Hello!!!

Wednesday, July 24, 2013

Hannah 5 months old

Dah 5 bulan seminggu pun Hannah hari ni. Asyik la lambat nak update perkembangan terbaru Hannah. Padahal bukan susah mana pun.


Check up 5 bulan hari tu, berat Hannah 6.3 kg. Naik 400g je. Jadi la tu kan. Ade jugak naik nye. Hannah dah pandai bergerak ke depan, kiri dan kanan. Berguling secara meluas. Menarik rambut abang dia. Haha. Kesian Irfan. Sikit-sikit "mami, abut, abut." Nak bagitahu rambut die kena tarik dengan Hannah.

Hannah 5 bulan, bermaksud lebih kurang  4 bulan peti sejuk tak dihuni oleh ayam, ikan, udang dan sebagainya. Penuh dengan frozen breastmilk untuk Hannah. Sampai ke pintu peti sejuk pun ada. Not good practice though. Tapi ape boleh ku buat. Peti sejuk dah tak muat.

Jadi saya pun berdendang lah dekat telimga EF, belikan lah deep freezer, belikanlah deep freezer. Susu dah nak expired. Kalau dalam deep freezer ade lagi 3 bulan baru expired. 

Mungkin kerana bingit telinga mendengarkan dendangan saya itu maka akhirnya "U ambik kad i ni, pergi beli peti sejuk u tu". Weehuuuu. Dapat peti sejuk. Semangat i nak pergi beli. 

Bila peti sejuk dah sampai, pindahkan susu masuk dalam tu. hampir penuh jugak deep freezer tu dengan susu Hannah. Dahsyat jugak.

Dan ada satu kejadian sehari selepas beli peti sejuk. Boleh pulaj EF pergi tutup suis peti sejuk tu. nasib baik saya perasan beberapa jam kemudian. Itupun susu dah start mencair. Kena bebel la EF sebanyak satu round. Nanti ade jugak yang jadi tragedi macam masa Irfan kecik dulu.

So sekarang domestic freezer dah penuh balik dengan nugget, fries, ice cream yada yada.

3 Words from you:

Noni said...

weh, byk gle stok ko. sehari ko pam bpe kali? sekali pam bpe byk ko dpt? susu byk cenggitu, bpe kali minum agaknya? hehehehehe... jeles weh.

SuryaRahman said...

Ak rase masa irfan dulu lagi kerap ak pam. Lagi kerap breast engorged. Tapi yang hannah nidia minum tak banyak la. Tu yang susu banyak lebih. Tak yah jeles ah. Kau lg best. Anak da besar pun susu ade lagi. Hehe.

balkis said...

salam surya selamat hari raya. Da lama sgt aku x menjenguk ke cni rasanya. heheh. surya ko makan ape weh susu banyak cenggitu? jadual pump camana? jelesnye... huhuh