Hello!!!

Friday, October 16, 2009

Kenapa?

Saya tak faham kenapa kat Facebook orang nak post dekat wall ayat seperti 'hari ni nak masak mee sup lah' atau 'To you sayang muaahh muaaahh(kepada boyfriend)'. Ok. Memang geli. Kau simpan sendiri sudahlah. Yang nak siap muaahh muaahh secara umum tu ape kes?

Saya tak faham kenapa kat Facebook yang ade application yang kita boleh hantar coklat lah kek lah kuih raya lah lepas tu orang yang dapat tu akan publish kat wall dengan post 'nyum..nyum..sedapnya'. Dapat rasa ke kalau orang tu hantar kek pada kita?

Ok. Bukan bermaksud saya ni anti Facebook. Dah terang-terang kat sebelah kiri ni ada facebook badge saya. Saya cuma tak faham kenapa. Walaupun saya tak suka tapi saya baca jugak sebab dah die terpampang kat dada Facebook. Saya cuma tak faham. Kenapa?

Nampak sangat takde idea nak tulis apa.


Wednesday, October 14, 2009

Kasih Seorang Kekasih

Engkau mungkin akan rasa nak muntah baca entry ini. Jadi seperti biasa, sila kelik ok macam pelik eja begitu sila klik button bentuk X dekat top right corner itu. Erti lain, kau tak payah baca kalau kau alergik pada kasih sayang ok. Faham?

2 minggu berturut-turut yours truly mengikut kekasih beliau membuat kerja lapangan. Ok. Jangan panggil kerja lapangan. Tak sesuai. Sebab I tak rasa lapang pun membuat kerja begitu. Sempit lagi adalah.

Baiklah. Teruskan cerita. Kerana kasih ku turutkan. Buang emak buang saudara whatthefun. Tak buang emak pun. Kerana sayangkan beliau, maka yours truly sanggup memperjudikan harga diri untuk beliau. Yes. Memperjudikan kulit kepada sinaran matahari menterikkan itu. Whattheheel.

Ok. Tak guna pun kalau anda mempakai sunblock SPF 50 amik dari farmasi made in Australia tu kalau anda berada di lapangan dari pukul 2 petang sampai 6 petang. Ambik perhatian. 2 petang ok! Tak azab ke yours truly ni dipancari terik matahari dunia belum kat akhirat sambil dikelilingi emak-emak orang cerita pasal anak pergi sekolah dan hiasan rumah OMG whatthefunny so not me.

Fine. Sebab kasih kepada beliau terlalu dalam maka saya mengikut beliau membuat kerja lapangan mengkorbankan warna kulit ok tipu sebenarnya ikut sebab tak nak duduk rumah sorang-sorang.

Ini kerja beliau. Go kart dan mini bike. Mereka yang membawak mini bike ini semuanya peserta tak cukup umur atau dengan kata lain belum baligh pun ceh kau macam tau je diorang belum baligh. Ini sesi training mereka. Sila lihat gambarajah bukti kasih sayang seorang perempuan pheewit kepada gula ayahnya (sugar daddy).

Angkat go kart berat gila masuk hilux pastu tak muat pastu kena ikat pastu tak pandai ikat pastu ikat tak cantik.
Merenung masa depan go kart yang bakal hancur dalam masa setengah jam nanti.
Ceh. Dia dulu test power kenderaan mini itu.
Ok sesi training bersama peserta go kart. Beliau main kotor. Mencucuk kenderaan budak hadapan. Sila amalkan atas jalan raya.
Mensiap-sediakan mini bike mereka.
Yang bawak mini bike paling kanan tu perempuan ok dahlah cantik putih melepak memang cantik ah sekali bawak mini bike gua pun gerun beb.
Ini namanya sokongan padu family. Sanggup berpanas untuk anak. Eh I wonder lah kenapa emak-emak kat KK ni semua vogue-vogue eh siap takde perut pakai seksi pheewit pheewit.
Ini ialah crowd. Mereka mendatang dengan super bike mentengok anak kecil membawak mini bike. Heh. Fun. Fun.
Ini muka kanak-kanak riang dalam hati bercakap apasal masa aku kecik benda ni takde kat sekolah aku.


Eh. Saya macam pelik. Kenapa murah hati sangat letak gambar berkeping-keping ni. Siap takde muka sendiri pemuntah orang ni. Pelik ni.




Saturday, October 10, 2009

Hantaran Hunting

It is not easy to do this supposed-to-be-oh-so-happy hantaran hunting. It is due to lots of reasons mainly limited choices, economical restriction, price differences between East Malaysia and West, as well as buy-the-thing-first-come-cross-in-mind-dont-have-to-tengok-tengok-first fiance. Haih. So tiring.

Btw, the hantaran hunting is coming to the end. What left is EF's shoes which he refuses to buy leather shoes, as well as a thing to membatalkan air sembahyang event. Why on earth eh do we have to give hantaran during kahwin? Masa hari lain tak boleh bagi ke? Siapa lah agaknya yang mencipta adat resam ni? Kalau tak buat nanti adalah yang mula keluarkan ayat-ayat pedas seperti budak-budak sekarang mana nak ikut adat resam orang tua. Haih.


Hemm. Masih dalam mood GMS (sila refer entry sebelum ini).

Lepas mempusing 1Borneo, sebelum balik, EF pergi membuat foot massage. Daripada minggu lepas lagi beliau cakap nak buat. Tapi tak jadi pasal apa tah. Ni dia baru nak buat. Tengoklah gambarajah di bawah.

Mula-mula basuh kaki dulu.
Kemudian tunggu massager ambik oil and cream. Sambil buat muka nak tidur.
Kemudian tukar muka nak tidur jadi muka tahan sakit dan geli.



Wedding Case Note

Name: SR
Age: 23 yo
Sex: Female
Race: Malay
Weight: Apasal kau kisah kg
Height: 165cm

Chief complaint: Bad headache, hallucination, stomach discomfort,constipation, hair loss.

History of Present Illness: Patient is having bad headache for 2/52. She complaints of worried on her wedding preparation. She also worried on her economical status that she has to do FaMa loan. She hallucinates on her future life that would somehow turn her into gigantic monster. She also hallucinates on the presence of 'third people' between them. She also complaints of having butterfly on her stomach for last 1/12. Sometimes she feels nauseated and dizzy because of the butterfly in the stomach. She is having constipation for past 1/12. She has extra hair loss since her wedding is getting near.

Past Medical History: G6PD for 23 years.

Past Medication History: Nil

Review of System: Flutterred heart beat. Sluggish bowel movement. HAHA. Ni pun masuk jugak.

Family and Social History: She is 2nd out of 4 siblings. Not married yet. Non smoker and non alcoholic. Father has h/o HPT for 15 years and DM for 10 years. Mother is healthy. Sister has B.A. Other siblings are healthy.

Allergy: NKDA/ fava beans due to G6PD

Diagnosis: GMS. Getting-married syndrome.

Treatment and Plan:
1. To give soothing food like delicious Pizza Hut's Super Supreme and Seafood Lasagna, marvelous Nasi Lemak Jati with Sambal Kerang, super sedap Burger Double Special Chicken Beef Top Bottom Sauce and Mayo lebih.
2. To give shopping voucher. Please. HAHA.
3. To give 1 month leave for her to settle down her wedding preparation. I need this badly.
4. To send her for hair treatment.



How I am nervous of this wedding.







Sunday, October 4, 2009

Sukan Sosial

Walaupun saya adalah tunang kepada bekas penggiat sukan, saya adalah tidak pernah mengikut beliau menjalankan aktiviti sukan. Dulu sebelum bercinta, ada jugak hasrat nak pergi tengok dia main hand ball masa MASUM kat UiTM tapi haram. Setakat niat aje. Pergi tak jugak. Lepas tu, masa baru nak tumbuh bunga-bunga cinta, adalah pergi tengok game bola kat Stadium UiTM. Sapa lah yang main masa tu. Plus dengan Pasir Gudang FC kot. Tak ingat dah. Itupun, bukan Encik Fitri main. Dia menonton saja.

Hari Rabu lepas, akhirnya, saya berkesempatan menonton beliau bermain secara live. Ceh. Geli dengar. Padahal main futsal je. Friendly match je pulak tu. Balik kerja, dengan baju kurung, saya terjah court futsal tu. Tapi bukan nak jadik supporter ke ape ke. Duduk tepi court pergi siapkan PCI case clerking. Lebih-lebih pun tolong jaga wallet dengan handphone je. Ambik gambar pun sekeping dua. Pasal takut orang tengok Eh apasal minah ni macam jakun tak pernah tengok orang main futsal ke. HAHA.

Cubalah teka mana beliau.



Hari Jumaat pulak, saya mentonton beliau main bola padang. Heh. Very funny lah mereka ni. Jalan je lebih dari lari. Siap ada tu bola lalu sebelah pun tengok je. HAHA. Harap maklum. Mereka adalah bukan professional. Heh. Tapi tak apalah. Encik Fitri sendiri mengaku beliau dah tak perform macam dulu. Lari pun rasa berat je. Mana taknya. 1 pack tu nak sorok mana. HAHA. Serius. Beliau naik badan lepas kerja kat KK. Jadi, do not expect me to be fit into baju kahwin ya. It won't. HAHA.


Saturday, October 3, 2009

Fikiran Berserabut

Presentation adalah seperti yang dibayangkan. Penuh dengan tembakan bertubi-tubi. lagi dijawab, lagi ditembak. Akhirnya angkat bendera putih. Tembaklah kau kalau itu mampu menghentikan tembakan kau. Hah. Fahamkah anda?


Gambar Hiasan

Dah lama tak cakap pasal preparation kahwin. Fikiran jadi berserabut kebelakangan ini sebab perkara berkaitan kahwin ni. Dulu, bila mak cakap Ngah bila nak buat kad kahwin. Ngah bila nak tempah baju nikah. Ngah door gift macam mana. Semua saya jawab dengan jawapan Rileks lah mak. Lambat lagi.

Sekarang ni, ambik engkau. Terkial-kial nak carik kedai kad kahwin. Ingat nak tempah online je. Tapi tengok, macam lagi mahal je kos die. Nak kena pos lagi sebab kedai die biasanya jauh. Pastu sebab lepas ni balik Selangor masa konvo je and masa tu pulak mak nak kad dah siap. Yelah. Tinggal sebulan lebih sikit je kot masa tu sebelum majlis. Jadi plan nak tempah kat KK je. Sekali ambik engkau. Sekeping RM 3.90. Itu yang cikai je tu. Kalau kad yang budget macam VIP RM 10-11 jugak. Tak berdarah perut aku tahan makan nak kumpul duit.

Last-last, balik ke pangkal jalan. Mintak tolong Uda dengan Along tengok-tengok kan dekat Klang. Nasib lah ada yang murah. Tapi sekarang ni kena bincang dengan Encik Fitri dulu ok ke tak kad itu. Sebab kami plan nak buat kad yang sama untuk 2 pihak. Maklumlah, kami ni berkongsi kawan. Jadi, agak-agak kawan ni tak boleh datang rumah saya, bolehlah dia datang rumah Encik Fitri.

Habis pasal kad. Ini pasal kanopi pulak. Elok dah tempah kanopi hari tu. Tauke tu kata, okey. Sekali tu hari Rabu lepas dia datang rumah, siap mintak maaf dan cakap tak tahu nak smapaikan macam mana kat emak saya. Rupa-rupanya, dia terlupa ada orang dah booking kanopi tu jugak. Habis tu dapat kanopi kurang 2 bijik. Dah tu, macam manalah pulak orang nak makan kalau terpaksa tunggu turn. Nak tempah kat tempat lain, masing-masing dah tak terima. Ayah pun keluarkan idea bernas dia, letak jelah meja bawah garaj kereta. Saya dah tepuk dahi. Aiseh. Macam manalah ni.

Kemudian, pasal baju nikah. Beli dah berkurun dah. Dari bulan Mac hari tu. Sampai sekarang masih tersadai dalam plastik. Jadinya, plan asal nak buat kat KK jugak. Tapi belum carik tailor lagi. See. See. Yours truly suka melengahkan pekerjaan.

24 haribulan ni saya balik KL. Jadi saya akan memenuhkan diri dengan aktiviti perkahwinan. Bunga pahar mahu dicarik. Baju perlu diukur. Segala-galanya perlu disiapkan masa itu. Kerana saya hanya akan balik 2 hari sebelum majlis. Yang lain terpaksa saya harapkan emak, ayah, along, uda dan mamat(?) yang membantu. Memang tak terhingga terima kasih kepada mereka.

Oh. Sekarang ni, masa berjimat yang paling ketara sekali bagi kami. Lunch saya hanya makan biskut sahaja. Sob Sob Sob. Malam berkongsi makanan dengan beliau sebab beliau pun tak makan banyak sekarang. Tak apa lah. Cinta kan buta. HAHAHAHA. Muntahlah kau baca entry ni.





Friday, October 2, 2009

Presentation

Sekejap lagi pukul 3 saya ada case presentation dengan clinical pharmacist.


Scared secara banyak. Kena tembak bertubi-tubi kot ni nanti.


Bersedialah anda untuk menghadap entry lara malam nanti kalau ada mood lagi.