Hello!!!

Friday, July 31, 2009

Aktiviti Mensesakkan Dada

Oh. Sesak dada saya ketika membuat aktiviti ini. Ini adalah kali pertama terjadi. Sebelum ni, kalau membuat aktiviti ini, pastinya hati girang, riang, gembira seperti Spongebob dan Patrick Pink di Bikini Bottom. Atau lebih metafora Hagemaru dan ayahnya ketikaa mencuri buah di pokok tepi jalan. HAHA. Tapi kali ini. Sungguh sesak dada saya. Sikit lagi boleh mengalir air mata. Ceh. Ratu drama pulak kau ni. Sikit-sikit mengalir. Jap lagi melimpah. Jap lagi haru biru rumah. HAHA. Cuba kalau aktiviti ini bertujuan untuk balik kampung. Atau bercuti best. Mesti engkau macam Spongebob sekarang ni. HAHA.

Engkau jangan tanya ah kenapa sesak dada. Tapi saya jawab je, saja nak bagitahu anda. HAHA. Saya sesak dada sebab banyaknya barang-barang saya kena tinggal. Oh my. Bawak baju kurung sejumlah 2,3 pasang je. Err. Tipu. Sejumlah 10 pasang je. Macam mana yang berpasang-pasang kena tinggal ni. Kecik hati diorang. HAHA. Belum masuk t-shirt, seluar, tudung yang memang banyak ah kecik hati kena tinggal. Sesak dada nak pilih yang mana kena bawak. HAHA.

Baiklah pembaca. Sila ikuti rentetan pengkemasan barang-barang.


Paper bag masa beli barang di Indon pun tak keluar lagi dari luggage. HAHA.

Baju pertama dan kedua yang masuk dalam luggage. Saya ada baju batik buat pertama kalinya. Yay. kain batik tak payah cerita eh. HAHA.


Barang ketiga yang masuk luggage. Boleh dia nak masuk time saya tengah kemas? Kang saya pack sekali binatang ni baru tau. Err. kamu nampakkah binatang tersebut? Itulah Chirit si hitam manis. HAHA.


Hampir penuh. Tapi buku tak masuk lagi. Lepas itu, baju basahan pun tak masuk lagi. Aisey. Help!



Wednesday, July 29, 2009

Unforgotten

Orang kata, zaman belajar adalah zaman paling riang dalam hidup. Mana tak riang, hari-hari riang bersama kawan-kawan riang pergi belajar perkara riang di tempat yang riang. Memang riang kuasa empat belas lah.

Orang kata, masa belajar adalah masa paling enjoy. Mana tak enjoy. Hari-hari pergi enjoy. Nak pergi exam pun kira pergi enjoy jugak. Kena belah katak pun enjoy. Balik exam nanti, enjoy lagi. Setiap hari pun enjoy.

Orang kata, masa belajar, kita rasa nak kerja. Tapi nanti dah kerja, rasa nak balik zaman belajar. Bukan nak belajar balik. Mana tak nya. masa belajar, asyik tak cukup duit. Baru nak shopping selangkah dua, terpaksa mengundur balik. Masa tu memang tanam nekad ah. Nak kerja super saiya punya rajin pastu siap nak buat side income pastu dapat duit bolehlah melepaskan nafsu serakah pada shopping mall.

Unforgettable. Moment zaman belajar yang tak boleh dilupakan. Kalau lupa, kena baca entry ini balik banyak-banyak kali.

  1. Pergi tengok wayang malam hari adalah menghiburkan. Lebih menghiburkan kalau disertai sedikit shopping bekalan tidur malam kejadian. Tetapi menjadi tidak menghiburkan kalau emak dan ayah tahu perangai syaitan anak mereka ini. Siapa berani bagitahu emak ayah saya, siap engkau eh. Ini amaran ni. Nah. Kasi takut sikit. Bagi amaran kaler merah. Ini amaran tahu!
  2. Mentangkap katak dekat tasik 7 adalah sangat menghiburkan. Serius. Sangat terhibur mentangkap katak. Sebab, manusia yang sedang menulis entry ini adalah sangat jakun kerana seumur hidup beliau, ini adalah kali pertama beliau menyertai operasi menangkap katak. Memang terhibur ah disertai jeritan halus macam tidak cukup sifat itu. KAHKAHKAH. Engkau jangan tanya siapa yang menjerit. Jangan jugak tanya saya tangkap katak tu ke tak. Lepas itu, katak disimpan dalam bekas tau foo fa tu. Tapi tutup dia dah buat lubang pengudaraan ah. Karang katak mati, sia-sia je. Eksperimen tak jadik. Prof Bakar marah nanti.
  3. Menstay-up sampai 4 pagi dekat Subang Parade kerana event Brain Awareness bagi kesedaran pada public pasal brain yang mereka miliki. Ah. Ini memang comel. Sebelum tu,membuat video sekeliling KL berlari ala-ala Olimpik siap bawak obor buatan tangan untuk majlis perasmian. Handmade you know! Siap ada sorang mat salleh tu nak ambik gambar dengan kitorang masa dekat Dataran Merdeka. Siap buat aksi konon-konon nak lari. HAHA. Lepas itu, tiup belon sampai semput ah untuk bagi public hari kejadian. Memang comel! Maksud saya belon tu yang comel. Lepas itu bangun lambat pada hari event. Hah. WTH. Memang macam serabut ah pergi event pagi tuh. HAHA.
  4. Masa first year, Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah bangun menuju padang kawad bersama semangat Kesatria Negara. Dush. Dush. Dush. Mari lawan saya. Tara takut meh. HAHA. Kawad selama dua jam disertai mengutuk komander selama setengah jam selepas itu. Huh. Memang cemerlang ah. Serta menghiburkan. Mana tak terhibur. Komander punya baju ada yang ketat seh. Seksi habis ah kalau tengok dari belakang. KAHKAH. Lepas itu, ada pulak komander konon garang habis ah. Sekali dia tension pasal orang tak takut dengan dia. HAHA. Ada jugak komander usha Kesatria Negara ni. Dapat beb. Selalu nampak diorang naik bas sama-sama. HAHA.
  5. Masa first year jugak. Mengkutip kupon itu adalah seperti memakan nasi. Tak makan, lapar. Nak pergi beli makan, azab. HAHA. Tapi bila terkenang balik, memang fun ah masa amik kupon. Macam dapat amali lontar jamrah percuma. Serius. Kalau saya tukang bagi kupon tu, saya berdiri atas kerusi pastu buat hujan kupon. Nanti orang ambik kat bawah. Tak payahlah kena serbu. HAHA.
  6. Pindah rumah adalah fun jugak. Dari seksyen 2 ke seksyen 7. Fun sebab takde mak tiri dah. Duduk rumah bersahaja tanpa perlu angkat botol kicap dan periuk nasik secara paksa. HAHA. Mengangkat barang kepunyaan lima orang menaiki dua kereta comel keluaran tempatan. Memang hebat ah. Rasanya, lebih kurang 15 kali berulang alik membawak barang. Lepas tu angkat barang naik tingkat 4. Ni tak comel. Hilang segala keayuan yang tersimpan selama ini. HAHA. Tapi sangat kagum dengan diri masing-masing. Hebat ah! Gerobok saya je dah lebih 5 kaki. Angkat guna kereta saya sahaja. Tilam 5 gulung angkat pakai kereta Alin. Meja study lagi. Memang hebat ah. Big applause! Lepas je pindah, collapse! Siap lebam-lebam kat kaki langgar apa pun tak tahu. HAHA.
  7. Cuti-cuti Malaysia adalah paling best. Memang best ah. Johor, Melaka, Port Dickson, Langkawi, Perlis, Sabah, Singapore, Penang, Indonesia. Biasanya ahli-ahli kelab akan menganjurkan percutian lepas exam. Konon nak reward diri sendiri lah. Sambil nak lepas tension la tu. Padahal sebenarnya kaki jalan. HAHA. Ada juga percutian yang bukan diuruskan oleh ahli kelab. Seperti Singapore tah siapa yang buat. Dan Penang sekretariat MPP buat. Nama pun student. Banyak manalah sumber pendapatan nak dibawak pergi melancong. Jadi harusla kami mempilih style ala backpackers. Hotel bintangless, makan tempat standard student. Weh. Seronok ape. Cuba kau bayangkan. Memang seronok ahh.
Banyak lagi yang tidak boleh dilupakan. Tapi saya sudah penat. mahu melihat peti surat kalau-kalau ada surat cinta sampai. Kalau rajin nanti saya sambung. Ok. Entry habis buat sementara waktu.












Monday, July 27, 2009

Apakah maksudnya?



Renung-renungkan. Dan selamat pergi!




Pre Marital Course

Melihat tajuk saja sudah pasti anda tahu ke manakah saya menghilang 2 hari lepas. Ceh. Macamlah anda perasan saya hilang mahu membuat ayat sebegitu. KAHKAH.

2 hari yang indah permai saya habiskan dengan menuntut ilmu di Putrajaya. Rasa penat sangat duduk dalam bilik mendengar orang berceramah. Bukan penat mental. Tapi penat fizikal duduk dalam keadaan duduk. Rasanya sebab sudah lama meninggalkan alam pembelajaran dalam kelas. KAHKAH. Padahal baru 3 bulan saje.

Secara keseluruhannya, tiada pendapat saya hendak lontarkan. Namun, apa yang saya perhatikan, sikap segelintir peserta kursus yang bertindak biadab. Err. Tidak kisahlah siapa kamu di luar. Tetapi bagi saya itu majlis ilmu. Ilmu agama pulak tu. Janganlah dibuat seperti menonton konsert. Setiap kata-kata penceramah disambut dengan kata-kata tidak manis. Bukankah masing-masing bakal mendirikan masjid. Hormatilah rakan-rakan peserta lain.

Okay. Saya tidak menujukan pesanan ini kepada sesiapa. Saya mengingatkan diri saya sendiri sahaja. Saya juga banyak kekurangan. Malahan di majlis ilmu juga kadangkala saya melakukan kesilapan. Jikalau ada, tegurlah saya. Mungkin pada mulanya sentap. Tapi akal akan meredakan emosi setelah beberapa ketika.

Semasa kursus berlangsung, kerap juga apa yang dikatakan tukang bagi ceramah itu terkena pada hidung saya sendiri. Saya akui. Saya bukan jenis lemah lembut sopan santun gemalai macam jeli kelapa dalam bekas puding itu. Kalau saya berbuat demikian, mungkin anda semua boleh membuat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam meraikan kedatangan Surya The Lembutness. Oh. Pelis. Saya tidak betah orang memanggil saya Su. Kerana bagi saya Su itu terlalu lembut di pendengaran dan penglihatan. Oleh itu ia tidak sesuai dengan saya.

Selepas kursus ini, saya banyak membukak mata pada sesetengah perkara yang saya terlupa sebelum ini. Saya juga memikirkan sedalam-dalamnya apa yang Encik Fitri katakan ketika dalam perjalanan menghantar beliau ke airport. Saya juga mempikirkan bentuk penyelesaian yang sesuai. Tidak usahlah saya menceritakan apakah perkara-perkara ini. Belum pernah lagi saya mendedahkan perancangan, perbincangan kami di blog ini. Belum pernah lagi saya mengkeluarkan kenyataan mengaibkan kepada beliau. InsyaAllah tidak akan pernah. Kerana bagi saya itu adalah privasi kami. Belajarlah mensimpan rahsia.


Penat pula beremosi seperti di atas. Ok. Switch mood. HAHA. Ini saya kongsikan sedikit cerita yang disampaikan ketika kursus.


Dalam sebuah kampung tinggallah seorang penternak tua bersama anaknya. Penternak itu tidaklah berapa tua sebenarnya. Hanya beberapa helai rambut hitam di kepalanya. Yang lain sudah bertukar putih. Penternak ini menternak 500 ekor babi. Wah. Kaya nampaknya penternak ini. Kalau seekor babi sudah berharga RM500. Kalau dijual semua. Wah. Ana kaya! Okay. Harga adalah anganan kosong. Penulis tidak tahu harga sebenar. Begitu juga pencerita.

Babi-babi beliau adalah sangat gemuk. Sudah tentulah mereka ini makan banyak kan. Tengok sahaja bentuk badan tidak berbentuk itu. HAHA. Dan oleh demikian, maka tentulah banyak hasil domestik yang dikeluarkan oleh babi-babi tersebut. Penternak ini pula terpikir: "Eh, banyak nya mereka berak. Boleh dijadikan baja ni. Rugi aku kalau dibuang sahaja najis mereka ini". Lantas keluarlah mentol di kepala penternak itu mentandakan beliau sudah mendapat idea. Wink Wink.

Lalu penternak itu pun mentanam sayur kubis di sekeliling kandang babi tersebut. Hari demi hari kubis semakin membesar dengan sihat dan kuat. Maklumlah, sumber nutrien cukup. Babi di dalam kandnag ini semakin geram dengan kemontelan kubis. Lalu mereka berpakat untuk menserang kandang sendiri supaya mereka boleh memakan kubis montel itu. Tamatlah riwayat kubis montel dalam perut binatang haram najis mughallazah kalau terpegang kena samak.

Penternak itu pun kecewa melihat babi makan kubis montel nya. Baru tadi beliau berangan-angan mahu memasak asam pedas kubis montel campur lobak putih hiris sebesar 1 cm. Pelamin anganku musnah!

Penternak masih tidak berpuas hati dengan kemusnahan kubis montel oleh babi durjana. Lalu beliau mentanam tekad untuk mentanam tembakau di tempat yang sama.

Membesarlah daun tembakau dengan sihat. Apa terjadi selepas itu? Adakah babi akan menserang tembakau pula? Oh tidak. Kali ini babi menggigil dalam kandang. Menjeling saja ke daun tembakau boleh membuatkan kepala pinar berpusing siap keluar bintang lagi. Penternak pun ketawa sebesar-besarnya. HAHAHA. Padan muka engkau. Kata penternak.

Anak penternak tadi berasa pelik melanda hatinya dengan sikap babi itu. Lalu bertanya kepada bapaknya.

Anak : Apak, kenapakan babi tidak memakan tembakau seperti kubis? Adakah kerana tembakua tidak montel seperti kubis?

Penternak : Tidak anakku. Babi itu takut jikalau mereka memakan tembakau itu, maka mendapat sakit jantunglah mereka. HAHAHAHA.

Moral of the story: Binatang pun tahu tembakau tak bagus untuk kesihatan. Anda?


p/s: Cerita adalah terdapat penambahan untuk menjadikannya sedap seperti asam pedas. Penulis tidak bertanggungjawab kalau anda tidak memakan kubis mahupun asam pedas lagi selepas ini. (Kubis tu I hentam je lah. Tak ingat tanaman apakah yang disebut oleh tukang bagi ceramah semalam).


LALALALALALALA.



Friday, July 24, 2009

Things To Do Before Going To Sabah

  1. Eat Sizzling Mee kat Foodcourt Tesco or Midvalley. Lepas itu Claypot Rice pulak. Yang berciri seafood TIDAK PAYAH.
  2. Do hair treatment (macamlah kat Sabah tak boleh buat)
  3. Watch TV every day (macamlah engkau tak buat sekarang)
  4. Girls Day Out.
  5. Belikan kucing makanan lembik dalam sachet macam sedap je diorang makan tak tengok kiri kanan dah.
  6. Mandikan Chirit. Padan muka engkau.
  7. Beli baju batik. Oh. Saya tiada baju batik lagi. Macam mana nih? Batik tipu sudahlah. No money lah nak beli batik betul.
  8. Beli tiket kapal terbang. Ini sudah semestinya. Takkan nak masuk luggage Encik Fitri pulak pastu excess luggage masa timbang pastu tak boleh masuk. HAHA.
  9. Siapkan bunga. Sigh. Tawar hati nak siapkan.
  10. Timbang berat badan. Err. Motif?
  11. Shopping tiada duit. Takde maksud.
  12. Beli lab coat. Dah lupa mana letak lab coat. Lab coat? Ape tu?
  13. Repack buku yang dah masuk kotak. Or should I bawak sekali kotak buku tu? Hah. Budget dah ada rumah je kat sana.
  14. Pening kepala nak siapkan list ni. Sudahlah.
Err. Tiada pun di dalam list di atas mengatakan bahawa saya nak baca buku, CPG, guideline dan seumpamanya. Nampak sangat saya tidak mahu membaca mereka dengan niat. Sahaja aku tidak mahu baca buku kerana tidak mahu. Sudahlah. Boleh jalan dengan mereka. Layan hati serta TV je sekarang ni. HAHAHAHA.



p/s: Saya sangka saya sudah bersedia. Rupanya tidak. Can we rewind the time back? Please.The time where I can go back home whenever I want. The time where I do not have to care source of income. The time where parents cherish you all the time. Not that they won't do after this. The time where the flowers bloom around me. Err. Okay. Stop it.
Before the tears fall down again.



Thursday, July 23, 2009

Berita Tertusuk Jiwa

Sila maafkan saya. Sudahlah anda diberikan entry bertalu-talu semalam. Entry pula berbaur kesedihan dan kegembiraan. Dijangka, entry kali ini juga penuh tipu muslihat bersifat kesedihan.

Err. Maafkan juga kalau ada kesilapan pentaipan perkataan kerana saya mempakai oversized sunshade untuk mengcover bengkak di mata perasan Paris Hilton ah kau ni.Nampak sangat mentipu anda. Malam hari mana adakah orang yang mempakai sunshade. Bukankah namanya sunshade harus dipakai untuk shades sun bukan shades sinaran radioaktif laptop sendiri? Hah. Kantoi mentipu anda.

Beberapa kawan mula mententeramkan saya selepas saya seolah-olah mengalami kemayoran. Maksud saya kemeroyanan kerana terpilih ke Negeri Ssabah. Kemayoran tu name hotel di Indonesia. Ah. Menangis sebanyak 12 jam tanpa henti. Ok. Tipu lagi. Menangis 12 jam henti-henti. Memang hebat ah. Big applause for me. Err. Dengar je orang sebut Sabah, tiket kapal terbang tak kiralah di FB, blog mahupun radio juga bisa mengalirkan air mata. Membawak kereta pun boleh menangis mengenangkan kereta bakal ditinggal di sini. Membeli nasi kerabu pun boleh mencetuskan tangis bila emak kata ' Kat Sabah nanti takde nasik kerabu'. Ah. Emak memang comel lah cakap macam tu. Bikin saya gusar. Ayah telefon tanya dapat mana pun nangis dulu sambil sedu-sedu nak bagitahu jugak dapat mana. HAHA. Sumpah rasa macam umur 5 tahun hari ni.HAHA.

Tapi itu tadi. Sekarang I dah steady. Sebut ah Sabah banyak kali depan I, memang tak gentar ahh. Siap boleh buat joke lagi pasal Sabah. Siap macam nak tempah tiket sekarang je. Siap nak buat Enrich Card sekarang jugak lah dengan harapan boleh naik MAS selalu. Siap nak google rumah sewa murah di Sabah. Siap dah nak buat list dah baju ape kena bawak kasut ape kena tinggal. Ok. Ini boleh menimbulkan sebak. Siapa yang nak jaga kebajikan kasut-kasut I nanti? Ok. Tinggalkan wasiat untuk ALong dan Uda.

Heh. Sekarang mahu merancang masa depan. Rancangan pertama: Err. Belum rancang lagi.

Ah. Sudahlah. Tiada pedoman nak buat entry. Ok. Entry habis.







Wednesday, July 22, 2009

Similarity

I still remember. 7 years ago when i got the offer letter from MARA to be accepted as a student at MRSM Kuantan. I'm crying like hell. Like no more tomorrow. Like MRSM Kuantan is a place full of bugs, spider and mobs. Like i will have no friends since no one from my former school got Kuantan.

I still remember. With mata bengkak, i was forced by my mum to go to Supermarket to buy things that is necesary to enter boarding school. I hate that time. It was like halau me from my house. Even the cotton bud pun have to buy new one. I mean new bundle of cotton bud la. Not that i use the used one. Eeiyerk.

At first, yes i cannot accept the new situation. But, day after day, i can managed myself there. I always said to myself: This is your destiny. And Allah has a better plan for me here.

But I left Kuantan with some uneraseable memories that makes me think twice before i go back there. Serious. I hate to be back to Kuantan because of some things.



And now.

I was posted to Sabah. And i'm crying like hell. Eventhough, Encik Fitri is there. And he is my fiance. And he is husband-to-be. But still I don't want to go there.

Like 7 years ago.

Will i end up at Sabah like Kuantan?

Furthermore. Am i going to Sabah with the kerelaan hati or 'saya yang menurut perintah'?





This is your destiny. And Allah has a better plan for me there. InsyaAllah.