayang saya pada mereka.

3. Kerjaya. Perlu ada untuk bantu suami. Kalau tak kerja, mungkin masih tak mampu nak beli rumah sendiri. Kita bukan lahir atas duit. Kena kerja kuat untuk dapat duit.

4. Hal-hal semasa. Bersyukur tinggal di negara yang aman. Bersyukur tidak kebuluran. Bersyukur ada tempat tinggal. Bersyukur ade kenderaan. Banyak lagi la syukurnya ni.


Jadi, alhamdulillah.





Monday, April 15, 2013

Cerita kali kedua (part two)

Bukan sambungan cerita bersalin hari tu. Tapi ni cerita berpantang kali kedua. Alkisah bermula pada 17hb Februari.

Tengah hari tu sebelum discharge, dapat lunch di hospital. Biasalah hospital akan bagi lauk yang berkhasiat. Apa dia kisah pantang tak pantang ni. Lunch tu dapat ayam masak merah/sos kau. Siap dapat puding jagung lagi. Sedap je aku makan. Dalam hati, entah boleh entah tak makan semua ni.

Malam tu, emak dah sampai. Dia bagi makan ikan bilis dengan bawang dengan nasi panas. Sedap weh. Esok pulak mak bagi makan sup ayam. Ayam kau. Seingat saya, dulu mak tak kasi makan ayam dalam pantang. Biasanya saya yang mintak nak sikit la, buat jamah je la. Macam-macam alasan. Kali ni, mak siap masakkan lagi ayam.

Lepas tu, hari kedua dah makan nutella spread. Kan ada hazelnut dalam tu. Kacang kan. Eh boleh jugak.

Lepas tu hari ke 7 dah makan telur. Emak kata, takpe sikit je. Dah baik kan tempat jahit. Saya tak jawab apa. Makan je. Orang dah bagi. Hehe.

Hari ke 10, dah makan ayam KFC. Siap makan yang spicy lagi. Apa kelas nak makan ori. Haha. Mulut tak tapis. Hari ke 14, dah makan sotong. Tapi ni makan curi-curi. Sebab ada dalam sup sayur yang beli kat kedai. Hari ke 15 dah makan kari. Dahsyat la kali ni. Macam tak pantang je rasa. Semua mak kasi makan.

Lepas tu hari ke 32, balik dari klinik, singgah Giant pergi membeli-belah. Hari ke 36 dah pergi Ikea dan Jusco. Ambik kau. Pantang ke apa ni. Hehe.

Kesimpulannya, kali ni mak tak strict sangat dalam pantang. Agaknya dia dah tak kuasa nak layan anak dia ni. Haha. Tapi sekarang ni dah rasa rindu masa pantang, masa pregnant dulu. Haish. Perempuan kan. Biar la sakit mana pun masa pregnant dan bersalin dulu, tak pernahnya rasa serik. Hehe.

So sekarang ni dah ada kat JB. Pandai-pandailah uruskan rumah dan anak-anak sendiri. Setakat mandikan anak-anak, kemas rumah ok lagi. Nak masak tu yang payah sikit. Sebab Irfan menyibuk sekali. Orang bukak peti ais, dia pun nak menyelit kat situ. Orang kopek bawang, dia gigit bawang. Orang tumis, dia suruh dukung nak tengok. Tak tension kau jadinya. Last sekali telefon suami minyak tolong beli makanan. Haha. Dasar. Alasan panjang.

Wednesday, April 3, 2013

Irfan is 2!!!

2 tahun dah Irfan. Macam sekejap je. Tengok-tengok dah 2 tahun. Dah ada adik pun.

Irfan yang 2 tahun ni punya banyak perangai. Kadang-kadang tak terlayan. Kadang-kadang sampai naik angin. Kadang-kadang buat orang ketawa.

Sekarang Irfan selalu mengajuk apa yang orang cakap atau buat. So memang kena hati-hati dengan apa yang dicakap dan dibuat. Kalau tak, memang jadi ikutan dia.

Sekarang dia dah faham banyak benda. Arahan yang ringkas dah boleh ikut. Kalau cakap "Kak" nanti dia bukak seluar dah sedia nam mandi atau cebok. Suruh buang sampah pun dah faham dan pandai. Suruh ambik barang pun boleh buat.

Setakat 2 tahun ni, vocab Irfan sederhana saja. Selain boleh kira one-ten,cakap ayah, mama, abah, kakak, embah, adik, Hannah, dan mat (pak usu dia, boleh dia panggil nama je), dia boleh cakap kak (bukak), cik (nasi), eyo (hello), nait (good night), man him (bismillahhirrahman nirrahim), nanan (tangan), nanan (kanan), kaki, wiwi (kiri), lowi (lori), bash (bas), bobak (lobak), bobat (ubat), dom (jom), tutu (susu) dan dundi (mandi). Jangan tanya mana datang dundi. Ikut sedap dia je. Oh dan dia dah pandai cakap mami. Hehehe.

Sekarang ni dia tengah gian main kat taman. Kali terakhir saya bawak dia pergi taman mungkin masa umur setahun 3 bulan. Tak pandai lagi nak main gelongsor, jongkang-jongkit dan lain-lain. Sekarang ni sebab belakang rumah mak saya ada taman, setiap pagi nak pergi main kat taman. Paling dia suka gelongsor. Penat mak nak jaga.

Walaubagaimanapun, ada. beberapa perkara atau perangai Irfan yang saya tak suka. Pertama sikap suka membuli. Selalunya yang jadi mangsa Haziq sepupu dia. Kedua kalau kita marah dia nanti dia cakap "Yah!" Entah mana dia belajar menjawab macam tu pun saya tak tahu.

Selamat hari ulang tahun kepada Muhammad Irfan. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak baik. Nah ni gambar birthday boy.